Friday, October 30, 2009

Kontraktor Luar??!!

Sumber berita pagi tentang pembabitan kontraktor luar dalam pembinaan jambatan gantung di Kuala Dipang, Kampar, Perak, sebenarnya tidak mengejutkan. Sewajarnya keputusan Jawatankuasa Siasatan yg ditubuhkan itu kelak diumumkan terutama kepada keluarga mangsa trajedi.

Tentunya pihak2 kontraktor ini wajib diheret dan dipersoalkan tentang semua aspek pembinaan dan teknikal jambatan yg telah runtuh Isnin lalu dan mengakibatkan kehilangan nyawa kanak2 dan kecederaan serta trauma.

Ia juga perlu dijadikan pengajaran kepada kontraktor2, terutama yg rakus dan ghairah merebut kontrak di luar daerah dan kawasan mereka, hinggakan berkemungkinan mempertaruhkan hasil binaan dan kerja atas sebab keuntungan semata2.

Untung terbayang, jambatan bergoyang, nyawa melayang... renung dan fikirkan...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 29, 2009

Si Tua Yg Tandus

Kisah si tua yg bagaikan ketandusan sumber seakan semakin menyerlah. Bahkan sifat mengong dan bingainya juga turut menyerlah. Terhapus segala maruah dan darjat atas tindakan sendiri tanpa dibantu yg lain.

Sememangnya semua tahu, si tua tidak pandai menabung. Sedangkan segala peruntukkan simpanan, dana dan bantuan hasil peninggalan bapanya sudah lebih dari cukup. Namun, dari muda lagi, apa yg diberi padanya hilang atau habis atau rosak begitu saja. Baik wang modal niaga, modal bina rumah, modal simpanan amanah, modal harta dan entah apa modal lagi.

Walaupun niat si tua hanya untuk mengambil hak yg sah, tapi jangan membelakangi sedarah sedaging. Sikap terdesak begini jika tidak ditangani dengan baik, boleh memuncak dan mencetuskan perbalahan yg berpanjangan. Waktu bakal penentu dan nasi mungkin menjadi bubur. Semua sedang memerhati dan jangan sampai hilang hati budi dan adab pekerti. Hak yg lain wajib diberi.

Pesan akhir, jangan ingat yg lain tak tahu apa yg berlaku! ;)

Sunday, October 25, 2009

Buat Mereka...

Buat tersayang... buat mak dan famili, k.shereen, min dan acu ena...

Buat sahabat dan teman...Suryani Fauzee, Sazali Sahar, Reed Shamsudin, Muaawiz d'artguy, Helena d'beautiful dan Cindy d'moongirl,Gidong d'man n Uncle Richard...Rusli Nordin, Suhaibi Fauzee, Boi'krull Kayrul, Erin Mohd Surat, Ikram Omar...Bulyah Ishak (nama glamor Julia), Oja Zainuddin, Sharifah Shufridah, Merenna Mohd, Manisah Sarujee, Adif Ismail, Suhaili Mat Deli, Wafa Nokman...

(Terkini)...tidak ketinggalan buat Saiful Adli Sulaiman, Serihamidah Shamsuddin, Asnita Mohd dan Sarah Animah Mohamad...

Terima kasih atas ucapan kalian semalam. Terima kasih kerna memperingati. Moga kalian memperoleh kebaikan dan kesejahteraan kini dan selamanya ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 24, 2009

SeUsia Lagi

Bila kian meningkat usia, pastinya aku akan merenung kembali akan lipatan peristiwa yg telah dan mungkin juga yg akan berlaku. Dari setiap sudut pandang, baik tentang diri dan keluarga, perhubungan dan persahabatan, kehidupan dan kematian. Menilai yg dikecapi dan yg dihindari, yg terbina dan yg berkecai, kejayaan dan kegagalan.

Kini genap 35, garisan telah melepasi 5 tahun pertama dalam menuju padang sasar yg dirancang. Pada masa sama membuka seluas ruang untuk menyusun semula atur langkah, mengadili sebaik2 kelebihan dan kelemahan. Melaksana dan mengharungi tanpa gentar setiap janji dan cabaran yg bakal mendatang.

Dan 5 tahun yg bakal menyusur, adalah kesinambungan waktu untuk terus berkongsi pengalaman, menyalur pandang, menurun ilmu dan bersama menikmati limpahan rezki dari NYA, dengan mereka yg dihargai dan disayangi serta yg menghargai dan menyayangi.

