Wednesday, September 30, 2009

Tangguh & Tamak

Telefon aku dihujani dengan pelbagai permintaan dan desakan agar aku tidak melepaskan tawaran penangguhan pembatalan kontrak yg diputuskan pihak berkuasa pagi tadi. Dan disebalik desakan itu, pemangil2 ini sebenarnya ingin meyakinkan aku untuk sub-kontrakkan tawaran tersebut kepada mereka.

Ada yg buat tawaran terus dan ada pula yg hanya menyampaikan hasrat pihak ketiga yg berselindung di belakang. Peliknya, syarikat2 yg inginkan sub-kontrak itu semuanya yg telah sama2 ditamatkan kontrak dan mendapat tawaran penangguhan.

Beginilah sikap manusia, sepatutnya lebih fokus kepada meningkatkan mutu kerja syarikat sendiri setelah diberi jangka hayat tambahan, tetapi tidak, lebih sibuk tawar menawar nak kaut untung, jika boleh.

Umpama dapat betis nak peha, dapat peha nak badan. Langsung terlupa akan tujuan asal penangguhan tersebut. Patutlah ayahanda Mahathir dulu selalu sebut yg "Melayu mudah lupa..." :(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 28, 2009

Tolak Rezki?

Tarikh akhir notis tamat kontrak kini hampir di penghujung dan semakin rancak diperkatakan. Bukan saja dikalangan mereka yg ditamatkan, malah yg belum ditamatkan juga begitu.

Khabarnya mereka2 yg ditamatkan akan berhimpun menuju ke pejabat pihak berkuasa bagi tujuan rundingan dan rayuan. Namun, harapan penangguhan seakan tipis, apatah lagi proses penawaran dan lawatan tapak buat kontraktor baru telah dilaksanakan.

Aku antara yg menerima keputusan ini dengan redha dan hati terbuka. Walaupun ada yg menganggap seolah TOLAK REZKI, hanya disebabkan tak bersama atau sehaluan dengan "perjuangan" mereka.

Perjuangan apa agaknya?? Menafikan apa yg telah berlaku itu perjuangan?? Kekecewaan kontrak ditamatkan itu perjuangan?? Cuba menidakkan mereka yg kini memperolehi kontrak itu perjuangan??

Pendirian aku jelas. Sekarang adalah waktu buat syarikat2 yg baru ditawarkan peluang kontrak tersebut untuk menyambung rahmat dan rezki bekerja dalam bidang ini.

Jadi siapa yg sebenar TOLAK REZKI?? Yg marah sebab hilang kontrak dan irihati pada rezki yg orang lain bakal dapat? Atau yg menerima keputusan dengan baik dan berusaha ke arah lain untuk menambah rezki??

Fikir sendirilah labuuuu!! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 23, 2009

4 Syawal 1430

Hanya setelah kepulangan 2 orang kakak dari kampung, membolehkan kami sekeluarga menziarahi sanak saudara di sekitar Lembah Klang. Dari rumah saudara di Kg Melayu Ampang, ke rumah kenalan di Gombak hinggalah ke Kelana Jaya, seawal 12 tengahari hinggalah ke 7 petang, sememangnya memenatkan, namun satu kepuasan sebab dapat beraya bersama famili.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430

Satu hari di hari raya...

Emak Di Sisi

Takbir raya dan dentuman mercun bergema menandakan hari lebaran yg bakal tiba esok. Sungguhpun tidak semua yg beraya di sini sebab pulang ke kg, ia tetap memberi makna kerna emak masih ada.

Perasaan sebak tetap terasa dengan ketiadaan abah untuk raya kali kedua dan aku pasti menziarahi dia selepas subuh nanti dan mengharap keampunan.

Namun itu juga alamat agar lebih menghargai dan mendampingi mereka yg masih ada untuk meraikan Syawal bersama. Dan tiada yg lebih bermakna selain mendakap emak di pagi raya, memohon maaf dan restu darinya.

