Monday, June 30, 2008

Sama Kerja

Setelah beberapa minggu berusaha, akhirnya apa yg kami rancang telah dilaksana dan disempurnakan dengan tersusun dan teratur. Syabas buat mereka yg terbabit dan turut serta. Terbukti kuantiti bukan pengukur segalanya. Dengan keupayaan yg ada, kesanggupan mereka amat memuaskan.

Dengan keberanian untuk mengambil risiko dan berfikir luar kotak, kami buktikan yg kami mampu. Bukan kerana wang, harta dan kekayaan, tapi kepuasan berkongsi pengalaman dan saat2 penting bersama mereka yg menghargai dan dihargai.

Aku bangga, sebab mereka buktikan pada yg lain bahawa jantina atau kecacatan atau apa jua kekurangan bukan penghalang untuk mencapai sesuatu dan bekerja sebagai satu pasukan. Bekerjasama tanpa menilai kurang lebih seseorang.

Tidak perlu sempurna untuk capai kesempurnaan :)

Saturday, June 28, 2008

Rancang Dahulu

Hari dah makin dekat. Office sekarang pun tengah penuh dengan kotak2. Usaha yg rancak semakin rancak untuk pindah ke office baru. Baru tu bukan apa, yg kecik sikit n cost effective. Faham2 la dengan kegawatan sekarang. So, biarlah bijak berbelanja sekarang, jangan bodoh kerugian kemudian hari.

Afterall, its about the survival n future of the company. And to make sure semua berjalan lancar, setiap kami ada peranan dan tanggungjawab. Dan perancangan dibuat dengan teliti walaupun dalam tempoh yg singkat. Tak nak plak hentam kromo saje. Aku dah lihat banyak kali berlaku bila soal merancang diambil mudah. Akhirnya pelaksanaan tak berjaya dan bertambah susah.

Soal merancang tak rumit, yg penting ada kemahuan dan kesanggupan. Dengan resources yg cukup, input n output yg baik plus budget yg munasabah. Sure hasilnya berbaloi. Insya'allah! Tidak apa kalau bermula dari bawah. Susah2 dahulu n bila senang nanti, sentiasa beringat.

Ikut pesan abah aku, jangan berhutang, jangan aniaya n jangan tipu orang. Itu hakikat sebenar yg tak boleh disangkal. Berniaga juga perlu kejujuran, bukan penyelewengan. Keikhlasan, bukan ketamakan. Niat yg tak baik, selalunya tak berkat. Senang dapat, dan senang hilang. Sentiasa bersyukur dan jangan lupa diri.

Mak plak pesan, berjimat selalu dan ko bila nak kawin??? Soalan maut tu!! ;))

Thursday, June 26, 2008

Jalan Kosong

Difikirkan matang menangani permasalahan, rupanya tidak. Hakikatnya mereka tetap angkuh dan sombong. Yg dikejar masih jauh. Ditarik terlepas, ditolak terkeluar. Seakan kelibut melanda.

Kekayaan mengubah sikap dan keperibadian.
Kepuasan yg patut dicari diganti ringgit. Menepis kebenaran dan menafikan hak yg layak. Tanpa rasa malu, mengangkat diri tanpa dipuji. Dan demi impian kebendaan, maruah tercalar.

Renungi dan amati sedalamnya. Jelas tersalah mengorak langkah. Harap sedar agar tidak terlewat. Sebelum diri dibaham keduniaan, hilang pedoman dan kemuliaan. Dan jalan yg tinggal hanya kekosongan.

Tiada erti kebahgian tanpa dikongsi bersama. Tiada erti mahligai indah tanpa tamu. Tiada erti harta tanpa hormat. Tiada erti kasih dan
hidup bagaikan tiada erti lagi.

Monday, June 23, 2008

Panda Kick Butt?

Tengok! Jangan tak tengok! Hiburan ringan dan lawak untuk seisi keluarga. Tak kira tua atau muda, sure boleh buat gelak. Wont tell much, just have to go and watch it ok! ;)

Friday, June 20, 2008

Selepas Pak Lah?

Undi tidak percaya pd Presiden la, PM la?? Boleh ke?? Aku keliru dengan suasana politik sekarang. Ada yg seolah2 mahu menunjuk sesuatu. Dah lepas 100 hari pun! udah2 lah! Soal kebebasan bersuara tu tak payah nak sebut. Ramai pun dah over do it. Yg pasti sekarang masa utk bekerja with the people n for the people. Afterall people's power jugak yg merubah senario sekarang.

