Thursday, July 29, 2010

Invite Duck!

Sememangnya jika disulami dengan niat dan tujuan yg murni, budaya menjemput pastinya akan lebih tulus dan ikhlas.

Budaya yg sebenar melalui zahir dan lisan janganlah sesekali disamakan dengan sistem pesanan ringkas atau melalui pihak ketiga yg kedua2nya jelas tidak bersopan dan tiada susila.

Namun, sistem pesanan ringkas pastinya menjadi pilihan mereka yg suka ambil mudah, atau kata lain yg buta hati dan miskin budi.

Justeru, kalau menjemput, sempurnakanlah sebaik mungkin, sebab jika tidak, ia hanya akan mengambarkan betapa rendahnya nilai peradaban anda sendiri!

Atau mungkin otak setaraf chicken, tu sebab jemput pun ala invite2 chicken (ajak2 ayam) jerr.

Takpe, esok lusa kita pun invite2 duck la pulak kan, boleh? ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 26, 2010

Pekerja Teraniaya??

Bila terdengar berita seumpama itu berlaku, aku lantas teringat akan pesan orang tua yg cukup mudah... "Jangan aniaya orang".

Dan sepanjang aku menjalankan perniagaan, belum seorang pun pekerja di bawah aku diberhentikan tanpa sebab yg munasabah atau tanpa pampasan yg setimpal.

Sungguhpun ada yg memberhentikan diri mereka sendiri, namun ramai yg diberi notis 1 bulan bersama 2 bulan gaji pampasan atau 3 bulan notis berhenti. Kesemuanya mengikut budibicara dan keikhlasan hati bagi membantu sesama insan serta menghormati apa yg termaktub dalam kontrak.

Ia bertujuan menjaga kepentingan syarikat dan kebajikan pekerja. Setidak2nya mengurangkan sedikit beban dan tanggungan pekerja tersebut, sementara menunggu peluang kerja yg baru. Membantu dan meringankan, bukan menganiaya dan menzalimi mereka.

Kepada yg terlupa akan pesan mudah itu, beringatlah yg hidup umpama roda yg berpusing.

Yg kita tanam, itulah hasilnya. Elok benih eloklah tuainya, busuk benih busuklah tuainya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BerSedekah

Menjelang bulan Ramadhan yg bakal tiba, elok juga dihayati akan ayat dan hadis di bawah;

"Bandingan (derma) orang-orang yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yg tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)

Wahai orang yg beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yg baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yg buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yg buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji." (Al-Baqarah ayat 267)

"Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api" (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 19, 2010

Rokok Didahulukan?

Seperti kebiasaan, setiap 1 minggu sekali adalah hari keperluan minyak kenderaan yg berkuasa diesel ini diisi. Setiap isian pula hanya dihadkan kepada 50 liter.

Kini, selepas penstrukturan bahan api dan subsidi, tambahan adalah dari RM80.00 ke RM82.50, iaitu perbedaan sebanyak RM2.50 sahaja. Iaitu jauh rendah berbanding sekotak rokok yg meningkat naik saban tahun.

Jika masih ada yg sanggup membayar rokok semahal itu, jangan pula dikata harga minyak dan gula yg naik! Sebaliknya sebagai penguna, kita sendiri perlu lebih berjimat dan menstruktur cara berbelanja mengikut kemampuan.

Moto barunya adalah jimat dan cermat didahulukan, bukan rokok yg busukkan mulut diutamakan! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 16, 2010

Bersyukurlah

Hebat Tazkirah ini, wajar dibaca dan difahami...

Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak mengenang jasa.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". (Yaasin: 73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 14, 2010

Belang Yg Hilang

Sememangnya perasaan bercampur geram dan marah apabila membaca petikan blog di bawah tentang apa yg telah berlaku.

Apatah lagi kaitan insan yg disebut itu sangat dalam hubungan dan besar sumbangannya. Namun begitulah hakikat lanskap politik semasa, bak...

Harimau mati tinggalkan belang, yg hidup adakala makan orang...

Manusia mati tinggalkan nama, yg hidup pula sibuk nak buat nama...

http://www.agendadaily.com/
cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c444943c-7f000010-1d956ad0-2fdfe1cc


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 13, 2010

Dr Yg Lalok!

Sebagai rakyat Selangor, teramatlah menjengkelkan melihat gaya dan persoalan yg ditimbulkan seorang Ahli Parlimen dari kawasan di Kuala Lumpur yg dipaparkan di Buletin Utama malam tadi.

Sedangkan rakyat yg tak sekolah tinggi dan tak pernah masuk dewan Parlimen pun tahu bahawa persoalan melombong pasir secara haram yg berleluasa di Selangor perlu ditujukan kepada Kerajaan Negeri.