Aku mendoakan kesejahteraan dan kesihatan emak buat tahun2 Syawal yg mendatang, moga emak senantiasa berada di sisi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 18, 2009

Terima Kasih...

Ramadhan akan melabuhkan tirainya lewat petang esok dan aku sememangnya akan merindui suasana berpuasa. Namun, kini adalah waktu untuk menghargai mereka yg wajar dihargai, dikhuatiri kesibukan beraya, terlupa nak sebut :)

Terima kasih buat;

1. Emak yg selalu masak sedap2 waktu aku berbuka di rumahnya setiap Selasa dan Jumaat

2. Kakak aku Yasmin sebab jadi teman makan hampir setiap malam dan borak2 (YM je!) bila waktu nak tidur

3. Sara sebab selalu gorengkan tempe dan potong buah mangga untuk aku sewaktu berbuka di rumah mak

4. Kakak2 lain yg menjemput aku berbuka puasa bersama mereka baik di rumah mahupun di kelab.

5. Kakitangan syarikat yg telah bekerja dengan baik dan tak memeningkan kepala aku waktu2 puasa ni, sebab silap pening, suara aku ke siling

6. Dia yg telah kembali di sisi :)

7. Dan yg terpenting sekali ialah pada Maha Pencipta, yg memberi aku nafas dan kudrat untuk beramal dan mengharungi hidup serta dugaan sepanjang bulan mulia dan moga2 bulan seterusnya...

Syukur kepada MU Tuhan dan terima kasih buat semua, kalian akan ku hargai hingga mati :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 15, 2009

Raya Nak Dekat!

Malam tadi, aku berkumpul bersama famili berbuka puasa di kediaman kakak yg sulung. Dan bila berbuka beramai2, pelbagai makanan dan hidangan mengikut selera masing2 ada di atas meja. Tapi aku bawa bekalan penting je (nasi herba poni). Lain2 semua mereka yg masak dan beli.

Seperti biasa, beginilah tanda2 nak raya, bila anak2 saudara sibuk bermain bunga api dan mercun (seludup punya) dan berseronok sesama sendiri. Tentunya rumah kakak yg ini jadi tumpuan, sebab hujung lot dan tepi sungai. Keriangan kanak2 memang dirasai atau mungkin sebab diorang dah tak sabar nak duit raya nanti?! ;))

Antara yg dapat dikongsi bersama...

Monday, September 14, 2009

Nenek Kamsiah

Sebak bila baca kisah nenek Kamsiah di Utusan Malaysia hari ini. Nenek yg dah 71 tahun ini terpaksa tanggung dan besarkan 10 orang cucu2nya yg ditinggalkan ibubapa mereka lebih 14 tahun. Nenek Kamsiah dan cucu2nya kini tinggal bersama di sebuah rumah usang di Lenggeng, Negeri Sembilan dan mendapat bantuan RM400 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Masih adakah kudrat nenek nak jaga? Kenapalah 7 orang anak nenek boleh tinggalkan anak2 mereka kepada nenek seorang? Apalah rasional mereka buat begitu kat nenek?? Takpe nek, aku doa, pasti dan yakin bantuan akan segera tiba buat nenek dan cucu2nya, Insya'allah.

Tapi buat mak bapak budak2 ini, aku nak tanya, diorang ni guna kepala otak ke, atau guna kepala lutut untuk fikir?!

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Sunday, September 13, 2009

Buka Puasa TLSB

Niat hendak berbuka puasa bersama kakitangan syarikat akhirnya tercapai juga malam tadi di Restoran Village View, Bangi yg tertangguh dari minggu lepas. Alhamdulillah mereka hadir dan yg berkeluarga pula bersama isteri dan anak2.

Inilah kali pertama aku dapat berbuka puasa dengan mereka. Sesuatu yg jarang disebabkan kesibukan dan ketentuan yg berlaku sepanjang 3 tahun lebih yg lalu. Aku bersyukur di atas kesetiaan, kepercayaan dan sokongan yg mereka berikan serta sama2 membentuk syarikat ini pada tahap di mana ia berada sekarang.