Yg nak ganti pun dah kata... "Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda saya (PM ke 2, Tun Abdul Razak Hussein) membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini,"

Rasa2 orangnya pun sabar (bukan macam sorang tu!) Jadi, kita pun sama2 sabarlah. Terima sesuatu biar cara baik, bukan pintu belakang or beli orang macam beli ikan. Ini soal agama, negara dan rakyat, bukan semata2 soal kuasa dan politik. Handover will happen sooner or later. Tunggu waktu yg sesuai saja n it will prevail.

Dari umur dia 23 tahun lagi dah jadi Ahli Parlimen. Right after the father past away. So pengalaman dia surely dah cukup matang. Knowing what is best and what is not.

Ikut resam padi, makin berisi, makin menunduk ;)

Nama Aku

Maksud huruf pada pangkal nama;

A, ramah dan murah senyuman. Pandai sesuaikan diri dalam pergaulan. Bijaksana dan cerdas. Mudah berasa hati dan kata2 pedas ketika marah, tapi marahnya mudah reda.

R, pendiam dan hanya bercakap bila perlu. Tekun dengan kerja dan bersungguh-sungguh mengejar cita2. Suka mengkritik dan sukar mengawal bicara ketika marah.

Y, pendiam dan tidak menonjol diri. Nampak sombong tetapi tidak. Tidak berani mengemukakan pendapat.

N, baik hati dan rapi berpakaian. Suka hulur bantuan tanpa harap balasan. Mudah bersedih dan kurang percaya diri.

A tu pangkal nama aku, R, Y dan N, pangkal nama2 penting dalam hidup aku ;)

Monday, June 16, 2008

Kota Mati

Takala keseorangan, terasa kehilangan
alunan lagu memecah kesunyian...

makna seperti menghilang, di kota ini
hitam dan putih masa lalu, telah membisu

semua berakhir disini, tempatku mula bermimpi
masih menari disini, langkahmu yang telah pergi

udara kini berubah, di kota mati
seperti kisah masa lalu, kini membisu

coba dengarku berbisik , suara yang tlah mengering
hatiku mati disini , terdiam dan tak mengerti

coba dengarku berbisik , suara yang tlah mengering
masih bertahan sisa mimpi mimpiku
di kota ini

kini bertahan sisa mimpi mimpiku
di kota ini

semua berakhir disini, tempatku mula bermimpi
hatiku mati disini, terdiam dan tak mengerti

Peter Pan

Niat Baik

Alangkah baiknya kalau aku boleh tidur nyenyak setiap malam. Tanpa gangguan, tanpa beban tentang masalah dunia yg takde kesudahan. Kadang tu bukan masalah sendiri, which yg lain belum tentu ambil tahu, tapi masalah2 orang yg aku terbabit sama. Mungkin niat baik ini disalah erti. Akhirnya beban bertambah dan jadi semakin rumit.

Bak kata pepatah, baik biar berpada dan kebaikan rupanya perlu ada batas. Niat baik tak semestinya menghasilkan apa yg kita jangka. Penting untuk melihat dari semua sudut dan menilai kesan sebaliknya. Bukan nak bersikap negatif, tetapi perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dan ambil langkah berjaga2.

Umpama bila hari nak ujan, baik sediakan payung kan! ;)

Saturday, June 14, 2008

Silih Ganti

Patah tumbuh silih berganti, patah satu seribu menanti,
Patah seribu bangsa ku mati, patah bangsa warisan ku terhenti.

Lupa DIA

Beringat sebelum lupa. Ungkapan yg kita mungkin terlupa atau buat lupa.

Akan kita terlupa mengucap syukur apabila dikejutkan setiap pagi untuk mengharungi hidup untuk sekian kali. Terlupa bahawa segala yg ada hanyalah dipinjamkan kepada kita untuk kembali mengingati akan pemberian DIA. Terlupa kehidupan dunia hanyalah sementara dan ajal itu semakin hari semakin hampir tidak kira usia dan rupa serta pangkat atau darjat. Terlupa bahawa semua ini akhirnya milik DIA jua.

