Semoga tahun baru ini di sambut dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan. Dirahmati , diberkati dan dilimpahi dengan rezeki yg baik serta dipelihara dan dilindugi oleh NYA, Insyallah.
Sunday, December 28, 2008
Maal Hijrah
Semoga tahun baru ini di sambut dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan. Dirahmati , diberkati dan dilimpahi dengan rezeki yg baik serta dipelihara dan dilindugi oleh NYA, Insyallah.
Tindak Segera!
Kewujudan blog yg sarat dengan penghinaan terhadap Rasulullah SAW, adalah teramat mendukacitakan. Apatah lagi jika ianya benar ditulis seorang melayu yg umum pastinya anggap dia juga beragama Islam. Pelbagai lukisan dan gambar yg dipaparkan sesungguhnya mengaibkan.
Diharap pihak berwajib bertindak segera dan sewajarnya! :|
Al Fatihah
Jenazah Almarhum akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir dan istiadat pengebumian dijadualkan pada hari Isnin selepas solat asar.
Monday, December 22, 2008
Tersohor??
Nak kata jualan album penyanyi ni meningkat, tidak pula. Pengeluaran album berpuluh2 pun tidak. Setakat gambar kat kulit majalah berpuluh2 adalah. Dah buat show kat Royal Albert Hall di London ke? Langsung tidak!!
Jadi tak perlulah beri gelaran penyanyi tersohor. Rasa baik wartawan tu tukar kerjaya! ;)
Friday, December 19, 2008
Apa yg tertindas?
Nama timang JERIT atau Jaringan Rakyat Tertindas. Menganjurkan program Rakyat Pengayuh Perubahan dengan misi untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Siapa agaknya penaja rasmi ya? Yg mampu menyediakan basikal dan baju seragam. Takan pakai basikal cabuk kalau nak kayuh jauh2? Baju pun tak koyak rabak kan?
Tertindas ke?? :P
Al-Fatihah
Thursday, December 18, 2008
Bukit Yg Runtuh 2
Kekecewaan yg dinyatakan Panglima ATM tentunya turut dikongsi bersama ramai pihak. Sikap sesetengah penduduk Bukit Antarabangsa yg tidak bersyukur dan berterima kasih sesungguhnya menjengkelkan. Dakwaan bahawa anggota petugas seperti tentera, polis, bomba dan Rela sebenarnya mencuri dan enggan membantu memindahkan barangan milik mereka amat tidak berasas sebagaimana ditekankan Panglima.
Sedangkan tugas2 utama dan kritikal lebih tertumpu kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR). Dan juga mewujudkan laluan alternatif dan mendirikan jambatan. Malah ribuan nyawa penduduk telah berjaya dikeluarkan dengan selamat atas tungkus lumus usaha2 ini.
Friday, December 12, 2008
Air Mahal!
Adalah amat membebalkan jika kelonggaran hingga 31 Mac 2009 yg diberikan kerajaan Pusat bagi menyerahkan aset perkhidmatan air negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) ditolak kerajaan Selangor.
Sekurang2nya bila dah serah, kuranglah beban kewangan pengurusan air negeri. Lagipun kerajaan Selangor tak reti nak jana ekonomi negeri sebab duk bagi sana sini percuma. 20 meter padu air percuma tu pun sia2 sebab jika tarif naik 37%, maka rakyat pun mungkin kena bayar lebih kan!
Nak senang citer, baik serah je. Nak serah pentadbiran negeri terus ke pusat pun lagi baik! :))
Ajal Maut
Khabar itu mengimbau disaat abah menerima berita yg dia mengidap barah. Pelbagai tempoh disebut antaranya hari, bulan, atau bila-bila masa. Sungguhpun mati itu tidak sesaat awal mahupun sesaat lewat. Abah meninggal 1 tahun setengah selepas mengidap barah paru2. Hinggakan ramai yg tidak sangka dia melepasi tempoh jangkaan untuk terus hidup.
Dan itulah harapan semua buat ibu saudara, agar dia tidak berputus asa. Terus berusaha dan menerima semua ini sebagai satu dugaan. Ikuti jejak abangnya yg berjuang untuk hidup dan berpantang maut sebelum ajal.
Bukit Yg Runtuh
Ramai pula menekankan peristiwa lalu sepatutnya dijadikan pengajaran oleh kerajaan, PBT dan pemaju. Tapi bagaimana pula faktor golongan pembeli hartanah. Apakah peristiwa Highland Tower dan kejadian runtuhan2 lain di kawasan tersebut tidak cukup menyedarkan? Apakah keputusan mahkamah melepaskan PBT 15 tahun lalu tidak meninggalkan kesan? Adakah keputusan kita satu ketika dulu kini dipersalahkan kepada pihak2 yg lain? Adakah kita tidak serik, pendek akal atau lebih senang menuding jari?
Atau elok juga kita hayati pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Saturday, December 6, 2008
Pakai Lilin!
Tak bertanggungjawab!! Tahulah dah gagap, tapi sikap lepas tangan yg ditunjukkan MB Selangor ini memang tahap gaban bodohnya. Kelewatan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) hanya akan merugikan semua pihak. Sedangkan kerajaan negeri boleh bertindak menggunakan bidang kuasanya untuk pindahkan 20 keluarga yg degil ni. Puluhan keluarga lain pun dah pindah. TNB pula sanggup bayar pampasan berganda.Inilah bila tak reti2 nak guna akal untuk selesai masalah. Bila 1 kilometer pencawang kabel tak siap, dan separuh Lembah Klang bergelap, tak payahlah tuding jari pada yg lain.
