Sunday, June 8, 2008

Kebenaran Kami

Kebenaran susulan persoalan yg diwar-warkan pihak mereka seterusnya melemparkan dakwaan-dakwaan tidak berasas kepada diri aku dan rakanniaga a.k.a KAMI tanpa sebarang justifikasi yg jelas adalah seperti berikut;
  1. dakwaan bahawa kami tidak memainkan peranan yg seimbang berbanding pengarah lain adalah tidak benar. Sebab mereka telah lupa bahawa setelah struktur organisasi yg telah kami bina itu cukup kuatlah sehingga memberi mereka ruang utk melakukan tugasan luar. Tanpa kekuatan dalaman, tidak akan ada keupayaan luar.
  2. dakwaan bahawa kami tidak mencari peluang2 perniagaan sebagaimana pengarah lain adalah tidak benar. Sebab struktur dan perjanjian asal jelas menyebut tentang pembahagian tugas sebenar yg mengikut peranan dan keupayaan masing2. Malah ada pengarah lain yg tidak memainkan peranan mereka sendiri dengan betul tapi tidak pulak kami persoalkan. Kami juga telah berkompromi dengan segala kekurangan dan tindakan mereka membelakangi kami selama ini.
  3. dakwaan bahawa rungutan2 dan tidak memperdulikan kepentingan pihak keluarga serta lawatan ke Jakarta mempengaruhi keputusan mereka adalah tidak berasas. Sebab persoalan yg timbul sebenarnya tiada kaitan dengan soal keluarga. Ini soal perniagaan semata2.
  4. dakwaan bahawa tujuhala masa depan syarikat kurang jelas adalah tidak munasabah. Sebab itu hanya dinyatakan selepas mereka ketakutan dgn ura-ura berita kehilangan projek2 lain. Sedangkan projek tersebut masih berjalan seperti biasa dan memerlukan perhatian.
  5. dakwaan bahawa kami tiada perancangan rapi tentang projek2 kecil yg lain adalah tidak benar. Sebab maklumat telah diemelkan, cadangan telah dinyatakan tapi keputusan tidak dibuat atas alasan tidak mempercayai kakitangan utk melakukan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya kami disuruh mengalas tugas tersebut dan bukan mereka sebab kononnya mereka menyokong sahaja.
  6. dakwaan-dakwaan diatas hanya alasan-alasan yg AMAT BANGANG yg ditokok-tambah bagi menghalalkan tindakan mereka yg tamak, haloba dan rakus utk membolot semua kerna takut kehilangan wang dan kuasa.
Insya'allah, kebenaran akan tetap bersama kami dan yg bercakap benar :)