Saturday, January 30, 2010

Dah Basi

Hakikatnya, ialah untuk membeli waktu dengan alasan yg telah pun semua ketahui kurang 2 bulan lalu. Masa tambahan kali ini pun lebih kurang sama.

Dulu, diri pernah juga mohon pinjaman. Syaratnya hanya dokumen yg lengkap, cagaran berpatutan serta reputasi baik, dan tempoh 2 ke 3 minggu pasti ada jawapan.

Justeru amat hairan sekiranya permohonan pinjaman itu makan 2 ke 3 bulan lamanya untuk lulus. Soalnya pinjaman apa? Dokumen lengkapkah? Cagaran apa yg ada? Reputasi bagaimana? REPUTASIKAH???!!

Kalau dah perkara2 ini sukar dibekalkan, 10 bank pun takan lulus! Mohonlah tak sudah dan tunggu punya tunggu...punya tunggu...punya tunggu...

Macam alkisah nak masuk mahkamah la pulak, asyik2 mintak tangguh punya tangguh punya tangguh, sampai naik basi alasannya! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 26, 2010

Walhal...!!

Bersungguh2 akan jelas tergambar pabila perbuatan itu disandarkan pada keyakinan dan keikhlasan, berani serta benar. Niatnya tak serong dan doanya tak pesong.

Tiada sungguhnya kalau hanya ungkapan mulut walhal hati tidak terdetik dan tindakan tak laksana. Dan sekadar puas halwa telinga dan harap puji semata2.

Hentilah berkata dusta. Konon demi dia itu dan ini, tapi semua demi untuk diri sendiri. Hentilah berlagak mulia, sebab ada yg dah tahu itu semua pura2.

Lang butui lang, nang butui nang, maruah jangan hilang, nanti jiwa tak tenang! ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 24, 2010

Sila Jawab!

Sila jawab Ya atau Tidak kepada 5 soalan mudah di bawah;

1. Adakah yg berbohong tentang agihan amanah, mulia?
2. Adakah yg pecah amanah terhadap ahli keluarga sendiri, mulia?
3. Adakah yg guna wang amanah untuk kepentingan diri, mulia?
4. Adakah kesalahan2 di atas perlu dipelihara dan disanjung?
5. Adakah kesalahan2 di atas perlu diberi peluang untuk diulangi?

Jika semua jawapan anda adalah tidak, maka hayatilah mereka yg berusaha menegakkan kebenaran :)

Tuesday, January 19, 2010

Kau Dah Senyap!

Setelah hampir 2 bulan, terbuktilah manusia ini sebenarnya telah hilang rasa hormat dan malu serta tiada harga diri. Bukan saja dah senyap, tapi dengan hak2 orang lain pun turut sama dilenyapkan!

Tidak mengapalah jika begitu. Akan tiba waktu dan ketika kelak, pertembungan yg tidak akan dapat dielakkan. Di sana nanti akan terlerai yg terbuku dan terurai yg tersimpul. Sungguhpun hak kau semakin menipis, hak lain masih perlu dipulangkan kepada yg berhak!

Bersedialah wahai kau yg senyap, sebab kebaculan kau sekarang akan sia2 dan tiada makna. Semua akan sampai ke penghujung dan tika itu, tiada gear yg akan undur ke belakang.

Que'sera, sera, whatever will be, will be! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 18, 2010

787 Ribu!!


Perangkaan yg dikeluarkan SPR ini sepatutnya membimbangkan semua pihak. Tentang betapa ramainya mereka yg berumur lebih 21 tahun yg belum mendaftar sebagai pemilih. Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini. Lebih mengejutkan 65 peratus dari jumlah tersebut, adalah bumiputera dan majoriti golongan belia kaum melayu dan etnik2 lain di Sabah dan Sarawak.

Sewajarnya SPR, pertubuhan atau parti2 politik yg berkaitan mengerakkan jentera masing2 untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kelompok ini, agar mereka lebih bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai penentu pada pilihanraya kelak.