Alamat kita semua pakai lilin je la!!
Monday, December 1, 2008
Memoir Abah
Dan tatapan sebuah memoir sewaktu bersama...
Thursday, November 27, 2008
88 Tahun
- Hanya bayar 15 ribu setahun
- Memerlukan tempoh pembayaran selama 10 tahun
- Dana yg menyerupai KWSP dengan jaminan 100k insuran
- Pengeluaran disyorkan selepas 20 tahun
- Tempoh matang ialah pada umur 88 tahun
- Jangkaan pulangan selepas tempoh matang adalah RM1,732,301.00!
- Ya! Jutawan akhirnya! Mudah bukan!
Hanya jutawan yg bumi kata pergi, kubur kata mari, boleh? ;)
Tuesday, November 25, 2008
"Temu" Abah
Setiap mimpi punya maksud tersendiri. Samada baik atau buruk, ia mampu membuat kita termangu atau tersenyum bila mengenangkannya.Sebahagian diri terasa gembira bertemu dia, sebahagian pula membuat aku tertanya.
Apakah yg abah "perlukan?" :((
Saturday, November 22, 2008
Mudah Alih!
- Kim di talian 1111: Panggilan terpaksa disambungkan ke MNP (Multi Number Portability) sebab Kim bahagian Careline sahaja
- Nani di talian: Panggilan dipindahkan ke MNP sebab Nani bahagian Prepaid. Kim salah sambungan
- Selena di talian: Panggilan dipindahkan ke MNP sebab Selena bahagian Postpaid. Nani salah sambungan
- Farid di talian: Panggilan dipindahkan ke MNP sebab Farid bahagian Careline. Selena salah sambungan
- Teoh di talian: Maaf tak boleh bantu sebab dia juga bahagian Careline. Farid salah buat sambungan
- Amirul di talian: Dia bahagian MNP tapi maaf tak boleh bantu sebab kes begini perlu rujuk ke Postpaid!!!
- Logeswaran di talian: Boleh bantu. Bantu buat laporan kerosakan dan bagi no rujukan!!! Telefon balik lepas 24 jam.
- Tamat.
Sangat mudah alih! Satu talian ke satu talian! :P
Sunday, November 16, 2008
Ikut Perasaan
Namun, jika reaksi balasnya positif, teguran tentunya dianggap nasihat atau cabaran bagi penambahbaikan diri. Itu pun jika ada cukup sabar dan ikhlas untuk memilih cara mana yg terbaik untuk bertindak seterusnya. Di sinilah titik tolak membezakan kematangan dan kedewasaan. Keupayaan dan keseimbangan akal dan emosi. Tidak rugi bersikap waras dan adil jika apa yg ingin dicapai adalah kebaikan dan bukan kehancuran.
Silap kata, rosak. Silap langkah, binasa ;)
Thursday, November 13, 2008
Lumrahnya
Tapi tak ramai pula, yg berani cakap dan buat. Yg sabar bila dianggap takut. Yg berusaha lalu mengharap. Yg sembahyang lalu berdoa. Yg ada, katakan ada. Yg tiada, katakan tiada. Yg beringat bila dah senang. Yg tidak lupa, sungguhpun susah. Yg mengaku bila dah salah. Yg rasional bila dingatkan. Yg faham adalah sukar menarik rambut dalam tepung.
Yg mana satukah anda?? Tanyalah diri dan renungkan ;)
Saturday, November 8, 2008
Kaya Makin Kaya
Krisis kehakiman yg berlaku 20 tahun lalu menyaksikan kerajaan membayar ex-gratia berjumlah 10.5 juta kepada seorang Ketua Hakim dan 5 bekas hakim kanan.
Jumlah yg agak keterlaluan ini tidak masuk akal apatah lagi bila mereka2 ini turut menerima pencen yg berjumlah rata2 5 ribu setiap bulan setiap seorang. Pencen RM5 ribu sebulan x 12 bulan = RM60 ribu. Maka RM60 ribu x 20 tahun = RM1.2 juta.
Bukan nak menentang Pak Menteri bahawa kerajaan tidak mempertikaikan bayaran yang dibuat sebaliknya dipertikaikan ahli Parlimen pembangkang, tapi ada kewajaran ianya dikemukakan.
Garis kemiskinan di kebanyakan negeri di Malaysia pun antara 500 ringgit ke 1 ribu sebulan. Yg senang dah jadi miskin, yg miskin makin miskin, yg dah kaya pula makin kaya!!
Pelik tapi benar! ;)
Thursday, October 30, 2008
PBT Penyapu
Isu jalan2 tidak berlampu yg telah lama berlaku di sekitar Pandan Perdana bukanlah isu tersendiri. Malah banyak isu semasa lain di seluruh kawasan Ampang masih belum mendapat perhatian penuh pihak berkuasa tempatan (PBT). Antaranya pokok tidak dicantas, jalan rosak tidak dibaiki, longkang pecah tidak diganti, penjaja haram tidak ditangani dsb. Jika nak disenaraikan, maka berjela2.
