Monday, July 5, 2010

Menganga Tengok Danga?

Tidak dinafikan bahawa bandar Johor Bahru sememangnya sedang giat membangun, apatah lagi dengan projek integrasi antara bandar2 sedia ada dan pembangunan Wilayah Iskandar yg diperkenalkan pada sekitar tahun 2006.

Jika dilayari www.dangabay.com pastinya ramai terpegun membaca visi pembangunan yg dirancang, yg juga digembar-gemburkan ramai rakyat tempatan negeri itu.

Dan persinggahan beberapa hari lalu juga memberi kesempatan melihat sendiri pembangunan terutama di sepanjang Pantai Lido atau dimana letaknya Danga Bay.

Mungkin projek ini belum siap sepenuhnya, justeru sebarang penilaian tentangnya agak awal ataupun cetek.

Namun, bagi pengunjung yg pertama kali atau kali terakhirnya melawat sekitar pantai dan bandar ini 15 tahun lalu, pandangannya seolah2 indah khabar dari rupa.

Apapun diharap pihak negeri dan pemaju yg bertanggungjawab lebih peka dengan persekitaran kawasan tersebut yg kian nyata nampak usang, terabai dan seakan tahap "fun fair" saja.

Danga Bay, Vision City Of The South... really aahhh??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.