Tentunya kita tidak mahu melihat masa depan anak bangsa jatuh ke tangan golongan pemimpin yg gilakan kuasa semata2, tetapi tidak tahu bekerja atau merencana pembangunan untuk kebajikan dan kemudahan rakyat.

Dan dengan Selangor mencatat negeri tertinggi iaitu seramai 787,000 orang, elok sangatlah anak2 negeri ini dididik untuk mengundi dan memastikan pemimpin yg akan dipilih pada PRU13 nanti, yg benar2 layak, tak gagap dan bingai macam yg ada sekarang, boleh?? :))

Saturday, January 16, 2010

Toleransi

Tentunya rakyat Malaysia secara am pernah dan sedang melalui tempoh sebegini. Mengenali rakan kerja atau sekolah atau kejiranan yg punya latar belakang dari pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Dan atas dasar hormat-menghormati, rata2 kita tahu cara dan bagaimana untuk menyesuaikan diri bila berada di dalam kelompok yg serba unik dan mencabar ini.

Pengalaman lalu telah mengajar aku bekerjasama dan menjalinkan hubungan akrab sebagai teman kerja dan rakan sosial dengan mereka yg bukan seagama atau sebangsa.

Dan hanya dengan persefahaman dan toleransi yg tinggi mampu menjamin perhubungan harmoni yg sedia terjalin, yg telah diamalkan turun-temurun dan generasi ke generasi semenjak dari zaman tuk nenek moyang kita lagi.

Ia bukanlah satu proses yg mudah mahupun murah, namun demi kesejahteraan hidup bersama di bumi yg bertuah, ia tidak mustahil untuk dikecapi dan dinikmati.

Kepada teman2 ku Helena dan Anna (Kristian) Janice dan Yap (Buddhis) serta Valli dan Muralli (Hindu), satu penghormatan mengenali kalian dan moga persahabatan ini berkekalan dan semangat toleransi ini berpanjangan :)

P/s: sumber foto dari album Helena ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Muda Tapi Kental

Berita kemasukkan sepupu lelaki ke Hospital Pusrawi sebenarnya agak mengejutkan. Apatah lagi dengan umurnya yg hanya 15 tahun, tentunya ia satu situasi yg membimbangkan buat dia dan sekeluarga.

Dan disaat catatan ini pula, beliau sedang menjalani operasi kali ke 2 yg dijangka mengambil masa lebih 3 jam berbanding sebelum yg hanya 2 jam. Dikhabarkan tadi oleh ibunya tentang kesulitan yg dialami sepupu akibat masalah usus yg sudah mula melarat.

Namun begitu, sempat melawat beliau semalam bersama yg lain. Sungguhpun muda, kelihatan wajah sepupu yg seakan kental walau kesakitan. Pastinya dia akan sembuh dan kembali ke sekolah nanti. Doa dan harapan moga dia pulih sediakala dengan segera, Insya'Allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kepingin!

Memandangkan dah lama tak pos sebarang berita, bolehlah mulakan dengan adegan makan2. Satu ketika dulu, ada pos ulasan tentang lokasi ini, mungkin juga kini sekadar nak mengingatkan kewujudannya.

Setelah 2 minggu berehat dari makan nasi (nak diet la konon), hati kepingin merasai nasi lemak Dang Wangi yg sememangnya menjadi kegemaran. Seperti biasa, sambal sotong janggut dan badan, paru goreng dan bergedel lenyek, kacang dan timun menjadi hidangan wajib beserta teh'o panas. Tak cukup segelas, boleh tambah 2 gelas.

Sangat menyelerakan dan mengenyangkan, Alhamdulillah. Kepada sesiapa yg masih belum mencuba nasi lemak ini, cuba2lah. Dah cuba nanti dan kalau sedap, boleh belanja den! :)))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.