Kes lampu ni dah bertahun lalu, tapi PBT akan hanya ambil tindakan mulai Disember. Itu pun berperingkat. Kalau ada anugerah penyapu, PBT di Ampang memang tak layak dapat, sebaliknya bagi vacuum, cepat sikit hasilnya. Mungkin sikap ambil ringan dan melengah2kan kerja memang amalan kakitangan mereka, pun bertahun2 jugak lamanya.
Mungkinkah atau memang?? ;)
Tuesday, October 28, 2008
Ujian Getir
Sungguhpun bersifat sementara, kita perlu hadapi setiap cabaran dengan berhati2, bersungguh dan berani. Dan dengan keikhlasan, akan ada cahaya petunjuk menerangi di setiap hujung jalan yg gelap. Yakinlah dan percaya akan ketentuan dan kebesaran kuasa Ilahi.
Monday, October 27, 2008
Soal Mati
Ilmuan agama lebih mengetahui persoalan2 berat ini. Yg rata2 kita punyai cetek pengetahuan tentangnya. Namun, yakinlah, ramai mengharapkan kematian yg baik, sempurna dan beriman. Dipermudahkan saat nyawa diputuskan dari badan, dipelihara di alam kubur dan diampuni segala dosa. Semoga amalan diterima dan bekalan akhirat yg cukup untuk dihitungkan sebaik2nya bila tiba waktu.
Setiap yg mula akan berakhir. Yg berakhir pula menandakan satu permulaan baru. Beringat dan berserah, beramal dan berdoa.
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasih.
Saturday, October 25, 2008
34 Tahun
34 tahun sudah berlalu dan tanggal 24 Oktober bukanlah satu tarikh yg luarbiasa. Apatah lagi bila umur kian meningkat. Hanya perlu ada pengisian yg dalam dan penuh makna. Dikelilingi mereka yg memberi erti kehidupan sebenar. Menziarahi abah diwaktu pagi, bersama disayangi ditengahari dan melawati keluarga dimalamnya. Dan setelah kek dihidang dan lilin ditiup, kehidupan diteruskan. Mengharungi hari mendatang dengan penuh kesederhanaan. Mendekati apa yg sering diharap serta menggarap apa yg ingin dan telah tercapai.Thursday, October 23, 2008
Semua Akan Turun
Bila harga barang dah turun, harap2 disusuli dengan harga makanan pula. Waktu aku kecil, kuih 5=RM10, sekarang 3=RM10.
Dulu kuih besau, sekarang harga je besau! ;)
Wednesday, October 15, 2008
Persandingan Meriah
Apapun, diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada 2 mempelai. Semoga berbahagia ke anak cucu ;)
Wednesday, October 8, 2008
Melampau!
Berani nak minta menteri minta maaf. Kalau tersinggung sekali pun, ingat orang kisah ke?!!! Wajarlah pak Hamid ambil tindakan yg patut. Jangan sampai besar kepala!
Dah nama pun pertubuhan haram, duk diam2 je la dei!!
Tuesday, October 7, 2008
Rezeki Mat
Teringat pula kat 2, 3 anak saudara sendiri yg tak selalu tapi adakalanya ponteng sekolah. Mereka tak malas, hanya kurang rajin ;)
Mungkin rezeki Mat untuk menyambung semula apa yg terhenti. Semoga Mat berjaya dalam usahanya dan tidak mensia-siakan peluang yg ada.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, tak siapa yg tahu ;)
Saturday, October 4, 2008
Keluarga Besar Abah
Kenangan bergambar waris abah pada 1 Syawal 1429 Hijrah. Seorang ibu, 2 anak lelaki, 4 anak perempuan, 3 menantu, 7 cucu lelaki dan 6 cucu perempuan. Berhimpun sebagai 1 keluarga dan dengan 1 kehilangan.Dan dalam kehilangan, semangat dia masih disanjungi, tawanya diingati dan hadirnya tetap dirindui :)
Saturday, September 27, 2008
Kedaifan Mereka
Kisah Mat, anak sulung berumur 14 tahun yg disiarkan di UTUSAN Malaysia hari ini pastinya membuat kita termenung dan terfikir. Bagaimana seorang abang yg berhenti sekolah untuk menyara 8 adik dengan pendapatan RM10 sehari. Membantu ibu mengurus makan dan pakai serta sekolah adik2. Malah kedaifan keluarga itu hanya mengizinkan mereka tinggal berteduh di sebuah bangsal milik saudara. Sungguhpun begitu, mereka tetap mengharungi hari demi hari dengan penuh harapan dan kesyukuran.
Kisah yg mampu mengajar kita agar mensyukuri akan rezeki dan nikmat yg tuhan berikan selama ini. Dan masih ada insan2 yg kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian. Jadi beringatlah dan bersyukurlah. Bantu membantu dan bersedekahlah selalu.
Friday, September 26, 2008
Panjatkan Syukur
Mungkin sesetengah anggap harga petrol yg turun 10 sen itu kecil. Namun, jika dinilai jumlah setakat hari ini, pastinya ia tetap dapat meringankan beban pengguna walaupun sedikit. Ada yg harap turun 30 sen. Namun, kronologi di bawah menjelaskan sesuatu;
Sebelum Jun: Petrol (1.92 seliter) / Diesel (1.58 seliter)
Jun: Petrol (2.70 seliter) / Diesel ( 2.58 seliter)
Ogos: Petrol (2.55 seliter) / Diesel (2.50 seliter)
Sept: Petrol (2.45 seliter) / Diesel (2.40 seliter)
Kesimpulannya, samada munasabah atau tidak, penurunan bulanan tetap berlaku. Peratusan subsidi masih kekal. Dan rebet tetap diberikan. Walaupun harga minyak dunia stabil, tapi ia tetap berubah2.
