Saturday, February 28, 2009

BMW = Bawak Mesti WOW!!

Sikap meninggi diri sesetengah orang yg dikenali membuat diri tertanya; Apakah perlu dan kenapakah begitu? Mungkin juga mereka2 didorong oleh sikap "Aku lebih baik dari yg lain!" Sifat individualistik yg tak membawa banyak faedah. Seolah mereka lali dari kekurangan atau kebal dari kesilapan. Tapi masa yg sama, mereka ini punya sikap pergantungan yg menebal.

Perlu diingat sesama diri, ada yg lebih bijak, lebih berkemampuan dan tentunya lebih beradab dari kita. Dan jangan pula ingat yg belajar "tinggi" itu saja yg pandai, yg bekerja dalam organisasi besar itu saja yg kaya raya, atau yg bertudung itu saja yg mulia. Tak masuk U, belum tentu tak cerdik. Bukan Pengurus, belum tentu tak kaya. Tak bersongkok, belum tentu tak sembahyang.

Seakan jenama BMW, yg baru mesti ada pemandu atau kenderaan syarikat atau yg benar2 kaya. Yg berlagak pula, mesti secondhand sebab MURAH!

Kompem tak mampu! ;)))

Thursday, February 26, 2009

Had Kesabaran Diri

Sukar jika tiada kematangan dalam menangani sesuatu isu yg bermasalah. Apatah lagi bila tidak sanggup mendengar atau berbincang tentang kebenaran. Sekalipun kebenaran itu jelas, masih ada yg gagal menilai, malah menafikannya. Dan sanggup perlekehkan yg lain semata2 ingat diri itu betul. Lantas bermuka2 dan mengharapkan perhatian kosong yg tak kesampaian.

Apapun, hidup terlalu singkat untuk melayani kerenah2 begini. Yg enteng lagi menjengkelkan, yg mentah lagi merimaskan, serta yg boleh membuakkan perasaan marah. Mereka hanya perlu ingat bahawa yg bersabar juga ada hadnya, dan jangan ianya dicabar dan mengundang kesan yg tidak dijangka. Padah akibatnya!

Nota: Pesanan masyarakat ini ditujukan buat mereka2 yg berkenaan sahaja:))

Sunday, February 22, 2009

Jom Makan2!

Pastinya seronok bila dapat berkumpul dan beriadah bersama. Sungguhpun kehangatan arang sesekali menusuk mata, namun kehangusan ayam, bebola dan hot dog panggang, keranggupan udang dan sotong bakar, kelemakkan ikan dan kemanisan jagung susu, dihidangkan bersama lenyekkan salad kentang dan kesegaran minuman punch , ianya sangat mengenyangkan!

Koleksi gambar kenangan ber BBQ bersama keluarga di rumah kakak yg terletak tidak jauh dari tepi Sg Ampang (lokasi sebenar dirahsiakan) :))

Thursday, February 19, 2009

Kebaculan Suami

Berita si isteri ke mahkamah menuntut hak sering kita dengar kebelakangan ini. Apatah lagi bila melibatkan golongan artis yg tentunya mendapat perhatian peminat yg ternanti2 akan cerita selanjutnya. Yg pasti, kes2 seumpama ini, si isteri telah menjadi mangsa...

  1. Si suami yg berhutang ratusan ribu dengan pemiutang, kerna takut, lalu menghilang dan menyorokkan diri dan meninggalkan anak isteri serta tidak hadir ke mahkamah
  2. Si suami yg ditangkap basah di pejabat pada waktu orang nyenyak tidur, tetapi tidak mengaku, lalu terpaksa melepaskan isteri yg kecewa yg menuntut penceraian
  3. Si suami yg menuntut hak penjagaan anak, sedangkan tidah bersungguh bilamana perbelanjaan anak diberi hanya RM150 sebulan, malah tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan
Malang buat isteri dan anak yg menanggung beban akibat kebaculan suami. Tentunya ini semua satu dugaan yg perlu ditempuh walau apa jua. Semoga mereka kuatkan semangat dan beringat akan kebesaran ILAHI.

Bagi si suami, tak layak digelar suami. Elok panggil dayus je! ;)

Wednesday, February 18, 2009

Hutang Orang Senang

Terdengar khabar tentang teman yg kesempitan wang. Hairan boleh jadi begitu, namun pastinya dia ada sebab dan alasan tersendiri.

Umumnya memang sikap segelintir kita suka berhutang untuk mengisi kehendak dan adakala keperluan. Dan kita2 itu pula kebiasaanya berkehidupan sederhana dan boleh dikatakan senang. Lain bagi yg susah, berhutang itu mungkin lumrah untuk menampung kehidupan yg sempit.