Terima kasih akak (Yasmin), Zila, AB, Rusli, Nizam, Rosnan dan keluarga serta Saiful dan keluarga. Dan juga Sue yg tidak dapat hadir kerana berada di Kota Bharu.

Nota: TK Rusli kerana mengatur dan menganjurkannya

Amaran

Sumber BERNAMA memetik kenyataan dan saranan Ketua Pengarah Kesihatan agar orang ramai membawa kit H1N1 ke mana sahaja termasuk berhari raya di rumah saudara. Ini diharap dapat membantu mengelak penularan jangkitan Influenza A(H1N1).

Kit merangkumi;
1. Topeng mulut dan hidung
2. Tisu atau saputangan
3. Bahan "sanitizer"

Kita juga digalakkan;

1. Balik kampung guna kenderaan sendiri, jika guna pengangkutan awam, pakai penutup mulut dan hidung
2. Amalkan kebersihan tangan setiap masa sepanjang perjalanan
3. Kertas tisu yg sudah digunakan, dibuang ke dalam tong sampah tertutup agar tidak menjadi sumber jangkitan
4. Jarakkan diri dari yg lain jika punya gejala selsema
5. Tidak mengunjungi tempat sesak seperti rumah terbuka dan majlis kenduri

Sama2lah menyahut saranan ini untuk kebaikan kita semua. Sebab beraya dengan keluarga kan lebih seronok dari raya atas katil hospital! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ayoyo!!

Sepintas lalu isu politik...

Antara petikan Samy semasa sidang media MIC di PWTC semalam..."During my time, they said people were fed up with me, that is why the Indian community did not vote for Barisan Nasional. It is not that they are fed with me, but they are fed up with Barisan..." sumber The Star 13 September 2009.

Ayoyo amma, appa!! Waktu PRU 12 lepas pun kalah di kawasan sendiri yg dipegang berpenggal2 lamanya. Ini lagi mahu salahkan yg lain. Bila la si tua ni nak sedar dari mimpi indahnya yg menjengkelkan bangsa dia sendiri?

Wake up lah uncle Samy!!! Or is it grandpa Samy?? :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harijadi Shasha

Selamat Harijadi Shasha yg ke 12! Kebetulan harijadi dia jatuh sehari selepas UPSRnya tamat. Maka, atas jemputan kedua ibubapanya, alhamdulillah kami sekeluarga hadir untuk bersama buka puasa dan potong kek serta tiup lilin di Restoran Oriental, Kelab Darul Ehsan, Ampang Selangor semalam.

Biasalah budak2, riuh sakan apatah lagi bila semua sepupu sepapat berkumpul. Yg tua2 datang makan aje, kecik2 yg seronok lebih. Lagi2 Aketak, Akejut dan Akemok. Apapun satu acara yg meriah dan cukup mengenyangkan!!

Terima kasih daun kariii...dapat juga makan perrreee!! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 11, 2009

Aku Redha

Semakin Ramadhan menjauhi, sebak rasa nurani. Semakin Syawal menghampiri, kuat rasa rindu di hati. Suara lama tak kedengaran, kelibat juga tak kelihatan dan tiada kunjungan.

Pasti sana dia ternanti, bila ku hadir membawa diri, mengucap salam dan duduk di sisi. Pasti sana dia ternanti, bagaikan mereka yg sama turut menanti.

Walau apa, ingatan ku tetap pada dia. Dan disaat langit luas terbuka, akan ku ucap zikir dan panjatkan doa, agar tenang tubuh dan jiwa, buat Abah...aku redha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 10, 2009

Ada Rezki, Insya'Allah

Memang dalam perancangan syarikat untuk beralih arah dan menceburi bidang perniagaan komersial secara total, berbanding sebelum yang lebih bersifat tender atau projek. Dan mengikut perancangan yg kini telah masuk bulan ke 9, ia hanya menunggu premis bangunan kedai yg diperolehi untuk siap diduduki.