Bak kata omputih: Something than nothing a.k.a bersyukur ;)
Thursday, September 25, 2008
Harga Diri
Malah ahli PKR tersebut di dalam aduannya pada JAIP, mendakwa dia diperangkap tapi turut mengaku melakukan hubungan dengan "habuan seks" itu. Dan meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan pada mereka yg telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.
Jika benar sekalipun dakwaan brader, dan BPR turut merakam perlakuan seks tersebut, tidakkah terfikir, yg salah tetap salah, yg benar tetap benar. Dah buat salah, nak tuduh lain buat apa?
Semudah itu kata fitnah sedang bukti jelas. Semurah itukah maruah brader, hingga melacurkan harga diri! :P
Wednesday, September 24, 2008
Sungguhpun Berlalu
Monday, September 22, 2008
2 Biji Telur
Sungguhpun dia dibebaskan, dan tidak berterima kasih langsung, malah dia saman sana sini, tak perlulah dakwa makanan yg dihidangkan padanya tak ubah seperti makanan anjing. Bukankah 2 biji telur separuh masak beserta roti tu adalah makananan yg sihat?Betulkan??? ;)
Turun Lagi?
Asyik2 citer bung Anwar je pun bosan gak kan! ;)
Saturday, September 20, 2008
Muhibbah!
Acuan negara dengan kepelbagaian bangsa, agama, adat dan budaya adalah asas pembentukan negara berpuluh tahun lamanya. Perjuangan nenek moyang terdahulu tidak harus diperlekehkan dan sikap sesetengah pihak dengan tanpa hormat menyentuh sensitiviti asas tersebut harus ditolak bulat2. Usaha kerajaan untuk mencadangkan satu Akta Hubungan Kaum perlu dilihat sebagai satu rancangan mengukuhkan perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan semua bangsa di negara ini. Dan akta yg sedang dirangka itu kelak boleh berjaya jika wujud persefahaman yg baik dan tulen dari pelbagai lapisan masyarakat.
Konflik perkauman akan hanya merugikan. Dengan sikap muhibbah dan toleransi, ianya pasti menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara yg berterusan. Dan bukan bergantung kepada ketaksuban pemimpin2 yg ingin berkuasa dengan alasan rakyat inginkan perubahan semata2.
Ingin pesan orang lama, bersatu teguh, bercerai roboh ;)
Thursday, September 18, 2008
Jalur Terbalik
Namun, penahanan menjurus kepada saranan beliau di laman blognya yg mengajak rakyat agar Jalur Gemilang, simbol kemegahan negara dikibar secara terbalik sempena Hari Kemerdekaan. Dan juga sebagai tanda rasa tidak puas hati kepada negara dan kepimpinan yg ada.
Wednesday, September 17, 2008
Fakir Maut
Pernahkah kita melihat suasana demikian di Malaysia? Mati akibat berebutkan wang zakat? Atau mati tak cukup makan? Pernahkah fakir miskin di sini tidak terbela sepenuhnya? Dan jika dinilai tukaranya yg hanya RM16. Pastinya kesenangan yg dialami kita jauh lebih baik berbanding mereka. Bukankah kita patut sentiasa bersyukur dan tidak lupa.
Mereka berkumpul untuk sesuap nasi. Kita berkumpul bila ada perhimpunan politik saja :(
Wednesday, September 10, 2008
ISLAM AGAMA RASMI!
Desakan pihak2 tertentu yg membuat petisyen agar azan solat di Puchong dan Kota Damansara diberhentikan dan tanpa menggunakan pembesar suara, atas sebab kononnya mengganggu penduduk sekitar, adalah sesuatu yg AMAT KURANG AJAR!Sememangnya Selangor dikepalai oleh seorang yg MAHA BENGAP, tetapi dimanakah barisan kepimpinan Islam yg berada dalam kerajaan negeri. Dimanakah kelantangan pahlawan2 Islam PAS?? Tunggulkah??
Agama lain perlu bersyukur kerana amalan kebebasan beragama wujud di Malaysia. Walaupun bagaimana pun, ISLAM tetap agama rasmi, jadi jangan ada dalang2 yg mempersoalkan status itu atas apa alasan sekalipun!
INGAT! ISLAM ADALAH AGAMA RASMI!!!
Tuesday, September 9, 2008
Cegah Rasuah
Ada pendapat, mengumpan untuk lompat parti dengan janji akan pangkat dan jawatan itu juga satu bentuk rasuah. Betulkah?
Tentunya ada wang pendahuluan, kalau tak siapa nak lompat? ;)
Habeus Corpus
Tak berbaloi bebaskan rakyat yg tak bersyukur hidup di bumi bertuah ni. Elok ditahan selamanya!