Yg pasti, cara berbelanja yg boros dan kelemahan menguruskan wang boleh menyebabkan kita berhutang. Dan sikap menunjuk2 dan mahu didampingi kerana kelihatan senang. Lalu hidup diluar kemampuan dan mengatasi pendapatan hingga beban hutang bertambah saban hari.

Berhutang untuk hidup itu pasti, berhutang untuk gaya, menjerat diri!

Tuesday, February 17, 2009

Polisi Kosong!

Adakala sukar nak faham polisi sesetengah organisasi terutama bila melibatkan pembatalan akaun. Namun, apa yg dipelajari malam ini adalah amat memualkan. Sungguhpun jika anda pemegang paspot gold atau kad platinum sekalipun, ia bukan jaminan khidmat terbaik dari organisasi ini.

Ingat nak tuntut insuran je yg susah walaupun sign up senang. Rupa bayar keahlian tiap2 bulan pun jadi susah, tidak berhutang kredit pun boleh susah. So I guess some policies, are just dumb policies!

Macam formula matematik, apa darab kosong pun kosong!

10 x 100 x 1000 x 1,000,000 x 0 = KOSONG GAK! :P

Monday, February 16, 2009

Al-Fatihah

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza di atas pemergian ayahnya Allahyarham Tarudin Ismail, yg meninggal dunia kira-kira 11.50 pagi, akibat serangan sakit jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. Semoga rohnya diampuni dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yg soleh.

Al Fatihah.

Saturday, February 14, 2009

Mesti Tonton!

Bersandarkan peristiwa sebenar sekitar Perang Dunia II, "Valkyrie" merupakan kisah komplot pemberontakan dan cubaan membunuh Hitler yg gagal pada 20 Julai 1944. Garapan dan olahan sejarah yg teratur dengan fakta2 sejarah yg jelas.

Sebuah filem yg harus ditonton bagi peminat sejarah peperangan dan bukannya untuk peminat Tom Cruise saja.

Sungguhpun sebuah filem keluaran Amerika, tak perlulah boikot!:))

Friday, February 13, 2009

Mengasyikkan

Penyampaian penuh harapan dan makna. Tabik bila dengar nyanyian brader kecik ni.

Salute!!! :)

Tuesday, February 10, 2009

Jaipong Moden

Katanya shuffle, tapi mungkin itulah yg cuba diikuti anak sedara sorang ni yg baru tabika lagi. Meniru tarian gaya masakini orang2 muda. Kecik2 dah pandai ikut tari shuffle. Besar2, tari apa lagi ntah siapa tak tahu!

Hanya shufflenya ala2 jaipong dengan kamera senget!! ;)

Harijadi Baby!

Sebenarnya makan malamnya Selasa lepas. Sebabkan sibuk dengan isu politik, terlewat sikit nak coret. Sambutan harijadi baby yg ke 11 rasanye :)) Tapi dia ni susah sikit nak tinggi, begitu je rendahnya. Agak2lah tengok foto, yg tengah nak tiup lilin tu baby lah!

Apapun, Selamat Harijadi Baby n cepat2 membesar k! ;)

Thursday, February 5, 2009

Cuti2 Malaysia!

Berehat sebentar dari isu semasa. Gambar kenang2an bersama keluarga sewaktu bercuti ke Melaka. Rajin2lah bercuti ke destinasi di Malaysia. Sekurang2nya dapat bantu tingkatkan ekonomi anak bangsa dan negara. Btul tak?? ;)

Monday, February 2, 2009

Tanda Sebelum Mati

Hanya ingin dikongsi dan untuk renungan kita bersama...

Tanda 40 hari sebelum mati...berlaku selepas waktu Asar, bahagian pusat berdenyut2, daun yg tertulis nama akan gugur, dan malaikat maut mengambil daun itu dan mengikut kita sepanjang masa. Bagi yg terpilih, akan dapat melihat akan malaikat itu

Tanda 7 hari sebelum mati...hanya diberikan kepada mereka yg sakit yakni hilang selera makan

Tanda 3 hari sebelum mati...berasa denyutan di bahagian tengah dahi, iaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika kita merasainya, maka berpuasalah agar tidak banyak najis dikeluarkan ketika mati. Mata yg hitam tidak bersinar, hidung akan jatuh perlahan2 (dilihat dari sisi), telinga akan layu (hujung telinga masuk ke dalam), telapak kaki perlahan2 melunjur ke depan dan sukar ditegakkan

Tanda 1 hari sebelum mati...berlaku selepas asar, merasai denyutan di bahagian belakang dan kawasan ubun2 menandakan kita tidak akan berjumpa akan waktu Asar keesokannya

Tanda akhir...merasai kesejukan di bahagian pusat, ke pinggang dan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan malaikat maut menjemput kita kepada ALLAH