Wednesday, July 29, 2009

29 Julai 2008

Sekadar mengingati setahun yg lalu, tepat jam 6 petang, abah telah pulang ke pangkuan ILAHI. Di saat itu, dia mengukirkan dua senyuman, bagaikan melambai kami dan mengucap salam, dan berlalu dia pergi. Hembusan nafas dan degupan nadinya yg terakhir, disisi semua yg tersayang. Ia berlaku bagaikan semalam dan sehingga kini masih terbayang.

Sungguhpun berjauhan, salam kasih buat abah, bersama iringan doa dan rindu yg berpanjangan, moga abah sentiasa memperoleh rahmat dan kebahgian serta ketenangan yg abadi, Insya'allah. Al-Fatihah.