Namun bila peluang untuk beroperasi lebih awal ditawarkan kepada syarikat, tentulah ia akan dimanafaatkan sepenuhnya, sungguhpun terpaksa melalui beberapa proses teknikal dan pengambilalihan. Moga anjakan baru ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Dan jika tiada aral, usaha dan keyakinan mereka2 disebalik perancangan akan dimulakan bulan Oktober nanti, Insya'Allah.

Syabas, Syukur dan Alhamdulillah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baik Berpada

Benarlah kata orang tua2, agar baik biar perpada dan jahat jangan sekali. Dan di saat usia pertengahan matang ini, aku sekali lagi disedarkan dengan realiti dan kebenaran hidup.

Bahawa rata2 hanya pandai meminta, tak pandai memberi. Pandai meminjam, tak pandai memulang. Harapkan bantuan, tapi tak pula membantu. Harapkan simpati, tapi tak bersimpati.

Kini aku sedar, walau mana kebaikan yg telah diusahakan ketika hayat, sesama manusia pasti takan mampu terbalas semua, hanya dari DIA akan aku perolehi ganjaran yg setimpal. Jika tidak di dunia, pastinya di akhirat kelak.

Jarang sekali aku merasai budi yg baik itu dikenang, malah lebih terasa jasa yg ditabur itu terbuang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 8, 2009

Hanya Di Kepala!

Pernah aku terbaca tentang keupayaan minda menterjemah perubahan yg berlaku dalam diri kita.

Contoh: Bila kita fikir untuk tidak buang air, di dalam penerbangan yg berjam2 lama (atas alasan tandas sempit), maka itu mampu berlaku. Jika fikir sebaliknya, maka keraplah juga kita membuang! Mungkin ada kes yg memang tak boleh nak kawal. Tapi faktor minda tidak harus diketepikan.

Bayangkan jika diminta berucap dihadapan khalayak umum. Yg bermain dikepala pula hanya perkataan "Jangan gelabah!", diacap berkali2 dlm fikiran. Akhirnya gelabah la jugak, sebab gelabah itu kata kekunci.

Kesimpulannya, ini semua sebahagian kawalan minda. Fikir campur, hasilnya positif. Fikir tolak, hasilnya negatif. Fikir "equal"?... Mana boleh! Choose 1 only!

Siapa cakap life's fair kan??" ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kelebihan Ku Mana??

Terbukti masih ada yg belum memahami. Mungkin lupa yg aku bukan semudah yg disangka. Juga lupa yg baik, hanya ingat yg buruk. Kekurangan aku diukur, kelebihan aku akhirnya tiada makna.

Jika aku mampu terima seadanya, kenapa tidak sama begitu? Kira aku berubah, kenapa tidak sama begitu? Apa selama ini tiada yg elok ku beri dan ku bagi? Tiada langsung di hati??

Perjalanan hidup bukan sehala, ada pusingan dan timbang balasnya. Jangan persiakan aku, kerna aku mampu persiakan semua.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 7, 2009

M untuk??

Menjerit! Memaki hamun! Mengherdik! Mengangkat Kerusi! Membaling kasut??!! Banyak M tu! Namun, begitulah kisah sekumpulan penduduk sebuah taman perumahan di Shah Alam, Selangor yg mendapat perhatian umum baru2 ini. Rentetan bantahan demi bantahan, memorandum demi memorandum yg tidak dilayan akhirnya memuncak apabila penduduk berpeluang bersemuka dengan kepimpinan negeri dalam pertemuan mereka di sebuah dewan PBT. Klip video aksi lepas geram penduduk ini dapat ditonton melalui media perdana dan alternatif, malah gambar2nya juga di seluruh dada akhbar.

Kesan langsung yg dapat dilihat ialah ketidakupayaan mereka bergelar pemimpin untuk memberi penjelasan rasional dan mententeramkan keadaan. Hilang kawalan dan kelihatan hilang arah, baik pemimpin teratas negeri hinggalah ke wakil Parlimen kawasan itu. Keupayaan mereka kini telah teruji dan terbukti bahawa mereka tak mampu. Tak mampu mentadbir, memimpin, menyelesaikan masalah, menerangkan keadaan, mententeramkan rakyat, membangunkan negeri dan macam2 lagi! Pun banyak M nya!

