Saturday, June 14, 2008

Lupa DIA

Beringat sebelum lupa. Ungkapan yg kita mungkin terlupa atau buat lupa.

Akan kita terlupa mengucap syukur apabila dikejutkan setiap pagi untuk mengharungi hidup untuk sekian kali. Terlupa bahawa segala yg ada hanyalah dipinjamkan kepada kita untuk kembali mengingati akan pemberian DIA. Terlupa kehidupan dunia hanyalah sementara dan ajal itu semakin hari semakin hampir tidak kira usia dan rupa serta pangkat atau darjat. Terlupa bahawa semua ini akhirnya milik DIA jua.

Akan juga kita terlupa bahawa mereka yg amat disayangi tidak kekal. Mereka akan satu hari pergi meninggalkan segala keduniaan dan kebendaan lalu mengadap DIA dan menanti kita di pintu syurga. Pastinya kita terlupa dan tidak sempat untuk membisikkan salam sayang di saat mereka masih mendengar, mendakap dengan penuh kasih di saat mereka masih merasai dan memegang dengan erat di saat mereka masih di sisi.

Mampukah kita mengubahnya segalanya selagi nyawa dan jiwa terikat di badan? Selagi DIA mengizinkan kita menghayati dan menyayangi mereka sebelum terasa kehilangan? Mampukah kita untuk lupa lagi?