Akan juga kita terlupa bahawa mereka yg amat disayangi tidak kekal. Mereka akan satu hari pergi meninggalkan segala keduniaan dan kebendaan lalu mengadap DIA dan menanti kita di pintu syurga. Pastinya kita terlupa dan tidak sempat untuk membisikkan salam sayang di saat mereka masih mendengar, mendakap dengan penuh kasih di saat mereka masih merasai dan memegang dengan erat di saat mereka masih di sisi.

Mampukah kita mengubahnya segalanya selagi nyawa dan jiwa terikat di badan? Selagi DIA mengizinkan kita menghayati dan menyayangi mereka sebelum terasa kehilangan? Mampukah kita untuk lupa lagi?

Friday, June 13, 2008

Cuba Cari

Lihat betul2 dan cari mana yg sama??
Di kening? Mata? Pipi? Hidung atau dijanggutkah?
Di mana? Apa pun, tone rambut tetap maintain!


Aku Anak Selangor

100 hari kian hampir dan waktu berlalu bagaikan kura2 tua yg penat. Cukup tempoh untuk menilai kemampuan dan keupayaan, kelemahan dan kekurangan bagi meletakkan batu asas akan prinsip utk waktu2 seterusnya. Dan kerajaan Negeri Selangor yg kini masih tercari2. Bagaikan pakatan yg tak pekat, macam2 hal yg kelihatan semakin kalut. Antara lain;
  1. Meluluskan ladang khinzir terbesar
  2. Melantik Tn Speaker bukan Melayu
  3. Mengharamkan Islam Hadhari
  4. Tidak mengharamkan minuman keras
  5. Mengelirukan pengguna tentang air percuma
  6. Meter individu rasa2 dapat, meter pukal belum tentu rasa
  7. Menimbang utk menghapuskan had rumah ibadah
  8. Memberi imbuhan segelintir saja bakal graduan ke Uni
  9. Mencampuri urusan yg tiada sangkut paut cth Levi, Balkis
dan ini belum lagi tentang pelbagai janji manis yg tak tertunai dan belum tentu mampu seperti elaun ibu tunggal, bantuan wang bulanan, takaful warga emas, wang kahwin, beli rumah, pusat rekreasi, premis perniagaan, alam sekitar dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Umpama cokelat, nampak macam banyak kacang,
rupanya hanya di kulit bungkusan saja! :))

2020

Jika dihitung, 12 tahun from now, kalau panjang umur, aku 46 tahun or go figure. 9 matlamat utama Wawasan 2020 yg dicetuskan oleh pemikir bangsa TDM, PM ke 4 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya by 2020;
  1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demoktratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Mampukah kita mencapainya?? Tepuk dada tanya selera ;)

Whats Today!

Change is more than good for you right now. It is absolutely necessary! You've been tossing more than a few bright and fresh new ideas back and forth in your head, and today is a great time to pick one out and start moving forward on it! It doesn't matter whether it's a new career, a fun trip somewhere, a new health regime, or just a new haircut -- moving into a new phase has never felt so right. Taking control of your life is always a good idea.

Moral is to choose one and push forward.

Quoted from www.friendster.com

Thursday, June 12, 2008

Gigi

Aku teringat masa muda sikit dulu, sakit punya pasal, I had to remove 4 gigi geraham dalam masa 2 minggu. Had a minor surgery. Seriously, tuhan aja yg tahu sakitnya ya amat masa tu. Sekarang bila dah tua2 ni kalau sakit gigi, buat sakit hati jer! Aku ingat gigi ni sakit segala sakit la. Boleh sampai naik kepala!

Tensionn!!!!! :P

Sabar Buaya

Tak faham! Tak faham! Tak faham jika ada manusia yg naik berang bila satu2 permintaan atau pertolongan itu tidak dapat dipenuhi. Adat membantu, adakala boleh, adakala tidak. Bantu atau tidak, itu hak mereka yg ingin membantu. Jangan pula kita persoal atau berkecil hati kalau tidak dapat bantuan. Renung diri semula dan tanya, siapa perlukan bantuan??

Kalaupun dibantu, biarlah ia disampaikan mengikut kemampuan mereka. Yg menerima perlulah bersabar. Jika tidak, ia hanya akan merumitkan keadaan. Walau setinggi bukit masalah itu, ada penyelesaiannya. Asal sanggup menunggu untuk mencapai yg terbaik.

