Thursday, February 26, 2009

Had Kesabaran Diri

Sukar jika tiada kematangan dalam menangani sesuatu isu yg bermasalah. Apatah lagi bila tidak sanggup mendengar atau berbincang tentang kebenaran. Sekalipun kebenaran itu jelas, masih ada yg gagal menilai, malah menafikannya. Dan sanggup perlekehkan yg lain semata2 ingat diri itu betul. Lantas bermuka2 dan mengharapkan perhatian kosong yg tak kesampaian.

Apapun, hidup terlalu singkat untuk melayani kerenah2 begini. Yg enteng lagi menjengkelkan, yg mentah lagi merimaskan, serta yg boleh membuakkan perasaan marah. Mereka hanya perlu ingat bahawa yg bersabar juga ada hadnya, dan jangan ianya dicabar dan mengundang kesan yg tidak dijangka. Padah akibatnya!

Nota: Pesanan masyarakat ini ditujukan buat mereka2 yg berkenaan sahaja:))