Wednesday, July 29, 2009

29 Julai 2008

Sekadar mengingati setahun yg lalu, tepat jam 6 petang, abah telah pulang ke pangkuan ILAHI. Di saat itu, dia mengukirkan dua senyuman, bagaikan melambai kami dan mengucap salam, dan berlalu dia pergi. Hembusan nafas dan degupan nadinya yg terakhir, disisi semua yg tersayang. Ia berlaku bagaikan semalam dan sehingga kini masih terbayang.

Sungguhpun berjauhan, salam kasih buat abah, bersama iringan doa dan rindu yg berpanjangan, moga abah sentiasa memperoleh rahmat dan kebahgian serta ketenangan yg abadi, Insya'allah. Al-Fatihah.

Monday, July 27, 2009

Pecah Amanah??

Amanahnya mudah. Mengagihkan kepada waris termasuk isteri dan anak2, mengikut pembahagian yg ditetapkan simati sewaktu dia hidup lagi.

Tapi yg berlaku, amanahnya disandarkan pada janji yg "kononnya" demi kebaikan ahli. Yg cakap pula si perantara yg sering disangsi, maka janji pun turut diragui.

Akhirnya ragu itu terbukti. Minta tarikh baru, tempoh barulah, macam2 alasan diberi. Kiranya ini janji baru, tak kira benar atau salah, yg penting dapat tangguh lagi!!

Menyedihkan sebab simati itu bapa dan waris pula keluarga.

Si perantara pula sulong yg ingat boleh harap, tapi kurap!! Hingga sanggup pecah amanah!! Hampeh tul!! :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 22, 2009

Masakan Ibu

Tugas memasak bukanlah mudah. Namun itulah kebiasaan buat ibu2 surirumah tangga sepenuh masa. Dan emak pula, sungguhpun sudah berusia, memasak seakan kewajipan, tidak kira penat atau tidak.

Sememangnya mak suka mencuba. Maka tadi dia menyediakan nasi ayam untuk makan tengahari, hasil dari membelek majalah resepi baru yg ada.

Memang sedap!! Maaf, pasalkan sedap sangat, ingat makan je, lupa amik gambar masakannya ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 20, 2009

Suruhanjaya Diraja

Mungkin dalam keghairahan sesetengah pihak menuntut penubuhan suruhanjaya, mereka terlupa bahawa kematian itu lumrah kehidupan. Tidak kira biasa atau luar biasa, hari2 pasti ada kematian.

Sungguhpun bersimpati dengan tragedi yg menimpa setiausaha politik tersebut, kita perlu yakin dengan penyiasatan yg dijalankan POLIS, yg pastinya melibatkan kos2 tertentu. Dan mungkin bertambah jika suruhanjaya ditubuhkan.

Waktu2 gawat ni, tak perlulah politikan setiap kematian. Asal je mati, nak demonstrasi, melalak sana, berlilin sini, konspirasi sinun. Tak kurang yg berlagak macam hero bangsa. Dan ramailah ahli politik ambil kesempatan dan tuntut macam bila ada kes2 seumpama!!

Bak kata apek yg terjun pokok masuk ke keta P. Ramlee dalam filem Madu 3...

"ilup pun susahhh.. mmaati pun susahhh!!" :p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menghitung Hari

Cakap lebih senang dari melakukannya. Penangguhan yg diminta pula menghampiri penghujung. Ntahkan ada, ntahkan tidak. Mungkin sekali lagi ia juga hanya tinggal janji.

Beginilah sikap dia yg kerap dan mudah melemparkan janji kosong. Jarang yg sahih dan tiada kebenaran. Yg akhirnya membuat ramai sangsi dan tidak lagi percaya.

Bilakah dia akan belajar? Belajar untuk tunaikan janji dan elakkan berbohong, sempurnakan amanah dan beringat bahawa akan ada balasannya di hari perhitungan kelak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 3, 2009

Buat Emak!

Malam tadi, emak disambut dalam satu majlis makan malam sempena harijadinya yg ke 66 di Cruise Tasik, Putrajaya. Di atas bot dan disertai bersama-sama anak, cucu serta yg terdekat. Bertemakan putih dan santai, tentunya ia meninggalkan satu kenangan yg cukup manis dan bermakna buat semua.

Moga Emak panjang umur dan murah rezki. Sihat, tenang serta gembira. Diberi rahmat dan dipelihara sentiasa oleh NYA jua.

Selamat Harijadi Emak! Sungguhpun diri ini tegas sesekali, hati tetap menyayangi mu! ;)

Thursday, July 2, 2009

Tak Boleh Harap!!

Sebenarnya, wasiat yg tidak tertulis bukanlah sukar ditunaikan. Soalnya samada yg dipertanggungjawabkan itu melaksanakan ia dengan sebaik mungkin. Dan tidak menafikan hak2 yg lain serta menyempurnakan apa yg diamanahkan dengan telus dan jujur.

Kini yg dijangka sudah berlaku. Hakikatnya, walau apapun alasan yg cuba diberi, hilang sudah kepercayaan dan keyakinan. Kerosakan yg sukar diperbaiki sebab ia bukan kali pertama. Tindakan yg hanya boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan membawa perpecahan.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan akar, akar pecah bumi. Harapkan janji, rupa tak ditepati. Harapkan bagi, rupa lupa diri.

a.k.a TAK BOLEH HARAP!! :P