Terdengar khabar tentang teman yg kesempitan wang. Hairan boleh jadi begitu, namun pastinya dia ada sebab dan alasan tersendiri.
Umumnya memang sikap segelintir kita suka berhutang untuk mengisi kehendak dan adakala keperluan. Dan kita2 itu pula kebiasaanya berkehidupan sederhana dan boleh dikatakan senang. Lain bagi yg susah, berhutang itu mungkin lumrah untuk menampung kehidupan yg sempit.
Yg pasti, cara berbelanja yg boros dan kelemahan menguruskan wang boleh menyebabkan kita berhutang. Dan sikap menunjuk2 dan mahu didampingi kerana kelihatan senang. Lalu hidup diluar kemampuan dan mengatasi pendapatan hingga beban hutang bertambah saban hari.
Berhutang untuk hidup itu pasti, berhutang untuk gaya, menjerat diri!