Monday, December 7, 2009

Kuching 04.12.09

Hari 2 di Kuching disambut dengan tangisan awan seawal jam 6 pagi. Sempat menikmati sarapan sebelum bertolak menuju ke Kampung Budaya Sarawak yg terletak kira2 sejam dari bandar Kuching.

Namun, dalam cuaca basah, hanya 3 rumah suku kaum utama sempat dikunjungi , ini disusuli pula dengan pertunjukkan kebudayaan di Panggung Budaya yg telah siap diubahsuai dan dibaikpulih. Satu pertunjukkan yg wajib ditonton setiap pengunjung.

Selepas makan tengahari, perjalanan seterusnya membawa kami ke Semenggong, di mana 24 ekor spesis orang utan dipelihara dalam pusat pemuliharaan yg terbuka. Malangnya sekor saja yg muncul, yg lain tu ... se.. me.. ngong agaknya!

Hanya yg lebih mengemparkan, apabila anak saudara nama akieff a.k.a akemok, hilang tiba2. Sebabkan dia selamba ikut rombongan pelancong lain, boleh?? Nasib dijumpai, jika tidak, bertambahlah dari 24 ke 25 ekor kesemuanya :))

Perjalananan diakhiri dengan persinggahan di kilang tembikar Sarawak yg sememangnnya murah. Dengan keupayaan pembungkusan khusus untuk penerbangan, ianya memudahkan setiap pengunjung yg membeli tembikar2 berukuran sederhana ke besar dan ke amat besar!