Saturday, June 26, 2010

600, Apa Ada?

Mungkin pada sesetengah, bila disebut 600 itu besar nilainya. Apatah lagi nilai itu diterjemahkan ke dalam bentuk gaji bulanan bagi pekerja am yg "mentah" atau kurang mahir.

Namun, dengan kadar kos kehidupan bandar, mahupun desa yg semakin meningkat serta kenaikan harga barang runcit dan keperluan, apakah kewajaran nilai 600 itu?

Mengikut kiraan mudah, jika belanja makan sehari RM10 x 30 hari = RM300 sebulan, betul? Justeru baki tinggal RM300 sahaja. Dan jika ditolak kiriman ke kampung atau belanja isi rumah atau sekolah anak atau ubatan atau sewa atau elektrik atau air atau, atau dan atau lagi, adakah baki itu mencukupi??

Lantas teramatlah bangangnya seandai ada yg menganggap nilai 600 itu besar?? Sebab perhitungan di atas jelas sebaliknya.

Pekerja itu juga manusia, jadi gunalah akal dan hati sebagai seorang manusia. Janganlah pula masih 600, sedangkan sudah bertahun lama pekerja itu bekerja.

Yg dah lama itu bayarlah setimpal ya. Jika tak, itu aniaya orang tahap gampang namanyerrr... kan! kan! kan!! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.