
Perangkaan yg dikeluarkan SPR ini sepatutnya membimbangkan semua pihak. Tentang betapa ramainya mereka yg berumur lebih 21 tahun yg belum mendaftar sebagai pemilih. Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini. Lebih mengejutkan 65 peratus dari jumlah tersebut, adalah bumiputera dan majoriti golongan belia kaum melayu dan etnik2 lain di Sabah dan Sarawak.
Sewajarnya SPR, pertubuhan atau parti2 politik yg berkaitan mengerakkan jentera masing2 untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kelompok ini, agar mereka lebih bertanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai penentu pada pilihanraya kelak.
Tentunya kita tidak mahu melihat masa depan anak bangsa jatuh ke tangan golongan pemimpin yg gilakan kuasa semata2, tetapi tidak tahu bekerja atau merencana pembangunan untuk kebajikan dan kemudahan rakyat.
Dan dengan Selangor mencatat negeri tertinggi iaitu seramai 787,000 orang, elok sangatlah anak2 negeri ini dididik untuk mengundi dan memastikan pemimpin yg akan dipilih pada PRU13 nanti, yg benar2 layak, tak gagap dan bingai macam yg ada sekarang, boleh?? :))