Monday, July 26, 2010

Pekerja Teraniaya??

Bila terdengar berita seumpama itu berlaku, aku lantas teringat akan pesan orang tua yg cukup mudah... "Jangan aniaya orang".

Dan sepanjang aku menjalankan perniagaan, belum seorang pun pekerja di bawah aku diberhentikan tanpa sebab yg munasabah atau tanpa pampasan yg setimpal.

Sungguhpun ada yg memberhentikan diri mereka sendiri, namun ramai yg diberi notis 1 bulan bersama 2 bulan gaji pampasan atau 3 bulan notis berhenti. Kesemuanya mengikut budibicara dan keikhlasan hati bagi membantu sesama insan serta menghormati apa yg termaktub dalam kontrak.

Ia bertujuan menjaga kepentingan syarikat dan kebajikan pekerja. Setidak2nya mengurangkan sedikit beban dan tanggungan pekerja tersebut, sementara menunggu peluang kerja yg baru. Membantu dan meringankan, bukan menganiaya dan menzalimi mereka.

Kepada yg terlupa akan pesan mudah itu, beringatlah yg hidup umpama roda yg berpusing.

Yg kita tanam, itulah hasilnya. Elok benih eloklah tuainya, busuk benih busuklah tuainya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.