Saturday, September 27, 2008

Kedaifan Mereka

Kisah Mat, anak sulung berumur 14 tahun yg disiarkan di UTUSAN Malaysia hari ini pastinya membuat kita termenung dan terfikir. Bagaimana seorang abang yg berhenti sekolah untuk menyara 8 adik dengan pendapatan RM10 sehari. Membantu ibu mengurus makan dan pakai serta sekolah adik2. Malah kedaifan keluarga itu hanya mengizinkan mereka tinggal berteduh di sebuah bangsal milik saudara. Sungguhpun begitu, mereka tetap mengharungi hari demi hari dengan penuh harapan dan kesyukuran.

Kisah yg mampu mengajar kita agar mensyukuri akan rezeki dan nikmat yg tuhan berikan selama ini. Dan masih ada insan2 yg kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian. Jadi beringatlah dan bersyukurlah. Bantu membantu dan bersedekahlah selalu.

Friday, September 26, 2008

Panjatkan Syukur

Mungkin sesetengah anggap harga petrol yg turun 10 sen itu kecil. Namun, jika dinilai jumlah setakat hari ini, pastinya ia tetap dapat meringankan beban pengguna walaupun sedikit. Ada yg harap turun 30 sen. Namun, kronologi di bawah menjelaskan sesuatu;

Sebelum Jun: Petrol (1.92 seliter) / Diesel (1.58 seliter)

Jun: Petrol (2.70 seliter) / Diesel ( 2.58 seliter)

Ogos: Petrol (2.55 seliter) / Diesel (2.50 seliter)

Sept: Petrol (2.45 seliter) / Diesel (2.40 seliter)

Kesimpulannya, samada munasabah atau tidak, penurunan bulanan tetap berlaku. Peratusan subsidi masih kekal. Dan rebet tetap diberikan. Walaupun harga minyak dunia stabil, tapi ia tetap berubah2.

Bak kata omputih: Something than nothing a.k.a bersyukur ;)

Thursday, September 25, 2008

Harga Diri

Kisah ahli PKR dan juruteknik PKNP yg terlibat dalam skandal rasuah dan seks yg turut membabitkan 2 Exco Perak baru2 ini sungguh mengaibkan. Soal maruah dan harga diri sebagai seorang melayu dan Islam yg sanggup menyamakan "habuan seks" seperti bila orang bersedekah, jadi tidak menolak.

Malah ahli PKR tersebut di dalam aduannya pada JAIP, mendakwa dia diperangkap tapi turut mengaku melakukan hubungan dengan "habuan seks" itu. Dan meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan pada mereka yg telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

Jika benar sekalipun dakwaan brader, dan BPR turut merakam perlakuan seks tersebut, tidakkah terfikir, yg salah tetap salah, yg benar tetap benar. Dah buat salah, nak tuduh lain buat apa?

Semudah itu kata fitnah sedang bukti jelas. Semurah itukah maruah brader, hingga melacurkan harga diri! :P

Wednesday, September 24, 2008

Sungguhpun Berlalu

Sahabat mengingatkan pada ku tentang ayat ini... "Apabila mati manusia maka terputuslah amalannya kecuali dari 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yg dimanfaatkan orang dan Anak yang soleh/solehah yang mendoakannya” (Hadis Riwayat Muslim)

Dan hari ini, aku ziarahi abah. Sungguhpun 8 minggu berlalu, masih sebak terasa saat tiba di pusara. Abah mudah bersedekah, mudah berkongsi dan memanafaatkan ilmu dan mudahan doa ku diterima baik dan disampaikan terus buat abah, Insya'allah :)

Monday, September 22, 2008

2 Biji Telur

Sungguhpun dia dibebaskan, dan tidak berterima kasih langsung, malah dia saman sana sini, tak perlulah dakwa makanan yg dihidangkan padanya tak ubah seperti makanan anjing. Bukankah 2 biji telur separuh masak beserta roti tu adalah makananan yg sihat?

Kalau nak sangat makanan anjing, buatlah permintaan awal2. Boleh beli terus di pasaran yg ada pelbagai jenama. Sebab makanan anjing dihidangkan hanya untuk anjing!!

Betulkan??? ;)

Turun Lagi?

Keputusan kerajaan berhubung harga minyak yg akan diketahui minggu depan, memang dinanti2. Pastinya keputusan itu kelak telah mengambil kira semua aspek keperluan dan permintaan semasa dan pengguna. Sebagaimana ia dinilai ketika berlaku kenaikan beberapa bulan lalu. Harga pasaran minyak dunia kini menurun ke paras bawah USD100 setong. Dan jika ini berterusan, harapan minyak turun sebelum raya amat cerah! Sama2lah berdoa untuk kesejahteraan rakyat semua.

Asyik2 citer bung Anwar je pun bosan gak kan! ;)

Saturday, September 20, 2008

Muhibbah!