Friday, September 5, 2008
Sungguhpun Begitu
Sungguhpun dia bersemadi, pusaranya dihiasi. Sungguhpun tiada lagi dengar suaranya, sesekali mengharap ia bergema. Sungguhpun terasa rindu, mengingatinya dapat mengubati jiwa yg sedu. Sungguhpun kasih tak kesampaian, terasa dirinya di sisi bila memerlukan.Namun, abah tetap di "sana", memerhati mungkin dan aku tetap disini. Hidup perlu diteruskan juga sungguhpun begitu.
Al-Fatihah
Al Fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Tan Sri Abdul Samad Ismail. Seorang tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan yg telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Khamis, 04 September 2008, pada jam 5.58 petang. Meninggalkan seorang balu dan 10 orang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yg soleh. Amin.Jimat Ramadhan
Kesempatan menambah rezki di pasar Ramadhan memang dinanti2 golongan peniaga dan penjaja. Dengan pelbagai hidangan kuih-muih, juadah dan masakan serta minuman untuk dihidangkan, pastinya mengundang selera pengunjung. Walau hampir seminggu, KL dibasahi hujan, wujud golongan yg nak membeli, tak kira renyai ataupun lebat. Yg belum tentu sempat balik untuk memasak. Jadi singgah dulu mana yg dekat untuk "memborong".Tapi berbelanja biar berpada. Elakkan pembaziran. Hayati bulan mulia ini. Belilah ikut keperluan, dan jangan ikutkan nafsu dan selera tekak semata2. Hari ini tak merasa, esok ada lagi. Sungguhpun hasrat nak simpan untuk bersahur, susah kalau meja dah penuh kan.
Terimbau waktu kecil, hidangan sahur paling sedap! Nasi dengan telur goreng letak kicap :))
Wednesday, September 3, 2008
Hak Rakyat!
Sudah berpuluh tahun, dewan tersebut milik penduduk dan untuk aktiviti setempat. Dewan dibina pun atas keringat, sumbangan dan duit simpanan mereka. Bil2 juga dibayar sepenuhnya persatuan kebajikan Islam di situ. Tanpa bantuan sesen kerajaan negeri atau PBT. Malah PBT tak wujud masa ia dibina. Kalau ya nak kaut untung sewa, tak perlulah bertindak menotis.
Sungguhpun atas arahan kerajaan negeri (dah agak dah!) Sedar2lah, rakyat juga yg mampu menumbangkan kerajaan itu kelak.
Puasa Cuti
Memandangkan begitu, kan molek kerajaan umum setiap hari pertama puasa sebagai cuti umum!!
Jom ramai2 hantar memorandum! Setuju!!?? :)))
Tuesday, September 2, 2008
DNA
Menghairankan bila ada golongan bijak pandai (kononnya!) cuba mempersoalkan usaha pembentangan Rang Undang2 Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008. Rang yg membolehkan Bank Data Forensik DNA ditubuhkan dalam membantu aspek penyiasatan, penyelidikan dan pelbagai lagi khususnya perundangan kelak. Tak perlulah mempolitikkanya. Pastinya rang yg didrafkan sebegitu lama telah meneliti semua sudut. Seterusnya membolehkan pihak berwajib bertindak atas akta khusus tanpa timbul keraguan.
Bukan soal siapa terliwat siapa saja! ;)
Monday, September 1, 2008
Tiba Ramadhan
Kini, yg ditunggu dan dinanti tiba lagi. Terbuka akan pintu rahmat dan tertutup pintu neraka. Dan wajib bagi yg Islam, baligh, berakal dan suci. Maka, berpuasalah sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat terdahulu. Menahan diri dari lapar dan dahaga serta yg membatalkan. Dari fajar hingga tenggelam matahari. Semoga amalan dinikmati dengan penuh kesyukuran dan diberkati. Dan mudah2an kita bertakwa.Amin Ya-Rabbulallamin
Saturday, August 30, 2008
Prihatin 2009
Bajet 2009 yg dibentangkan oleh Pak Lah amat berketepatan dengan temanya iaitu Bajet Prihatin. Tiga strategi khusus iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti dan memperkukuhkan daya tahan negara. Berjela2 senarai peruntukan tambahan, elaun, rebat, bonus, insentif, pengecualian, potongan, pengurangan dan pelbagai lagi. Malah sesetengah akan dilaksanakan tahun ini juga. Terasa macam dapat sampul duit raya! Belum bukak, dah tahu nilai! ;)
Teras Kejayaan
"Bangun Membantu Agar Sepakat, Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada, Dalam Hidup Harmoni"
"Sirami Rasa Kasih Sayang, Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas, Dihati Murni, Menjadi Kekuatan Kita"
Ternyatalah saat2 kalut dan kelemahan bangsa melayu sekarang, kekuatan sukar dicapai kalau sekadar nyanyi je kan! ;)
Untuk Rakyat!
Kerajaan dijangka membentangkan satu pakej bajet 2009 yg memberi penekanan kepada keperluan rakyat dan masa sama merangsang aktiviti ekonomi. Dan itu merupakan pendekatan hampir serupa setiap tahun. Soal peruntukan, cukai, harga, permintaan, perbelanjaan, penurunan, peningkatan, subsidi, akta dan pelbagai lagi yg sewaktu dengannya.Akan ada naik dan yg turun. Bertambah dan berkurangan. Namun, ianya bagi memenuhi keperluan setiap agama, bangsa dan negara. Untuk rakyat, kerana rakyat dan mesra rakyat. Walau ada suara2 sumbang selepas bajet nanti, rakyat harus bersyukur dan berterima kasih.