Jika tidak sabar, buatlah sendiri tanpa harapkan bantuan. Jangan pula berlagak sebab mampu berbuat demikian. Bila sudah senang, ingat mereka yg memerlukan dan bantulah dengan penuh kesabaran. Sebab kesabaran itu ada ganjarannya. Ikut perilaku buaya, best to wait for the right moment for everything!

Wednesday, June 11, 2008

Tua vs Muda

Coming November ni, these 2 fellow will go head to head dalam pilihanraya Presiden kat US. Sorang 72 n sorang lagi 47. Tua vs muda.

Walau pun ada jurang perbezaan dari sudut ideologi, generasi n pendekatan, both are anti-politicians n argued the broken system kat US. Which both ingat boleh fix it. Hopefully cos US Foreign Policy really sucks these day!

Both war-warkan diri as agent of change
n addressed flaws in the political process in Washington, rhetorically i guess :)) macam special interests n by-partisan bla bla but most importantly both are obviously American n very much Pro-Israel.

Aku tengok Obama's speech
over AIPAC summit kat Al-Jazeera. Thats American Israel Public Affairs Commitee. Badan yg melobi utk mengukuhkan hubungan America dan Israel. Honestly, aku tak berapa senang dengan mesej dia yg tersirat pada dunia Islam.

P
endek kata dua2 ni sama je. Hanya aku rasa baik yg muda dari yg tua. Dah nyanyok nanti lagi merapu!

Presiden?

Jika ditanya soalan2 berikut kpd pemimpin2 di bawah yg merupakan presiden (atau de facto) parti yang tergolong di kalangan orang-orang beragama Islam dan berbangsa Melayu, apakah anda fikir, jawapan mereka nanti??


Soalan Utama;
  1. Siapa Tuhan kamu??
  2. Siapa Nabi kamu??
  3. Apa pegangan kepercayaan kamu??
  4. Apa bangsa kamu??
  5. Apa keturunan kamu?
Insya'allah, jawapan di antara mereka itu sama sahaja. Pokoknya sekarang ialah, kenapa mereka tidak boleh bersatu dan menyatukan mereka yg bernama Islam dan Melayu??

Berat! Berat! Berat nak jawab tu ;)

Tergezut!!

Untuk pertama kali aku mengisi minyak di Petronas selepas umum naik harga tempoh hari. Walaupun aku TIDAK TERGOLONG di kalangan mereka yg berpusu2 mengisi minyak bagaikan esok kiamat. Aku tetap ternanti2 akan berapa RM utk tank penuh minyak keta aku.

Meter indicator tinggal satu bar. Bila isi diesel, bau je dah hazardous, so aku duk dlm keta sambil menunggu (n jgn lupa matikan enjin kenderaan). Tergezut sekejap! Seriously dengan kenaikan 40%, memang ada beza! Tapi bila diamati, ini la kesan bila kita terlalu selesa dan terbiasa dgn subsidi. Naik begini pun terasa.

Lebih menghairankan lagi, bila ada yg nak demo sana sini. Sudah2lah tu. Jimatkan waktu anda, jimatkan petrol, jimatkan duit lrt, tambang bas, minum pagi dan macam lagi kalau kita tak berhimpun. Lebih elok duk rumah buat amal mohon berkat dan murah rezeki ;) Tak payah susahkan badan semata2 nak tunjuk perasaan.


Yg terbaik skrg, berusahalah dan berbelanja dgn berhemah. Hidup mengikut kesesuaian dan kemampuan. Utk kebaikannya jangka pendek dan panjang . Jangan sibuk apa lain boleh buat untuk kita, fikir apa kita boleh buat utk diri sendiri.

Minyak itu barang keperluan, tiada perasaan pun! Simple deal, take it or just leave it! ;)

Monday, June 9, 2008

Usahawan Beretika

Aku terbaca artikel ini, which is good. So aku just coret-coret (ringkasan) yg penting2 tuk tatapan;

HADIS riwayat Ibn Qudamah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya, engkau meninggalkan waris dalam keadaan kaya (Ghaniyy) adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka susah meminta-minta daripada manusia."

Hadis di atas membuktikan bahawa kemiskinan sehingga membawa kepada sifat meminta-minta adalah sangat dibenci oleh Allah SWT serta Rasulullah SAW dan kerana sifat tersebut hanya akan mewujudkan gejala buruk yang lain seperti terputusnya hubungan persaudaraan dan kecurian, sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi.

