Friday, October 8, 2010

Andai Ku Tahu

Sambil merehatkan minda dipagi Jumaat, elok juga dihayati lirik lagu ini yg penuh kebenaran...

"Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 1, 2010

Jawab Dengan Tenang

Setiap persoalan jika dijawab dengan jujur dan berpaksikan kebenaran, pasti peroleh jawapan yg sahih.

Dan sempena bulan peperiksaan ini, marilah hayati 10 persoalan di bawah dan jawablah dengan tenang;

1. Siapa yg ngaku diberi amanah untuk menjaga emak? > Abang.

2. Siapa yg sekarang ngaku dia sebenarnya hanya "temankan" emak saja? > Abang.

3. Siapa yg ngaku jika amanah abah tidak ditunaikan, maka dia, anak2 dan keturunannya akan susah? > Abang.

4. Siapa yg ngaku yg abg kononnya sedang berusaha? > Kakak.

5. Siapa yg ngaku jika apa yg abang buat itu tidak cukup, maka buatlah yg lebih baik? > Kakak.

6. Siapa yg langsung tak boleh buat lebih baik tetapi berpura2 kononnya demi emak? > Kakak.

7. Siapa yg biarkan emak menyembah mereka? > Abang dan kakak.

8. Siapa yg turut bersubahat dan membiarkan? > Menantu2 yg takut isteri.

9. Jika abang, kakak dan ipar bersikap begitu, siapa yg patut tegakkan kebenaran? > Adik2

10. Jika adik2 buat atas nama amanah dan rasa tanggungjawab, kenapa dipersalahkan?

> Sebab abang da sebar fitnah, kakak2 dan suaminya mengongss!

Boleh?? ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 28, 2010

Bodoo Agaknya Bab 2

Hakikatnya abg pecah amanah, menyebar fitnah dan berbohong, dan malangnya dia didampingi kakak2 yg jahil dan sombong.

Keghairahan kakak yg cuba menafikan segala apa yg telah berlaku bagaikan menjerat diri. Usaha mereka untuk mengaburi mata semua pihak dilihat seakan terdesak dan memalukan.

Saudara-mara terdekat telah pun mendengar penjelasan sebenar, bukan sahaja dari aku dan Yasmin, malah dari mulut emak sendiri tentang fitnah dan bohong abg serta kakak yg tidak mampu menegakkan kebenaran.

Emak sendiri akui hatinya telah terguris dengan sikap abg dan kakak yg egoistik dan yg perlu disembah. Dan mereka seakan tidak tahu malu dengan tindakan seumpama itu terhadap emak.

Emak akui yg fitnah abg tentang pembinaan pusara abah adalah bohong. Dan fitnah abg tentang meroboh dan menjual rumah di Kg Melayu itu juga bohong.

Yg terpenting, emak akui bahawa satu hari nanti mereka semua akan mendapat pembalasannya.

Sesungguhnya yg benar sukar ditelan, tapi itulah ubat pahit yg paling mujarab.

Fitnah tidak boleh dibiarkan berleluasa, pembohongan harus dihentikan, kebenaran wajib diperjuangkan dengan apa jua cara.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah" ...Riwayat Bukhari dan Muslim

Dan firman ALLAH yg bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan"...Al-Baqarah ayat 191

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 24, 2010

BODOO Agaknya

Kebodohan atau kekurangan itu sebenarnya boleh diubah jika kita ada kemahuan dan kesanggupan untuk menerima hakikat dan kelemahan diri.

Contoh kebodohan adalah abang dan kakak2 yg tak mengadap emak dipagi raya sebab mereka fikir cukup hanya dengan menelefon, malah abang langsung tak telefon emak.

Tapi sedarkah abang dan kakak bahawa telefon itu aku yg sediakan? Tak cukup akalkah untuk bersyukur dan berterima kasih? Atau mungkin selepas ini boleh guna telegraf?

Ada kakak yg bodoh berkata yg muda perlu mengadap yg tua, tetapi dia tidak pula mengadap emak yg tua. Sebaliknya mengadap adik, ipar dan anak saudara yg turut tak mengadap emak, mertua dan nenek.

Dan kakak yg bodoh ini juga berkata raya itu lama tempohnya, tetapi sibuk memaksa dan mendesak emak untuk datang mengadap dia.

Mereka berkata lokasi dimana emak tinggal menjadi penghalang, sedangkan Bangi dan KL hanya 30 minit jaraknya.

Terbukti hanya kecetekkan akal dan kesempitan jiwa yg tidak mampu bezakan yg benar dan nyata, yg wajar dan tidak.

Hanya keegoan dan kedengkian yg melampau akhirnya mampu mengenepikan emak sendiri.

Sedarlah yg hidup hanya sementara dan mati tidak mengenal sesiapa, baik tua atau pun yg muda, baik emak atau kita.

Dipetik kata Pakcik...."Raya pertama itu yg penting, cakaplah apa alasan sekali pun, kalau tidak mengadap emak dipagi raya, you are nobody!"

Dan ku petik kisah rakan sekelas anak sepupu yg mengeja b o bo, d o o do!

Justeru, ingat betul2...YOU ARE NOBODY & YOU DEFINATELY BODOO! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 22, 2010

Abah Pernah Berpesan

Arwah abah sering berpesan untuk kebaikan dan kebenaran.
Antaranya "DALAM HIDUP, KITA JANGAN ANIAYA ORANG."