Iaitu sumber asal yg mengeluar atau meluluskan permit dan lesen yg berkaitan pasir. Yg juga sepatutnya melaksanakan kerja penguatkuasa, pemantauan dan pengawalan terhadap kelulusan yg diberi, mahupun pencerobohon yg berlaku.

Justeru kenapa perlu cuba dikaitkan dengan PGA atau yg lain, sedangkan sudah jelas kegagalan di pihak mana.

Pergilah tanya bung gagap yg duduk kerusi MB negeri tu. Kata Pakatan?? Awat tak pakat tanya sama sendiri?? Da lalok kerr?? :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akak, Manyak Untung!!

Alhamdulillah dan sangat gembira dengan berita yg disampaikan. Sungguhpun sedikit kerugian, namun keuntungan mencecah RM7 ribu. Semuanya hasil pelaburan dalam pasaran matawang asing aka FOREX TRADING je kak!

Dikhabarkan juga pelaburan seterusnya akan lebih teknikal dan tersusun, bagi memastikan keuntungan berganda, dan kerugian minima aka MINIMUM LOSS, HIGH RETURN kan kak!

Sememangnya analisa dan keupayaan akak boleh diyakini terutama melibatkan perihal wang dan kewangan aka PROVEN TO BE TRUSTWORTHY la kak!

Keringat waktu dan tenaga akak seharusnya dipuji. Sangat berterima kasih dan menghargai kehebatan dan sumbangan aka KUDOS & THANK YOU kak!

Insya'Allah, takkan sama sekali dilupakan, lagipun rakan kongsi kakak sendiri kan, maka ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni aka TOGETHER, WE CLIMB THE MOUNTAIN & DESCEND THE VALLEY ya kak!

Tak naklah bila dah manyak untung, nanti jadi macam "A nut that has forgotten its shell" aka KACANG LUPAKAN KULIT! Betul tak kak! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 12, 2010

Dijamin Garmin

Merancang suatu perjalanan jauh tentunya memberi kelebihan, apatah lagi destinasi yg dituju itu jarang atau belum pernah diterokai. Dan pada kebiasaannya buku peta akan dibeli bagi membantu merancang perjalanan tersebut.

Namun dengan peredaran masa dan perubahan teknologi, kini sistem GPS yg canggih mampu dimiliki dan mudah dibawa kemana2.

Sistem yg memberi kelebihan dengan pandu arah dan peta yg boleh dikemaskini dari masa ke semasa, juga memungkinkan kita tiba ke destinasi dengan mudah dan selamat.

Sangat teruja bila berpeluang mengunakan teknologi ini di kenderaan sendiri. Kepada yg sering memandu luar, ini adalah alat yg wajib dimiliki.

Tak kisahlah jika ada kata yg kita ini ketinggalan, yg penting kemudahan dan kebaikan itu harus dikongsi bersama.

Tapi jangan plak depan kata kongsi, belakang sendiri2!! Oppss!! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 10, 2010

26 Rejab Lalu

Kesibukan atau mungkin terlalu selesa dengan bulan masehi hingga terlupa akan bulan hijrahnya dan 2 hari yg lalu adalah saat pemergian mu.

Ku himpunkan doa buat abah, moga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yg soleh.

26 Rejab... Al-Fatihah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 5, 2010

Menganga Tengok Danga?

Tidak dinafikan bahawa bandar Johor Bahru sememangnya sedang giat membangun, apatah lagi dengan projek integrasi antara bandar2 sedia ada dan pembangunan Wilayah Iskandar yg diperkenalkan pada sekitar tahun 2006.

Jika dilayari www.dangabay.com pastinya ramai terpegun membaca visi pembangunan yg dirancang, yg juga digembar-gemburkan ramai rakyat tempatan negeri itu.

Dan persinggahan beberapa hari lalu juga memberi kesempatan melihat sendiri pembangunan terutama di sepanjang Pantai Lido atau dimana letaknya Danga Bay.

Mungkin projek ini belum siap sepenuhnya, justeru sebarang penilaian tentangnya agak awal ataupun cetek.

Namun, bagi pengunjung yg pertama kali atau kali terakhirnya melawat sekitar pantai dan bandar ini 15 tahun lalu, pandangannya seolah2 indah khabar dari rupa.

Apapun diharap pihak negeri dan pemaju yg bertanggungjawab lebih peka dengan persekitaran kawasan tersebut yg kian nyata nampak usang, terabai dan seakan tahap "fun fair" saja.

Danga Bay, Vision City Of The South... really aahhh??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.