Islam menggalakkan umat memajukan diri dan menjadi kaya setelah berusaha dengan hasil yg wajib halal dan menepati syarak. Sebagaimana sabda Baginda dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri.

Usahawan ditakrif sebagai pemilik perniagaan yang stabil, mantap dan bercita untuk mengembangkan perniagaan dan pendapatan serta hartanya. Ia menggabungkan sifat manusia yang berusaha memajukan diri, berketerampilan dan memiliki kebolehan luar biasa untuk menterjemahkan sumber dan peluang halal kepada aktiviti keuntungan yg maksimum.

Usahawan perlu yakin dgn keupayaan dan kemampuan diri. Berserta perancangan yang terperinci dan mantap dari aspek modal, tenaga kerja, kepimpinan dan kewangan. Menitikberatkan elemen dan etika keperibadian Islam, kerja dan kemasyarakatan, hukum syariat dan akhlak serta niat dan prinsip keadilan dan ihsan bagi memastikan rezeki benar halal dan diberkati. Berdaya kreatif dan berani mengambil risiko selari dengan ilmu yang dimiliki.

Langkah bijak bukan bermaksud jalan pintas, sebaliknya keutamaan mementingkan prinsip dalam menggapai status usahawan.

Selepas Hisham?

Cakap politik sikit. Tapi ringan2 dah la. Buat santapan petang di hujung minggu :)

Aku tertarik dengan soal jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Siapa selepas Hishamuddin?? Dato Sri ni anak melayu Johor, anak mantan PM, Menteri Pendidikan etc. Ada dekat 10 tahun pegang jawatan n made few controversial moment during his tenure. Principally, pada aku, keris yg "dihunus" itu tanda kesatria melayu yg perlu disanjung, bukan ditakuti. Anyway, this December, he's giving up this post.

So yg nak menggalas tanggungjawab selepas ini biarlah sehebat beliau. Berjuang habis2an n rampas balik yg mana patut. Potential candidates pun bukan sembarangan. Pun anak mantan PM! Menantu PM!! dan mantan MB! Masing2 ada strength, will and of cos power. Harap mereka ni really berjuang untuk bangsa dan agama. Mungkinkah Mukhriz??

Afterall
, politik adalah perjuangan, maka berjuanglah! Bak kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat ;)

Mujarab Petua 5

Tidak perlu 1001 petua tuk jimat petrol/diesel kenderaan anda bile ke tempat kerja. Dengan petua 5, pasti mujarab!!:-
  1. Naik kenderaan awam
  2. Tumpang kereta (Car pool)
  3. Naik basikal
  4. Jalan kaki
  5. Tak pergi kerja!!
Anda mesti pilih!! :))

Sunday, June 8, 2008

Kebenaran Kami

Kebenaran susulan persoalan yg diwar-warkan pihak mereka seterusnya melemparkan dakwaan-dakwaan tidak berasas kepada diri aku dan rakanniaga a.k.a KAMI tanpa sebarang justifikasi yg jelas adalah seperti berikut;
  1. dakwaan bahawa kami tidak memainkan peranan yg seimbang berbanding pengarah lain adalah tidak benar. Sebab mereka telah lupa bahawa setelah struktur organisasi yg telah kami bina itu cukup kuatlah sehingga memberi mereka ruang utk melakukan tugasan luar. Tanpa kekuatan dalaman, tidak akan ada keupayaan luar.
  2. dakwaan bahawa kami tidak mencari peluang2 perniagaan sebagaimana pengarah lain adalah tidak benar. Sebab struktur dan perjanjian asal jelas menyebut tentang pembahagian tugas sebenar yg mengikut peranan dan keupayaan masing2. Malah ada pengarah lain yg tidak memainkan peranan mereka sendiri dengan betul tapi tidak pulak kami persoalkan. Kami juga telah berkompromi dengan segala kekurangan dan tindakan mereka membelakangi kami selama ini.
  3. dakwaan bahawa rungutan2 dan tidak memperdulikan kepentingan pihak keluarga serta lawatan ke Jakarta mempengaruhi keputusan mereka adalah tidak berasas. Sebab persoalan yg timbul sebenarnya tiada kaitan dengan soal keluarga. Ini soal perniagaan semata2.
  4. dakwaan bahawa tujuhala masa depan syarikat kurang jelas adalah tidak munasabah. Sebab itu hanya dinyatakan selepas mereka ketakutan dgn ura-ura berita kehilangan projek2 lain. Sedangkan projek tersebut masih berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian.
  5. dakwaan bahawa kami tiada perancangan rapi tentang projek2 kecil yg lain adalah tidak benar. Sebab maklumat telah diemelkan, cadangan telah dinyatakan tapi keputusan tidak dibuat atas alasan tidak mempercayai kakitangan utk melakukan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya kami disuruh mengalas tugas tersebut dan bukan mereka sebab kononnya mereka menyokong sahaja.
  6. dakwaan-dakwaan diatas hanya alasan-alasan yg AMAT BANGANG yg ditokok-tambah bagi menghalalkan tindakan mereka yg tamak, haloba dan rakus utk membolot semua kerna takut kehilangan wang dan kuasa.
Insya'allah, kebenaran akan tetap bersama kami dan yg bercakap benar :)