Lagipun mencapai kesempurnaan yg dirancang bukan mudah. Mungkin melalui ketidaksempurnaan, kita mampu menilainya dengan lebih baik. :)
Wednesday, August 27, 2008
Ziarah Abah
Keheningan damai menyelubungi himpunan pusara uzur dan usang. Ditemani mereka yg terdahulu pergi, abah disemadikan. Kehadiran seakan dinanti dan ketenangan amat dirasai. Yg wajib ditunaikan, namun hati sedu dan hiba di saat ingin meninggalkannya. Untuk seketika, waktu terhenti, namun salam diucap dan kami berlalu pergi. Kata abah..."tak sungguh tak melata, tanam galah dalam padi, tak sungguh kehendak kita, kehendak Allah yg akan terjadi.."
Dan itulah ketentuan Ilahi yg abah tiada lagi.
Sunday, August 24, 2008
MAHA 2008
Utusan Online memetik bahawa MAHA 2008 mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan bilangan gerai tertinggi iaitu 1,918 buah dan 1,179 peserta. Banding 2006 yg hanya 976 buah gerai dan 835 peserta. Keuntungan juga turut meningkat sebanyak RM9.7 juta berbanding RM6 juta dua tahun lalu.Terbukti bahawa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia yang berakhir hari ini, semakin berjaya. Yg pasti, industri ini sememangnya besar dan peluang yg ditawarkan amat luas. Pengunjung saja mencecah 1.2 juta orang.
Kebetulan waktu aku ke sana, Tok Pah pun ada. Kelihatan dia bersungguh2 memastikan industri ini giat berkembang dan bertambah maju. Industri turun temurun yg tok moyang kita dah buat dari dulu lagi. Jadi, rasa tak salah generasi seterusnya mempelbagai dan mempergiatkan lagi bidang ini.
Bangga tengok peluang dan tekad anak bangsa bergerak seiring ;)
Kini Berbeza?
Berhari tak mencoret. Bukan kekosongan modal, hanya sibuk dengan urusan dunia yg perlu diselesaikan. Lagipun soal kehilangan masih berlegar2 dan dirasai. Hari2 mendatang pastinya punya erti yg mendalam, terutama menjelang puasa dan Syawal.Terbenak di fikiran apakah akan sama atau berbeza bila tiba waktu?
Wednesday, August 13, 2008
Kerana Emak, Untuk Abah
Dan hari ini, genap 2 minggu, dia telah pergi. Dan pesannya telah pun menjadi realiti. Kini, kami sekeluarga berhimpun, bersama memaafi kisah lampau yg mengoncang pertalian dan menyedari bahawa yg lalu biarkan berlalu. Tanpa dirancang, mendekati semula hubungan yg telah lama di nanti oleh emak dan arwah abah.
Sesungguhnya yg berlaku, pastinya kerana emak dan walau tiada, tetap untuk abah.
Saturday, August 9, 2008
Friday, August 8, 2008
Rindu Abah
Aku tahu, walau sukar namun itu hakikat. Seakan terpanggil akan suara yg tidak mungkin didengari lagi. Ketentuan dugaan agar sentiasa mengingati. Kehadiran disisi amat dirasai, sesekali ditangisi. Walau telah tiada, di jiwa tersemat dan mengamit perasaan yg tak tertahan.Aku tahu, sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi dia. Memohon diampuni segala dosa dan dicucuri akan rahmat ke atas rohnya. Agar diberi ketenangan dan kelapangan di alam baru sehingga tiba waktu diadili.
Aku tahu dia tiada ganti. Aku tahu yg dia telah pergi...
Namun aku tetap merindui dia.
Sunday, August 3, 2008
Abah Pesan
Pesan Abah pada Emak seandainya dia pergi dulu..
Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
Saturday, August 2, 2008
Abah Pergi
Ku bacakan yasin dan doa, ku mandi, kafan dan sembahyangkanya. Ku lihat wajah abah tuk kali terakhir, ku cium, ku dakap dan ku bisikan...
"Semoga abah bahagia di syurga, ari sayangkan abah selamanya"
Sunday, July 27, 2008
Mampu Lupa
Hanya mampu lupa, hingga kami tak mampu mengubatinya :(
Saturday, July 26, 2008
Hobi Baru
Friday, July 25, 2008
Muda Matang Mentah
Lebih elok jika bertahun pengalaman, tapi masih ikut resam padi dan bukan si ayam yg bertelur. Berlagak tak tahu tapi tahu, dari tahu tapi tak tahu. Penuhilah diri dengan ilmu yg secukupnya. Laluilah proses kehidupan sebaik2nya. Itu lah sebenarnya pengalaman yg tidak ternilai dan pastinya mematangkan kita.Dengar sebelum cakap, fikir sebelum bertindak ;)
Wednesday, July 23, 2008
Soal Rezeki!
Ya "rezeki" ada di mana2. Persoalannya apakah bentuk pengorbanan yg perlu dilakukan dalam mencari "rezeki" tersebut? Perlukah kita mengambil kira tanggungjawab yg sedia ada dan mengabaikan sesuatu yg berada di depan mata? Apakah kewajaran mengejar semua benda dan dengan mudah menamakan ia "rezeki"?Rezeki yg bersih sahaja pastinya diberkati ;)
Langkah Awal
Sebagai langkah awal, sykt telah menyediakan 2 peruntukkan, pertama bagi menstabilkan keadaan dan kedua, peruntukkan jangka panjang bagi menghadapi segala kemungkinan yg datang. Dan setiap keputusan susulan dibuat dengan lebih teliti dan teratur tanpa terburu2.