Tiada yg lebih bahagia selain berkongsi kebahgian dan membahgiakan mereka yg kita sayang dan sanjung. Terima kasih TUHAN, mohon berkat dan rahmat, kesejahteraan dan kebahgian dunia dan akhirat, Insya'allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 17, 2009

Di Mana Langit Dijunjung

Kehadiran mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ke 5 sememangnya mencuri perhatian baik di dalam dewan, di luar mahupun rakyat secara umum.

Beliau yg juga Ketua Bahagian Kepala Batas hadir ke Persidangan UMNO sebagaimana dijanjikan dan duduk di bawah bersama ahli di ruang perwakilan.

Tabik dan angkat topi buat Pak Lah!! ;))

Sumber foto: http://www.utusan.com.my/


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Usahawan Tak Tahu Malu

Petikan teguran sinis pemimpin ulung terhadap golongan usahawan melayu pada satu majlis di Kuala Lumpur...

..."Usahawan bumiputera yang menjalankan perniagaan perlu mempunyai sikap 'malu' untuk berjaya,"...

...''Kalau modal RM1,000, jalankan perniagaan berdasarkan modal yang ada. Ini tidak modal RM1,000 nak perniagaan RM10,000, bila gagal tak tahu malu pula,"


... Tun Mahathir, 16 Okt 2009

Nota: Bab modal 1k, tapi nak niaga 10k, untung pulak nak 100k, simpanan nak sejuta! Haaa, ramai kt Ampang tu! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lama Sudah Dia Pergi

Kesempatan menziarahi pusara abah memberi aku peluang melawat pusara seorang saudara sepupu yg meninggal dunia 28 tahun yg lalu, sewaktu dia bayi lagi.

Sungguhpun tidak pernah sempat mengenalinya, saat itu sukar sekali dilupakan, di mana terbaring susuk tubuh kecil yg sedang siap untuk dikapankan. Dan untuk pertama kali juga, aku melihat akan jasad yg tidak bernyawa secara dekat.

Hanya tika umur 7 tahun, ia langsung tidak memberi makna dan maksud yg jelas tentang kematian itu pada diri ku. Pastinya Tuhan lebih menyayangi dan menjemput dia pergi terlebih dahulu.

Ku pohon doa dan sedekah buat Fatimah Bt Abdullah, moga rohnya dihimpunkan bersama abah dan saudara2 kami yg telah tiada, dan moga semua ditempatkan bersama mereka yg beramal soleh, Insya'allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 14, 2009

Kesibukan DOM

Memang adakala kita diselubungi dengan kesibukan bekerja hinggakan terlupa dan mengabaikan mereka yg tersayang. Walaupun kesibukan demi kebahgian bersama, mungkin caturan dan agihan waktu dan perhatian itu kurang memberi impak yg sebenar.

Dan apabila kehilangan terus entiti kasih yg selama ini bersama, pencapaian yg dikecapi hanya dapat diselami sendirian atau dengan yg masih ada beserta dilemma dan misi yg seakan terlampau.

Itulah sebahagian sudut pandang yg dapat difahami dari filem melayu PAPADOM, arahan Afdlin Shauki. Satu tontonan segar, penuh dengan mesej kasih sayang dan kesanggupan yg digarap dalam nada lucu dan ringan.

Bak "Wajib Tayang"... filem ini, wajib tonton!! :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 10, 2009

Cari LainLah Pulak!

Kisah si Peniaga Makanan atau Caterer bernama si Iban, yg perkhidmatannya sering dipertikaikan sepatutnya sudah dijadikan pengajaran dari dulu lagi.

Manakan tidak, sesekali pesanan yg ditempah tersilap atau terlewat hantar. Lain yg ditempah, lain pula yg dimasak dan adakalanya basi. Harga pula melambung tinggi bagai tiada had dan seolah2 si pelanggan mudah kena tipu. Setakat lauk pauk untuk 200 pax = RM7000?? Dan ia bukan majlis kawin, boleh??!!

Si pelanggan pula yg kerap merungut tentang si Iban bagai tak serik2. Acap kali berkata frustrated lah, dissapointed lah bla bla bla lagi. Sudah dinasihati banyak kali, tapi masih lagi buat tempahan. Dan kombinasi lauk yg dihidang sama saja setiap majlis. Menyelerakan pada awal, membosankan kemudiannya.Yg akhirnya berlaku pembaziran disebabkan lebihan yg tak habis.

