Thursday, December 31, 2009

Imbasan '09


Seperti 2008, berikut adalah urutan 10 imbasan peristiwa terpenting buat diri dan dalam kenangan bagi tahun 2009;

10. Negara: Pak Najib sebagai PM ke 6, pemimpin yg berani berubah, mengubah dan diubah
09. Syarikat: Struktur semula, wujud peluang saksama dengan kakitangan. Sama2 naik, sama2 rasa la :)
08. Pencapaian: Mengambilalih, menjenama dan menjalankan pusat dobi pertama milik syarikat
07. Perniagaan: Peroleh 1 unit komersial baru untuk cawangan dan perniagaan baru, harap2 Mac 2010, Insya'allah ;)
06. Percutian: Ke Pulau Langkawi, Kedah, satu penerokaan yg cukup seronok!!
05. Hobi: Beli semula kamera DSLR baru, SLR sebelum dah lama kena curi! :P
04. Kekesalan: Sikap individu yg tak melaksanakan amanah, pesan dan janji dengan jujur :PP
03. Kepuasan: Atasi kegerunan dan kecerunan untuk sampai kemuncak Gunung Mat Cincang. Kagumi ciptaan TUHAN, tidak terkata!
02. Hubungan: Mengecapi persefahaman untuk tahun ke 2 :))
01. Diri: Berani akui kelemahan, memaafkan diri dan musuh serta mendepani cabaran baru :)))

Wednesday, December 30, 2009

Terima Kasih Maisara

Berakhir sudah satu episod perjalanan jauh si pembantu yg berhijrah ke tanah asing, demi mencari peluang kehidupan dan rezki yg lebih baik, hanya mungkin tidak kesampaian sepenuhnya.

Sudah ketentuan dan waktu untuk dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat tanpa sebarang kecelakaan, sebagaimana dia tiba satu ketika dulu.

Jelas terpancar kegembiraan dan ketenangan diwajah, bagaikan kelegaan dan kerinduan untuk bertemu semula mereka yg menunggu kepulangannya.

Kehadiran dia pasti diingati buat yg menghargai. Terima kasih buat adik Maisara, moga kamu dilindungi, diberkati dan dimurahkan rezki yg lebih baik di sana nanti, Insya'allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Benci Dapat Dengki

Kesediaan yg lain untuk hadir dan berbincang sepatutnya dihargai, bukan disalaherti. Malah usaha yg menyeru pertemuan atas prinsip berat sama dipikul, sewajarnya diberi perhatian walaupun untuk seketika.

Seandainya ruang bicara itu ditutup tanpa diberi peluang untuk dikupas, walhal ia bertujuan baik bagi mengenali punca dan penyelesaian, maka segala masalah akan kekal sama dan tidak berubah.

Individu yg salah akan senantiasa disanjung, dikatakan benar dan dilindungi sedangkan sudah terang yg dia antara punca!

Individu lain pula dipersalahkan dan tanpa disedari, mungkin teraniaya dan tersisih. Dan kumpulan yg cuba berbincang, dituduh menimbulkan konflik dan seolah tidak ambil peduli serta mengabaikan.

Apapun kini terbukti, yg bersalah itu sebenarnya punya sifat takut dengan bayangan sendiri, mewujudkan kebencian pada yg lain dan sikap menafikan kebenaran yg kelak hanya akan membinasakan hati.

Bak pesan lama, apa yg ditanam dan disemai, itulah hasil yg kita perolehi. Tanam padi dapat padi, tanam benci dapat dengki.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 27, 2009

28,188 sahaja!

PMR 2009 mencatatkan 28,188 pelajar peroleh gred A dalam semua mata pelajaran, iaitu satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Sewajarnya saranan seorang Profesor ini diberi perhatian, selain faktor kelengkapan sekolah harian yg kini setanding sekolah berasrama penuh, adalah lebih elok pelajar cemerlang itu terus bersama keluarga. Beliau juga berpendapat agar kita akur tentang keperluan tempat untuk ke sekolah berasrama penuh sepatutnya diisi dikalangan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Ia senada dengan nasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia agar ibubapa tidak memilih sekolah bagi meneruskan pembelajaran anak2 mereka dan memberi peluang pelajar2 dari sekolah luar bandar.

Sememangnya ibubapa mahukan yg terbaik, hanya mungkin mereka terlupa akan asal-usul kejayaan anak2 mereka sekarang. Elok juga ditanya terus pandangan anak itu sendiri dan menghormati keputusannya kelak.