Penumpuan kini ialah mengenalpasti industri lain yg mampu memberi peluang dan pulangan yg menarik. Cth: akuakultur, penternakan dan pelbagai bidang agro lain yg dilihat berpotensi. Usaha giat dijalankan bagi mendapatkan modul perniagaan dan pakej yg berpatutan serta lokasi yg sesuai kelak. Mereka yg berminat juga telah menyatakan hasrat untuk turut serta dalam usaha ini.Sekiranya berjaya, pastinya ia akan dinikmati semua. Terutama yg telah bersama sykt dalam mengharungi cabaran dan dugaan yg dihadapi sekarang.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ;)
Monday, July 21, 2008
Pesanan Akhir??
Kenyataannya pabila pesanan terakhir berubah2 hanya akan merumitkan keadaan jika tidak dinilai sebaiknya. Sehinggakan mungkin ada yg lupa mana yg harus diutamakan. Bukan tak bagus tinggalkan pesanan, tapi kalau berlainan, pening nak fikir mana satu.Adalah lebih baik pesanan itu disampaikan dengan terang dan jelas ketika seseorang itu masih sihat dan mampu. Jangan contohi zaman nenek moyang, berparang sebabkan pusaka yg sekangkang kera. Elok dielakan saja perbalahan yg adakala berlarutan ke 7 keturunan.
Mungkin ada yg anggap kenyataan ini melampau. Tapi bayangkan kalau semua dapat pesanan berbeza? Pembahagian tidak sekata? Arahan mencurigakan? Dan keluarga pula semua tidak bersatu??
Apa kesudahannya nanti?? :P
Lompat Kerja
Isu berhenti keja kini jadi bualan. Kedengaran di tempat lama, ada mereka yg nak berenti atas alasan tak puas hati. Yg konon tak puas hati pun ada n datang mintak kerja dgn aku sekadar nak tarik tali utk naik gaji. Berhasil, cos kabarnya majikan asal naikan tapi keterlaluan. Pekerja lain mintak elaun sara RM100 pun tidak diendah dan disuruh berhenti. Boleh???Dan dari maklumat, ada yg dah berhenti pun, dah notis, dah temuduga dan mencari peluang di tempat lain. Masa aku jaga dulu, takda kes2 seumpama ni berlaku. Ya berhenti, tapi atas sebab lain, bukan tak puas hati.
Moralnya ialah kebajikan pekerja jangan dipandang ringan. Apatah lagi melibatkan soal gaji dan bayaran. Arahan dan agihan kerja yg jelas. Dan pengurusan yg lebih bertanggungjawab dalam memastikan matlamat dan tujuhala dikongsi bersama. Bukan sorok2 lepas tu bagi "dot dot dot" ;)
Sekarang nasi dah jadi bubur. Sedar2lah. Jangan perlekeh mereka yg bekerja dan telah berjasa.
Monday, July 14, 2008
Hilang Jantan??
Setiap kali berdepan mereka yg bersikap konon berani rupanya pengecut ini, aku rasa hairan lagi ajaib. Realitinya mereka ini sering dalam dilemma hidup. Suka merungut dengan masalah, tapi tiada penyelesaian. Impikan sesuatu yg lebih baik, tapi kecut untuk menggapai. Mencari kepuasan diri, tapi kecut pada segala dugaan. Harapkan kesenangan, tapi kecut hadapi kesusahan.Tambah pelik dan menakjubkan sebab si pengecut adalah lelaki. Mungkin "jantannya" hilang ntah kemana. Kalau dah tersepit lagi terhimpit jadi elok dibuang saja. Dari tergantung tidak berfungsi, biar jatuh jadi habuan si kaki empat yg berkeliaran di jalan.
Jangan harap kata2 saja berapi, tapi yg keluar asap ;)
Wednesday, July 9, 2008
Abah
Tuesday, July 8, 2008
Bosan Gaban
Bosan, bosan dan bosan! Dengan kisah politik dan golongan elit yg tak berkesudahan. Ada saja berita yg overshadow yg lain! Liwatlah! Letuplah! Lompatlah!! Itu saja kita dengar dari hari ke hari. Disajikan pada telinga dan mata oleh setiap media perdana. Berita sama diulang, diolah, dibaca dan dicetak hinggakan terasa mual. Kisah budak hilang pun dah hilang dari berita. Kisah minyak naik pun dah turun rating. Kisah pilihanraya pun tidak lagi jadi pilihan. Mungkin ada yg tak jemu mendengar citer sensasi. Tapi tahap meluat dah capai tahap gaban!Bosan bagai tengok perang Iraq yg tak abis! ;)
Cerita Palsu
Bagi sesetengah, cara terbaik mengelak dari terjerumus ke dalam satu keadaan yg rumit adalah dengan berbohong. Dan pembohongan dibuat setelah didorong perasaan takut, rasa bersalah ataupun tekanan. Namun, bohong hanya bersifat luaran dan sementara. Lambat laun, kebenaran akan terserlah.Dan apabila ia berlaku, pembohongan lalu hanya akan lebih merumitkan. Si pembohong akan tertekan sebab tembelangnya dah pecah. Yg dikata dulu tidak lagi sahih. Umum pula telah sedar siapa salah atau siapa betul.