Acuan negara dengan kepelbagaian bangsa, agama, adat dan budaya adalah asas pembentukan negara berpuluh tahun lamanya. Perjuangan nenek moyang terdahulu tidak harus diperlekehkan dan sikap sesetengah pihak dengan tanpa hormat menyentuh sensitiviti asas tersebut harus ditolak bulat2.

Usaha kerajaan untuk mencadangkan satu Akta Hubungan Kaum perlu dilihat sebagai satu rancangan mengukuhkan perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan semua bangsa di negara ini. Dan akta yg sedang dirangka itu kelak boleh berjaya jika wujud persefahaman yg baik dan tulen dari pelbagai lapisan masyarakat.

Konflik perkauman akan hanya merugikan. Dengan sikap muhibbah dan toleransi, ianya pasti menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara yg berterusan. Dan bukan bergantung kepada ketaksuban pemimpin2 yg ingin berkuasa dengan alasan rakyat inginkan perubahan semata2.

Ingin pesan orang lama, bersatu teguh, bercerai roboh ;)

Thursday, September 18, 2008

Jalur Terbalik

Penahanan penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz, di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan pastinya akan lebih mengundang pelbagai reaksi umum.

Namun, penahanan menjurus kepada saranan beliau di laman blognya yg mengajak rakyat agar Jalur Gemilang, simbol kemegahan negara dikibar secara terbalik sempena Hari Kemerdekaan. Dan juga sebagai tanda rasa tidak puas hati kepada negara dan kepimpinan yg ada.

Persoalanya, atas unsur2 hasutan itu, wajarkah dia di tahan?? Fikirkan ;)

Wednesday, September 17, 2008

Fakir Maut

Terhenti sejenak memikir tentang kematian di Jawa Timur di mana berpuluh fakir miskin dan tercedera akibat sesak nafas. Kejadian berlaku bila 5000 penduduk berhimpit dan berasak untuk mendapatkan agihan wang zakat dari seorang peniaga yg gagal mengawal keadaan.

Pernahkah kita melihat suasana demikian di Malaysia? Mati akibat berebutkan wang zakat? Atau mati tak cukup makan? Pernahkah fakir miskin di sini tidak terbela sepenuhnya? Dan jika dinilai tukaranya yg hanya RM16. Pastinya kesenangan yg dialami kita jauh lebih baik berbanding mereka. Bukankah kita patut sentiasa bersyukur dan tidak lupa.

Mereka berkumpul untuk sesuap nasi. Kita berkumpul bila ada perhimpunan politik saja :(

Wednesday, September 10, 2008

ISLAM AGAMA RASMI!

Desakan pihak2 tertentu yg membuat petisyen agar azan solat di Puchong dan Kota Damansara diberhentikan dan tanpa menggunakan pembesar suara, atas sebab kononnya mengganggu penduduk sekitar, adalah sesuatu yg AMAT KURANG AJAR!

Sememangnya Selangor dikepalai oleh seorang yg MAHA BENGAP, tetapi dimanakah barisan kepimpinan Islam yg berada dalam kerajaan negeri. Dimanakah kelantangan pahlawan2 Islam PAS?? Tunggulkah??

Agama lain perlu bersyukur kerana amalan kebebasan beragama wujud di Malaysia. Walaupun bagaimana pun, ISLAM tetap agama rasmi, jadi jangan ada dalang2 yg mempersoalkan status itu atas apa alasan sekalipun!

INGAT! ISLAM ADALAH AGAMA RASMI!!!

Tuesday, September 9, 2008

Cegah Rasuah

Keupayaan Badan Pencegah Rasuh (BPR) di saat ini amat mengkagumkan. Dengan mengemukakan pendakwaan yg kukuh dan dengan buktinya yg cukup. Tiada siapa yg boleh terlepas dari genggamannya. Wakil rakyat, agensi kerajaan, pengarah, malah polis pun boleh didakwa. Jadi janganlah ingat amalan merasuah boleh berluasa begitu saja. Walaupun yg didakwa mengaku tak bersalah (sape nak ngaku dot dot dot tengah jalan), kebenaran pasti dapat dibuktikan.

Ada pendapat, mengumpan untuk lompat parti dengan janji akan pangkat dan jawatan itu juga satu bentuk rasuah. Betulkah?

Tentunya ada wang pendahuluan, kalau tak siapa nak lompat? ;)

Habeus Corpus

Maksud permohonan habeas corpus sebenarnya aku tak faham, sebab tak belajar undang2. Tapi yg pasti, 5 pemimpin (tak layak dipanggil pemimpin!!) Hindraf yg kena tahan bawah ISA kat Kamunting memang wajar ditolak oleh mana2 mahkamah pun di Malaysia. Kalau tak silap, 5 budak hitam ni la yg bangkitkan rusuhan kat KLCC dan isu perkauman, kononnya berlaku "ethnic cleansing"! Aku pun tak tahu mana cleansingnya! Dan ketika itu, ada pemimpin India yg mohon maaf pada kita??? Tiada kan???