Friday, June 6, 2008

Naik Lagi!

Aku bawak 4WD yg guna minyak diesel yg naiknya lagi mahal (RM1) berbanding petrol (78 sen). Tapi still murah 18 sen per liter di pasaran, which is like 40% up!! N jgn lupa, tarif letrik, gas, inflasi pun sure naik. Senang kata semua naik except subsidy itself. Itu turun ;) n kita pun tak boleh nak bergantung pada subsidi selamanya. 2020 pun dah makin hampir.

Anyway, soal kenaikan harga minyak ni memang dijangka. Sooner or later n no one can stop it. Not even de factor PKR tu! Hanya yg aku tak jangka, it was a short notice. Few friends asked me to pump minyak mlm semalam before 12 midnite. But as usual, whats the rush?? Macam isi minyak semalam boleh tahan sampai mati, duhh!!

I think kerajaan da fikir masak2 about this. Definately not a popular decision. Kalau separuh masak pun tak boleh buat apa. Pak2 Arab duk pump harga minyak tinggi2 for short term profit! Locally plak, yg pandai2 cakap minyak turun, sana free sini free pun ramai!

Biar kita sama2 bantu kerajaan bantu rakyat, bukan bantu rakyat hentam kerajaan :))

Jangan Main Mancis

Pasal announcement semalam, now perancangan sedang dibuat utk perpindahan keluar. Aku pun da forward the drafted proposal n briefed to all staffs. Everything will be divided accordingly, adil lagi saksama. Kepentingan mereka yg sama2 melabur pun perlu diutamakan. Jgn plak kita jadi kacang lupakan kulit kan!

I've done my part of the bargain. Giving solutions yg baik tuk semua pihak (hopefully!). So far no feedback from the other party. Believe it or not, usia sebenarnya bukan lambang kematangan. Those who started the fire should kill the flame. If not, lebih baik jgn main mancis ;)

As for me, aku tak la duk diam n buat tak tahu. Aku still ada tanggungjawab pada staff and my business partner. Aku still akan execute the exit plan smoothly tuk kali terakhir to all termasuk yg tinggal. Sape nak hickup sana sini rite! Kita masuk salam, keluar pun salam. Just menunggu waktu yg sesuai utk keluar dan bawak my team into another base yg smaller and convenient. I hope very soon!

Dalam kekalutan akan ada harapan dan sinar baru yg menanti :)

Thursday, June 5, 2008

Lepas Beban

Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni and after almost 3 weeks, finally aku buat apa yg perlu. No turning back. What done is done. Yg berlaku biar berlalu. I've made the announcement, an exit plan from the company that I've build with my own bare hand. I gave whole hearted n commitment into the company for the past 3 years.

Sekarang, apa yg penting is keputusan ini adalah tuk kebaikan semua. Ada yg menung but considering what had happened, aku rasa kira ok la! Some will follow, some will stay. As long we save what need to be saved.

Bukan senang, but in life, decision need to be made. If not, perkara2 yg menyusahkan hidup hanya akan meleret tak sudah. Bila keputusan tercapai, apa yg perlu is kita tengok ke depan n harungi rintangan seterusnya. If things get messy, just do more clean up.

Put stop to all past misery and think ahead. Terasa lepas beban yg dipikul bahu :))