Monday, July 7, 2008
Kecil & Kental
Namun mereka tetap tabah. Kental membuat keputusan demi kepentingan bersama. Terbukti mereka lebih matang dalam menangani setiap cabaran. Lebih matang berbanding sesetengah individu yg bergelar boss. Individu yg berselindung di sebalik pangkat dan wang semata2. Tapi takut dengan bayangan sendiri.Benar Berani
Sesetengah kita dilahirkan dengan kesempurnaan sifat luaran. Dalaman pula bagaimana? Akal yg penuh kekeliruan. Jiwa yg cacat dengan hasad dan dengki. Gelora dendam dan geram yg keterlaluan. Dan pelbagai lagi kekurangan yg jelas terpancar jika diamati walaupun dengan mata kasar.Moralnya, kita tidak pernah sempurna. Terimalah hakikat fitrah dan kebenaran dengan keberanian. Dan dengan telus dan ikhlas. Jangan menganiayai atau mengugut dan memperalatkan yg lemah hanya untuk kepentingan dan ketamakan diri. Elakan melatah bila diri dinilai oleh persepsi dan pandangan. Mungkin benar, mungkin salah.
Hidup biar berani pada yg benar dan takut pada Yg Kuasa ;)
Tuesday, July 1, 2008
Otak Keldai??
Sendiri makan gaji tak cukup. Hutang kereta pun tak mampu bayar. Sangkut2 nak kena tarik. Ada hati nak bercakap tentang syarikat yg jauh tinggi nilai banding gaji setahun dia. Da dapat bantuan dan diberi kerja, baru boleh bernafas. Itu pun tak reti nak bersyukur dan bersikap rendah diri. Tak humble langsung. Sah satu keturunan memang begitu. Totally Jack ass! n F*%K UP!Kena ingat yg theres always a bigger fish out there. Harap2 satu hari dia akan disedarkan dengan kebenaran sebenar. Dan tidak berlagak macam tahu semua tapi rupanya tin kosong je.
Aku fikir, berbanding dia, tahap otak keldai pun lagi tinggi! :P
Monday, June 30, 2008
Sama Kerja
Setelah beberapa minggu berusaha, akhirnya apa yg kami rancang telah dilaksana dan disempurnakan dengan tersusun dan teratur. Syabas buat mereka yg terbabit dan turut serta. Terbukti kuantiti bukan pengukur segalanya. Dengan keupayaan yg ada, kesanggupan mereka amat memuaskan. Dengan keberanian untuk mengambil risiko dan berfikir luar kotak, kami buktikan yg kami mampu. Bukan kerana wang, harta dan kekayaan, tapi kepuasan berkongsi pengalaman dan saat2 penting bersama mereka yg menghargai dan dihargai.
Aku bangga, sebab mereka buktikan pada yg lain bahawa jantina atau kecacatan atau apa jua kekurangan bukan penghalang untuk mencapai sesuatu dan bekerja sebagai satu pasukan. Bekerjasama tanpa menilai kurang lebih seseorang.
Tidak perlu sempurna untuk capai kesempurnaan :)
Saturday, June 28, 2008
Rancang Dahulu
Afterall, its about the survival n future of the company. And to make sure semua berjalan lancar, setiap kami ada peranan dan tanggungjawab. Dan perancangan dibuat dengan teliti walaupun dalam tempoh yg singkat. Tak nak plak hentam kromo saje. Aku dah lihat banyak kali berlaku bila soal merancang diambil mudah. Akhirnya pelaksanaan tak berjaya dan bertambah susah.
Soal merancang tak rumit, yg penting ada kemahuan dan kesanggupan. Dengan resources yg cukup, input n output yg baik plus budget yg munasabah. Sure hasilnya berbaloi. Insya'allah! Tidak apa kalau bermula dari bawah. Susah2 dahulu n bila senang nanti, sentiasa beringat.Ikut pesan abah aku, jangan berhutang, jangan aniaya n jangan tipu orang. Itu hakikat sebenar yg tak boleh disangkal. Berniaga juga perlu kejujuran, bukan penyelewengan. Keikhlasan, bukan ketamakan. Niat yg tak baik, selalunya tak berkat. Senang dapat, dan senang hilang. Sentiasa bersyukur dan jangan lupa diri.
Mak plak pesan, berjimat selalu dan ko bila nak kawin??? Soalan maut tu!! ;))
Thursday, June 26, 2008
Jalan Kosong
Kekayaan mengubah sikap dan keperibadian. Kepuasan yg patut dicari diganti ringgit. Menepis kebenaran dan menafikan hak yg layak. Tanpa rasa malu, mengangkat diri tanpa dipuji. Dan demi impian kebendaan, maruah tercalar.

Renungi dan amati sedalamnya. Jelas tersalah mengorak langkah. Harap sedar agar tidak terlewat. Sebelum diri dibaham keduniaan, hilang pedoman dan kemuliaan. Dan jalan yg tinggal hanya kekosongan.
Tiada erti kebahgian tanpa dikongsi bersama. Tiada erti mahligai indah tanpa tamu. Tiada erti harta tanpa hormat. Tiada erti kasih dan hidup bagaikan tiada erti lagi.





