Sunday, December 27, 2009

28,188 sahaja!

PMR 2009 mencatatkan 28,188 pelajar peroleh gred A dalam semua mata pelajaran, iaitu satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Sewajarnya saranan seorang Profesor ini diberi perhatian, selain faktor kelengkapan sekolah harian yg kini setanding sekolah berasrama penuh, adalah lebih elok pelajar cemerlang itu terus bersama keluarga. Beliau juga berpendapat agar kita akur tentang keperluan tempat untuk ke sekolah berasrama penuh sepatutnya diisi dikalangan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Ia senada dengan nasihat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia agar ibubapa tidak memilih sekolah bagi meneruskan pembelajaran anak2 mereka dan memberi peluang pelajar2 dari sekolah luar bandar.

Sememangnya ibubapa mahukan yg terbaik, hanya mungkin mereka terlupa akan asal-usul kejayaan anak2 mereka sekarang. Elok juga ditanya terus pandangan anak itu sendiri dan menghormati keputusannya kelak.

Atau juga pandangan mereka yg layak, seperti guru2 di sekolah mereka atau yg berkelayakan untuk membicarakan aspek tahap pembelajaran dan kehidupan seterusnya seperti 2 tokoh tersebut di atas.

Bukan budak yg masih menunggu keputusan SPM, boleh?? ;)