Monday, June 30, 2008

Sama Kerja

Setelah beberapa minggu berusaha, akhirnya apa yg kami rancang telah dilaksana dan disempurnakan dengan tersusun dan teratur. Syabas buat mereka yg terbabit dan turut serta. Terbukti kuantiti bukan pengukur segalanya. Dengan keupayaan yg ada, kesanggupan mereka amat memuaskan.

Dengan keberanian untuk mengambil risiko dan berfikir luar kotak, kami buktikan yg kami mampu. Bukan kerana wang, harta dan kekayaan, tapi kepuasan berkongsi pengalaman dan saat2 penting bersama mereka yg menghargai dan dihargai.

Aku bangga, sebab mereka buktikan pada yg lain bahawa jantina atau kecacatan atau apa jua kekurangan bukan penghalang untuk mencapai sesuatu dan bekerja sebagai satu pasukan. Bekerjasama tanpa menilai kurang lebih seseorang.

Tidak perlu sempurna untuk capai kesempurnaan :)