Sunday, June 27, 2010

Pudu Oh Pudu!

Kebetulan hari ini, sempat melalui jalan bersebelahan penjara yg dibina di tengah bandaraya pada 1891dan siap sepenuhnya pada 1895.

Jelas kerja2 meroboh dan meruntuh sedang giat dijalankan secara berperingkat. Tidak kurang juga pengunjung yg berhenti mengambil peluang bergambar di pintu gerbang penjara yg dianggap ikonik ini.

Ternyata penjara yg dibina semasa zaman penjajahan British sewajarnya dirobohkan kerana tidak lagi mampu menampung peningkatan populasi banduan dari 600 kepada 6500 yg direkodkan pada tahun 1985.

Kini pastinya pembangunan baru yg dirancang di lokasi tersebut akan mampu mengimbangi kepesatan dan kemodenan sekitar.

Sangat teruja bila berpeluang melihat sel2 dan berek2 lama, tetapi gerun bila terkenang nasib mereka yg pernah merengkuk di dalamnya.

Semoga wajah yg baru itu kelak membawa harapan, dan yg lama pula dijadikan pengajaran :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 26, 2010

600, Apa Ada?

Mungkin pada sesetengah, bila disebut 600 itu besar nilainya. Apatah lagi nilai itu diterjemahkan ke dalam bentuk gaji bulanan bagi pekerja am yg "mentah" atau kurang mahir.

Namun, dengan kadar kos kehidupan bandar, mahupun desa yg semakin meningkat serta kenaikan harga barang runcit dan keperluan, apakah kewajaran nilai 600 itu?

Mengikut kiraan mudah, jika belanja makan sehari RM10 x 30 hari = RM300 sebulan, betul? Justeru baki tinggal RM300 sahaja. Dan jika ditolak kiriman ke kampung atau belanja isi rumah atau sekolah anak atau ubatan atau sewa atau elektrik atau air atau, atau dan atau lagi, adakah baki itu mencukupi??

Lantas teramatlah bangangnya seandai ada yg menganggap nilai 600 itu besar?? Sebab perhitungan di atas jelas sebaliknya.

Pekerja itu juga manusia, jadi gunalah akal dan hati sebagai seorang manusia. Janganlah pula masih 600, sedangkan sudah bertahun lama pekerja itu bekerja.

Yg dah lama itu bayarlah setimpal ya. Jika tak, itu aniaya orang tahap gampang namanyerrr... kan! kan! kan!! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 22, 2010

Pekek Betul Tuu!!

Bukanlah hendak merungut, tetapi inilah yg berlaku bila agensi pelesenan yg bertanggungjawab hanya menutup dua belah mata terhadap promosi2 berunsur seakan lucah.

Bukan saja iklan ini dibuat secara haram dan berluasa sekitar jalan utama di Ampang, malah mengundang pelbagai reaksi dan dorongan kurang sihat terutama golongan yg teruja dengan perkataan "sex" dan "toy".

Harap PBT itu sepatutnya menjadi pihak berkuasa tempatan, bukan pihak buat tak tahu!

Buatlah keje oiiii....pekek betul laa!! :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 17, 2010

Mee Rebus

Kesempatan suatu pagi ke gerai yg terletak di tengah bandar ini benar2 mengimbau kenangan lalu sewaktu bersama.

Disinilah mee rebus kegemaran yg sering dipesan abah untuk dinikmati kesedapannya. Sehingga kini, citarasa masih kekal sama dan sungguh menyelerakan.

Hanya mungkin sesetengah akan keberatan disebabkan lokasinya yg kurang sesuai.

Tapi faham2 sajalah, itu sebab abah pun selalu beli bungkus jerr ;)))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 14, 2010

Yang Ter ...

Sekadar berkongsi apa yg telah dikongsikan bersama untuk renungan semua...‎​

Hiasan yg terindah adalah KERENDAHAN HATI

Kasih yg termulia adalah KESETIAAN

Kekayaan yg terbesar adalah KEBIJAKSANAAN

Harta yg terbaik adalah KEJUJURAN

Senjata yg terkuat adalah KESABARAN

Pengaman yg terpenting adalah IMAN

Ubat yg terbaik adalah DOA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 6, 2010

Songsang??

Sesungguhnya bahasa itu jiwa bangsa dan Bahasa Melayu itu tersangat indah dan tinggi nilainya.

Justeru, tiadakah perkataan yg lebih sesuai? Dan apa pula yg difikirkan penterjemah sewaktu mengalih bahasa dan perkataan tersebut?

Jika dibilang mengong, marahlah pulak kan! :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.