Tak berbaloi bebaskan rakyat yg tak bersyukur hidup di bumi bertuah ni. Elok ditahan selamanya!

Friday, September 5, 2008

Sungguhpun Begitu

Sungguhpun dia bersemadi, pusaranya dihiasi. Sungguhpun tiada lagi dengar suaranya, sesekali mengharap ia bergema. Sungguhpun terasa rindu, mengingatinya dapat mengubati jiwa yg sedu. Sungguhpun kasih tak kesampaian, terasa dirinya di sisi bila memerlukan.

Namun, abah tetap di "sana", memerhati mungkin dan aku tetap disini. Hidup perlu diteruskan juga sungguhpun begitu.

Al-Fatihah

Al Fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Tan Sri Abdul Samad Ismail. Seorang tokoh kewartawanan dan pejuang kemerdekaan yg telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Khamis, 04 September 2008, pada jam 5.58 petang. Meninggalkan seorang balu dan 10 orang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yg soleh. Amin.

Jimat Ramadhan

Kesempatan menambah rezki di pasar Ramadhan memang dinanti2 golongan peniaga dan penjaja. Dengan pelbagai hidangan kuih-muih, juadah dan masakan serta minuman untuk dihidangkan, pastinya mengundang selera pengunjung. Walau hampir seminggu, KL dibasahi hujan, wujud golongan yg nak membeli, tak kira renyai ataupun lebat. Yg belum tentu sempat balik untuk memasak. Jadi singgah dulu mana yg dekat untuk "memborong".

Tapi berbelanja biar berpada. Elakkan pembaziran. Hayati bulan mulia ini. Belilah ikut keperluan, dan jangan ikutkan nafsu dan selera tekak semata2. Hari ini tak merasa, esok ada lagi. Sungguhpun hasrat nak simpan untuk bersahur, susah kalau meja dah penuh kan.

Terimbau waktu kecil, hidangan sahur paling sedap! Nasi dengan telur goreng letak kicap :))

Wednesday, September 3, 2008

Hak Rakyat!

Terbaca di Utusan Online tentang PBT yg ingin mengambilalih dewan komuniti di sebuah taman di Ampang, Selangor. Kononnya bimbang dewan disalah guna parti politik.

Sudah berpuluh tahun, dewan tersebut milik penduduk dan untuk aktiviti setempat. Dewan dibina pun atas keringat, sumbangan dan duit simpanan mereka. Bil2 juga dibayar sepenuhnya persatuan kebajikan Islam di situ. Tanpa bantuan sesen kerajaan negeri atau PBT. Malah PBT tak wujud masa ia dibina. Kalau ya nak kaut untung sewa, tak perlulah bertindak menotis.

Sungguhpun atas arahan kerajaan negeri (dah agak dah!) Sedar2lah, rakyat juga yg mampu menumbangkan kerajaan itu kelak.

Puasa Cuti

Semalam adalah cuti umum sempena Kemerdekaan, yg disambut kelmarin. Dan kebetulan juga, hari pertama berpuasa pada bulan Ramadhan. Rata2, ramai sudah pulang bercuti dan ke kampung atau berehat di rumah. Peluang ini digunakan sepenuhnya terutama bagi umat Islam di Malaysia. Kerana dapat menyambut puasa pertama dan berbuka bersama keluarga dan orang tersayang.

Memandangkan begitu, kan molek kerajaan umum setiap hari pertama puasa sebagai cuti umum!!

Jom ramai2 hantar memorandum! Setuju!!?? :)))

Tuesday, September 2, 2008

DNA

Menghairankan bila ada golongan bijak pandai (kononnya!) cuba mempersoalkan usaha pembentangan Rang Undang2 Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008. Rang yg membolehkan Bank Data Forensik DNA ditubuhkan dalam membantu aspek penyiasatan, penyelidikan dan pelbagai lagi khususnya perundangan kelak.

Tak perlulah mempolitikkanya. Pastinya rang yg didrafkan sebegitu lama telah meneliti semua sudut. Seterusnya membolehkan pihak berwajib bertindak atas akta khusus tanpa timbul keraguan.

Bukan soal siapa terliwat siapa saja! ;)

Monday, September 1, 2008

Tiba Ramadhan

Kini, yg ditunggu dan dinanti tiba lagi. Terbuka akan pintu rahmat dan tertutup pintu neraka. Dan wajib bagi yg Islam, baligh, berakal dan suci. Maka, berpuasalah sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat terdahulu. Menahan diri dari lapar dan dahaga serta yg membatalkan. Dari fajar hingga tenggelam matahari. Semoga amalan dinikmati dengan penuh kesyukuran dan diberkati. Dan mudah2an kita bertakwa.

Amin Ya-Rabbulallamin