Atau juga pandangan mereka yg layak, seperti guru2 di sekolah mereka atau yg berkelayakan untuk membicarakan aspek tahap pembelajaran dan kehidupan seterusnya seperti 2 tokoh tersebut di atas.

Bukan budak yg masih menunggu keputusan SPM, boleh?? ;)

Saturday, December 26, 2009

Hebat Debatnya!


Tajuk debat? Dari soal ke mana selepas PMR, ke masa depan pembantu rumah, ke sulong yg tak terulong, hinggalah ke pengetua tadika berniat baik, tapi cara yg salah ;)

Tempoh debat? Seawal 10 malam ke 2 pagi! 5 jam tanpa henti kecuali waktu makan malam, dengan teh yg terlebih manis dan pisang seulas.

Pedebat? 5 bersaudara yg terbukti keupayaannya untuk meninggi suara dan merendah nada, bila dan bagaimana, walau adakala tegang dan panas, tawa dan girang. Dipengerusi oleh ibu yg selang-seli sambil nonton tv dan 2 panel ipar sebagai saksi.

Moralnya?? Satu pendebatan yg jujur dan bertenaga. Pertembungan akal, emosi dan fakta, dan dari pelbagai sudut pandangan dan tendangan. Serta kematangan yg berani lagi terbuka.

Syabas! Syabas! Syabas buat kakak2 ku sekalian!

Nota: Nanti jangan lupa pi lambai ala Aznil Nawali kat LCCT buat dot dot dot k ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sepupu Yg Pupus!

Mungkin ada yg kata mengumpat, tetapi yg nyata, tetap nyata dan sekadar berkongsi kisah sepupu yg belum lupus, tapi seakan pupus.

Bukan tak diingatkan, bukan pula terlupa, tapi seolah sepupu yg buat lupa. Waktu meminta, garam manis dari gula. Waktu melunas, madu pahit dari cuka. Tapi belum terlunas ya!

Dan bila jadi begini, baik suami, mahupun isteri, di perjumpaan, majlis tahlil, rumah terbuka dan hari raya, yg kini berbulan lamanya, langsung tak nampak hidung dan muka.

Mungkin sepupu tak faham, bahawa sikap berdiam diri, tak kota janji dan bercakap bohong yg menjadi punca, bukan nilai semata2. Moga sepupu sedar segera, agar tak pincang hubungan yg ada, apatah lagi bersaudara.

Hutang tetap hutang, bayar tetap bayar. You think its FREE MEHHH!! :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 24, 2009

Pokoknyaaaa!

Usaha menghijaukan bumi sememangnya dialukan, namun perancangan itu perlulah mengambil kira kesesuaian dan permasalahan sekitar.

Program Satu Pokok Satu Kelahiran anjuran sebuah PBT di Selangor baru2 ini nampak seakan kolot! Mulia bunyinya bila pokok2 yg ditanam akan dinamakan sempena bayi2 yg lahir pada tahun ini dan turut sama membesar dengannya. Tetapi, ada banyak lagi pokok2 yg dah lama membesar di sekitar Ampang yg tak pun dipelihara dengan sempurna dan baik. Malah mendatangkan bahaya dengan dahan dan rantingnya2 yg kini mudah rapuh. Ada yg dah tumbang, baru terkial2 nak cantas elok2. Tak percaya, pandu lalu sekitar Ampang dan lihat sendiri.

Malah, lokasi yg dipilih untuk program ini juga rasanya kurang tepat. Dikelilingi hiruk-pikuk bangunan komersial yg senantiasa sibuk dengan laluan keluar masuk kenderaan yg sering terganggu dan menyusahkan pengguna, serta kekurangan tempat letak kenderaan yg sepatutnya lebih diberi perhatian oleh PBT. Tidak cukup dengan itu, soal letak kereta secara haram di sisi jalan, jalan rosak dan longkang juga masih belum selesai.

Yg seeloknya, hijaukan dulu bumi dan persekitaran, dan kemudian mangkinkan dengan pembangunan seimbang, bukan dah naik bangunan keliling, baru nak tanam pokok di celah beadah!

POKOKNYAAAA... NANTI MATILA! :P

Monday, December 21, 2009

2 Jam Setengah!

Dengan tempoh pembikinan 4 tahun dan menelan belanja hampir USD237 juta, Avatar merupakan filem epik sains fiksyen arahan James Cameron yg dinanti2kan sepanjang tahun 2009. Filem berkisar tentang konflik dan perebutan sumber asli di antara koloni manusia dan suku kaum Na'vi di sebuah planet bintang yg dipanggil Pandora.