Tapi M yg paling sesuai ialah MANGKUK HAYUN!! M jugak kan?! ;))

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang berada di dalam Gua Hira. Dan di saat itulah turunnya ayat Al-Quran yg pertama, dimana Allah memerintahkan agar Rasulullah S.A.W membaca Al-Quran sebagaimana maksud ayat 1 ke 5, Surah Al-'Alaq...

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya..."

Dan seterusnya secara berperingkat hinggalah lengkap sebagaimana Kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Sunday, September 6, 2009

Secukup Makan

Amalan berbuka orang bujang lebih bersifat mudah dan sederhana, sekadar makan yg dihidang tanpa perlu yg lain2. Mungkin tidak semeriah bila di rumah keluarga dengan kuih-muihnya, buah2an, jus minuman dsb.

Dan aku pula sudah terbiasa dengan amalan berbuka seorang. Memang awal2 macam ganjil dan pelik, tapi kelamaan ok je. Yg penting harus bersyukur sebab setiap hari diberi rezki makan dan minum secukupnya. Cukup tak cukup, badan montel gak kan.

Nasi sepinggan (beras herba poni k, tuk kesihatan!), ayam goreng, telur dadar dan sayur semangkuk. Cukup la tu... kenyang sih! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 2, 2009

Drama Di Mahkamah?

Sememang satu perbicaraan itu punya pelbagai elemen menarik. Apatah lagi bila melibatkan mereka yg kita kenali.

Tanggal 1 September 2009 mencipta sejarah buat keluarga di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam. Bagai sebuah drama sedang dipertontonkan, emak untuk pertama kali berada di dalam kandang saksi untuk memberi keterangan.

Mujurlah Yg Arif seorang yg sabar dan bijaksana dalam mengendali sesi soal jawab. Dan emak pula seakan mula tenang dengan soalan2 Yg Arif, sungguhpun sewaktu angkat sumpah, tangan emak kelihatan bergetar (serupa dalam macam2 aznil tapi sikit je lambainya!)

Namun seperti drama2 melayu lain, kesudahan boleh diagak. Emak hanya saksi utama dan tunggal, walau ada 5 saksi lain menanti. Yg Arif juga berpuas hati dengan keterangan emak yg nampak sugul tapi masih mampu tersenyum. Lantas keputusan dimuktamadkan hari itu jugak!

Apa tidaknya, kes pun setakat nak mohon sijil Faraid! Drama sangat la tuuu! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 1, 2009

Tahniah!

Datuk Seri Idris Jala, 51, mantan CEO MAS mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng di Dewan Negara hari ni. Pelantikan yg diumumkan Pak Najib minggu lepas, meletakkan Idris sebagai menteri tanpa portfolio di JPM dan CEO Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yg diwujudkan baru2 ini. Selamat bertugas YB! :)

Al-Fatihah

Al-Fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga mantan Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar, 80, yg meninggal dunia hari ini akibat angin ahmar di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan 4 orang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yg soleh. Amin.

Jangan Salah Tafsir!

Memang mudah menafsir sesuatu, tidak kira betul atau tidak. Namun, setiap tafsiran tidak harus dibiarkan begitu saja. Yg betul harus disokong, yg salah wajib disanggah.

Macam cara nak sampaikan tafsiran masing2. Ada yg diam, bercakap mahupun bermuka. Namun apa guna otak kalau sekadar hiasan di kepala atau mulut sekadar untuk makan?

Prinsip hidup aku mudah... Its do or die! Jika ada yg tak kena, aku lantang bersuara dengan akal dan fakta hingga boleh sakitkan telinga. Aku tidak suka bermain dengan emosi yg meleret2. Cakap terus terang lebih senang nak faham. Apa rasional dan apa asasnya?? Benar aku terima, salah aku templak.

Tak salah bertanya, jika itu yg benar! Tak salah bercakap, jika itu yg nyata!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.