Tuesday, May 29, 2012

Nasihat Tiada Guna

Asalnya niat aku nak jual kereta ini. Namun bila seorang sahabat dari bangku sekolah menyatakan minat untuk "beli", aku pun "jual" pada dia, dengan syarat dia sambung bayaran bulanan dan seterusnya tukar hakmilik bila selesai nanti.

Tapi selepas beberapa bulan, dia mula buat hal. Hampir setahun lebih aku nasihat. Insuran dan cukai jalan tahun pertama aku tolong dahulukan, tapi hingga tahun ke 2 pun dia masih tidak mampu sediakan bayaran. Ditambah pula soal bayaran bulanan kereta yg tertangguh setiap bulan dan yg terakhir, hampir 3 bulan berturut2 tak terbayar.

Dipendekkan cerita, rupanya bukan aku seorang yg teraniaya, malah ahli keluarganya juga turut terkena tempias. Hutang beribu ringgit, malah barang kemas ibunya turut tergadai. Kebenaran yg pahit nak ditelan si ibu, namun jelas terpancar kekecewaan atas segala perbuatan anaknya sendiri.

Kini kereta pun telah ditarik balik, tapi hutang dia pada aku masih belum terbayar. Aku pun belum halalkan, tapi aku terima segala dugaan ini sebagai suatu pengajaran buat diri.

Hanya peristiwa ini buat aku bagaikan tersedar dari mimpi yg sama. Ialah, kalau adik beradik sendiri pun pernah pecah amanah, tak bayar hutang emak, lupa diri dan asal usul, inikan pulak sahabat handai!

Betul tak? ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.