Dibintangi pelakon Sam Worthington (Terminator Salvation) dan Sigourney Weaver (The Aliens), Avatar merupakan sebuah filem yg sarat dengan mesej alam yg penuh keajaiban dan mungkin juga kemusnahan. Satu pengalaman sinematik yg canggih dan amat mengkagumkan.

Sungguhpun tayangannya melepasi 2 jam setengah, ia wajib ditonton! :)

Saturday, December 19, 2009

Lagak Nyer!!

Lagaknya diri tiada malu,
Duit nak bagi pi guna dulu,
Yg diamanah lepas begitu,
Rupanya janji semua palsu...

Lagaknya diri bukan kepalang,
Tapi seakan terhuyung-hayang,
Hak orang terbang melayang,
Kelibat hilang dah tinggal bayang...

Lagaknya diri semacam bagus,
Habis licin disapu rakus,
Sikit2 segalanya lupus,
Yg tinggal hanya angin kus-kus...

Lagaknya angkuh, langkahnya rapuh,
Cakapnya gopoh, rupanya hodohhh...

Ya betul... dia la brader,
Tapi betul moddooo la lu brader!!

Nota: Modo = Bodoh! ;)

Sunday, December 13, 2009

Baru 8 Tahun

Selamat Hari Jadi Azril! Baru 8 tahun, tapi dia tahu setiap nama pemain bolasepak kumpulan kegemarannya... CHELSEA! ;)

Thursday, December 10, 2009

Abang Bodoh!

Pantun ntah berapa kerat...

3 agihan tak berlaku, 10 hari dah berlalu..
100 ehem tak ingat kalu, Sepang kasi lalu..
Oh abang yg bodoh selalu, ko memang tak tahu maluuu ;)

Wednesday, December 9, 2009

Kuching, Akhir

Di hari akhir, sekadar berehat di hotel sambil menikmati sarapan pagi sebelum menuju ke lapangan. Antara rangkuman yg dapat dirakamkan untuk tatapan bersama sepanjang percutian keluarga di Kuching, Sarawak...

Kuching 05.12.09

Cuaca agak baik baik berbanding sebelum dan perjalanan hari ini membawa kami menuju ke Ladang Buaya Jong, iaitu ladang buaya terbesar di Malaysia. Kisah dan rangka "Bujang Senang" yg membaham manusia juga ditempatkan di sini.


Amat menyayat hati bila melihat paparan foto di mana mayat seorang kanak2 yg dibaham dikeluarkan dari isi perut buaya jahanam ni (rakaman kamera tidak dibenarkan di mini muzium). Namun, sempat merakam gambar ini...


Sejurus selepas makan tengahari, singgah sebentar memborong kek lapis di sebuah kilang pembuatannya yg terkenal di Kuching. Diikuti pula (atas permintaan ramai) dengan Pasar Satok untuk membeli ikan terubuk masin. Seekor tak mahal, RM9 hinggit jer atau bersamaan 9cm panjang ajerrr!

Dan sebelum menuju pulang ke hotel, singgah membeli belah di Bazar Utama untuk barangan cenderhati dan produk kraftangan tempatan.

Monday, December 7, 2009

Kuching 04.12.09

Hari 2 di Kuching disambut dengan tangisan awan seawal jam 6 pagi. Sempat menikmati sarapan sebelum bertolak menuju ke Kampung Budaya Sarawak yg terletak kira2 sejam dari bandar Kuching.

Namun, dalam cuaca basah, hanya 3 rumah suku kaum utama sempat dikunjungi , ini disusuli pula dengan pertunjukkan kebudayaan di Panggung Budaya yg telah siap diubahsuai dan dibaikpulih. Satu pertunjukkan yg wajib ditonton setiap pengunjung.

Selepas makan tengahari, perjalanan seterusnya membawa kami ke Semenggong, di mana 24 ekor spesis orang utan dipelihara dalam pusat pemuliharaan yg terbuka. Malangnya sekor saja yg muncul, yg lain tu ... se.. me.. ngong agaknya!

Hanya yg lebih mengemparkan, apabila anak saudara nama akieff a.k.a akemok, hilang tiba2. Sebabkan dia selamba ikut rombongan pelancong lain, boleh?? Nasib dijumpai, jika tidak, bertambahlah dari 24 ke 25 ekor kesemuanya :))

Perjalananan diakhiri dengan persinggahan di kilang tembikar Sarawak yg sememangnnya murah. Dengan keupayaan pembungkusan khusus untuk penerbangan, ianya memudahkan setiap pengunjung yg membeli tembikar2 berukuran sederhana ke besar dan ke amat besar!