Jalan penyelesaian mudah, cari saja Caterer lain yg menawarkan khidmat dan pakej yg lebih menarik. Tak kiralah namanya si Kadazankah, Dusunkah, Jawakah, janji bukan si Iban!!

Thursday, October 8, 2009

Majikan VS Pekerja

Bersikap terbuka dalam membincangkan sesuatu isu adalah antara langkah yg terbaik untuk mengatasi sebarang permasalahan yg timbul. Jauh lebih baik dari kita berbalah, bercakaran dan permusuhan semata2 untuk menegakkan benang yg basah dan kuyup!

Dan apabila punca kekusutan itu dikenalpasti, segeralah mencari titik perubahan agar tiada yg bertindak di luar batasan. Tiada guna menafikan kebenaran kerna ia hanya akan menyulitkan keadaan. Apatah lagi puncanya dari akar dan tunggak serta melibatkan layanan dan keadilan sesama insan.

Sama2 kita tingkatkan tekad, agar tiada yg menyimpan hasad. Sama2 tingkatkan usaha agar tidak terlambat, dan moga semua mendapat berkat :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 7, 2009

Pandang Ke Depan!

Melakukan sesuatu perubahan di dalam pengambialihan operasi perniagaan atau syarikat bukanlah satu proses yg mudah. Ia memerlukan penelitian bagi mengisi kekosongan dan mengatasi kelemahan yg wujud baik pada diri mahupun pada sesebuah organisasi tersebut. Waktu dan perancangan awal adalah kunci utama bagi memastikan tiada apa yg tertinggal atau terlepas pandang.

Namun, seandainya masih berlaku sesuatu yg tidak dijangka, itu hanyalah kemungkinan biasa dan sering terjadi. Maka permasalahan itu perlu difahami dan ditangani dengan seberapa segera agar wujud keseimbangan yg tidak terlalu membebankan.

Anggaplah setiap perkara yg mendatang itu satu cabaran dan bukan halangan. Menjalankan perniagaan berskala sederhana bukanlah semudah berskala kecil mahupun setara yg berskala besar.

Takut pada yg kita tahu, bukan yg tak tahu. Berani pandang ke depan dan jangan pandang belakang ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 4, 2009

Putih & Bersih

Sebuah lagi edisi kenderaan logistik syarikat yg diperolehi melalui bidaan harga yg berpatutan. Sungguhpun usianya sudah mencecah 5 tahun, kondisi badan, dalam dan enjin boleh dikatakan agak baik dan bersih.

Diharap pelaburan tambahan ini akan dapat menyokong perkembangan jangka panjang syarikat dan merancakkan pertumbuhan pelanggan yg disasarkan.

Umpama kain putih yg bakal dicorakan kelak, kalau baik, baiklah jadinya :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 3, 2009

Harijadi Akemok!

Selamat harijadi buat Akemok (nama betul Daniel Akieff) yg ke 5 tahun! Or is it 6?? Apapun, genit lagi orangnya :))

Sambutan diraikan bersama seluruh ahli keluarga di sebuah restoran di Jalan Ampang. Konyang perut den! Nasib baik ada yg belanja, jika tak, Jalan Ampang tu, setakat lalu jerr la! :))

Antara yg dapat dikongsi bersama...

Friday, October 2, 2009

Beringat, Tidak Lupa

Setiap ketentuan itu ada hikmahnya dan setiap kejadian itu ada sebabnya. Dan ini bukanlah satu kejadian atau proses yg singkat dan mudah.

1 Oktober 2009 adalah hari permulaan khususnya buat anak syarikat yg telah dengan rasmi mengambilalih sebuah operasi perniagaan di Ampang. Satu petanda awal yg bakal menentukan aras perkembangan anak syarikat itu seterusnya.

Pasti ada rintangan dan cabaran yg bakal menyusul. Namun, jika apa yg dirancang 9 bulan lalu itu mengambil tempat, maka 3 bulan lagi adalah tempoh selamat untuk melengkapkan bentuk pelaksanaan baru yg dirangka.

Usahawan yg diberi peluang untuk menerajui cabang niaga ini tentunya perlu bekerja keras bagi memastikan ia berjaya walaupun secara berperingkat. Dan bila berjaya kelak, perlu ada kesungguhan membantu pula mereka2 yg bersama menyokong beliau dari mula.

Begitulah resam berniaga, adakala kita di atas, adakala di bawah. Hanya bila di bawah kita beringat, bila di atas jangan kita pula lupa :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.