Sebab jika kita aniaya orang, disuatu hari pasti orang akan aniaya kita. Dan jika kita biarkan orang lain dianiaya, nanti kita pula dibiarkan teraniaya.

Justeru berpesanlah dengan keberanian, bukan membisu seperti tiada apa yg berlaku.

Berpesanlah pada abang agar hentikan penganiayaan pada emak, adik2 serta ahli saudara. Hidup biar dibumi yg nyata, bukan bohong semata-mata, kerna ia punca perpecahan keluarga.

Berpesanlah pada kakak agar pulangkan semula hak emak yg hanya dipinjam, bukan untuk disimpan. Bersihkan hati dari berdengki dan buang sifat pentingkan diri, kerna hidup hanya sekali dan emak tiada ganti.

Berpesanlah pada ipar duai agar hentikan penganiayaan pada pekerja bawahan kerna pemandu dan pembantu rumah juga perlukan bantuan. Sedari asal usul dulu yg menumpang tuah dan kekayaan mertua, hingga dibantu untuk berdiri, bukan untuk melupa diri.

Aku sekadar berpesan-pesan sebab yg benar tetap benar, yg salah tetap salah. Kalau ada sesiapa ingin nafikan kebenaran, silalah dan cubalah! ;)

Al-Quran, ayat 103, Surah Al-Asr yg bermaksud..."Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yg berpesan2 dengan kebenaran serta berpesan2 dengan kesabaran."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 19, 2010

10 Hakikat Sebenar

Sebelum lebih banyak pihak menyebar fitnah dan benci terhadap aku dan kakak Yasmin, lebih baik dijelaskan sikap dan tindakan abang tua yg sebenar;

1. Gagal menyempurnakan amanah yg abah tinggalkan

2. Mengeluarkan nama emak dari senarai amanah

3. Amanah kini bertukar menjadi hutang setelah gagal ditunaikan

4. Meminjam pula wang ASB emak 150 ribu untuk bayar amanah pada kakak.

5. Kakak2 pula tidak pulangkan pada emak, sedangkan menyedari itu wang emak yg dipinjamkan.

6. Abang tua berhutang lagi dengan aku dan Yasmin 200 ribu.

7. Puluhan ribu lagi hutang pada ahli saudara abah.

8. Gagal membela nasib dan kebajikan emak sewaktu dibawah jagaannya.

9. Menabur fitnah tentang kedua adik bongsu pada saudara.

10. Menabur janji pada semua, tetapi bohong belaka.

Justeru bagi mereka yg mendengar sebelah pihak, carilah kebenaran sebelum membuat penilaian, bukan sekadar andaian semata2.

Jika ada yg sangsi pada 10 hakikat di atas, bertanyalah pada mereka yg berkenaan. Sebab segan bertanya sesat jalan, jika tak tanya, tiada jawapan.

Nota: Itu baru carta 10, belum 100 ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 17, 2010

Yg Kurang Diajar

Adakala berlembut itu hanyalah tanda kelemahan diri yg mudah dipandang enteng oleh mereka yg gemar mengambil kesempatan.

Justeru perlu ada keseimbangan dan ketegasan dalam kita berpesan2 tentang kebenaran dan kenyataan.

Sesungguhnya sewaktu abah ada, ketegasannya dihormati. Baik hari raya atau hari2 yg lain, anak2 yg datang mengadap dan bukan sebaliknya. Namun bila abah tiada, kelembutan emak seakan diperlekehkan.

Anak2 yg mengaku diri mereka ibu dan bapa tidak pula menghormati emak sebagai seorang ibu. Emak dipandang sebelah mata hinggakan tak perlu diadap dan diziarah bagaikan emak dah tiada.

Mungkin sebab emak tak mampu nak janjikan bantuan kewangan, projek dan tender sebagaimana abah beri dan kayakan anak menantu sewaktu hayatnya.

Ternyata abang dan kakak2 yg bergelar ibubapa itu lebih hina dari aku. Sekurang2nya suatu waktu dulu, bila tiba hari raya, aku tetap datang mengadap kedua orang tua walaupun untuk seketika.

Kini, bukan saja mereka anak yg kurang ajar, malah menantu dan cucu2 yg sama kurang ajar.

Yg kurang tu perlulah diajar, nanti jadi bodoh menyusahkan orang pulak kan? ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 15, 2010

Selagi Mereka Disisi

Sesungguhnya ketibaan Syawal membuka lembaran baru dan memberi maksud tersendiri dalam kita mencari keampunan dan kemaafan atas keterlanjuran lalu pada kedua orang tua.

Anak2 yg tinggal berjauhan mahupun berdekatan pasti akan pulang menziarahi dan mengadap walau dimana mereka berada.


Tiada yg lebih bermakna selain berpeluang menyatakan perasaan kasih dan sayang terhadap mereka, memeluk erat dan mencium tangan mereka selagi hayat dikandung badan dan selagi mereka berada disisi.


Terima kasih Emak kerna memberi kami peluang melakukan itu semua pada mu.

Terima kasih TUHAN kerna masih mengizinkan kami beraya bersama tahun ini.

Syukur Alhamdulillah :))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.