Saturday, November 28, 2009

Bermuka-Muka?

Tanpa sedar, rata2 yg berumur sering mengganggap diri mereka betul, sebabkan makan garam dahulu dan hidup lebih lama serta mustahil melakukan kesilapan. Malah sering menghalalkan sesuatu kerna ingat diri saja yg betul.

Yg menipu, merogol, mencuri, membunuh, mencaci, mengumpat, berdengki, bergaduh, bertengkar, cemburu dan macam2 keaiban itu juga wujud di kalangan mereka yg tua, bukan muda saja. Sikap atau perbuatan buruk yg jika tidak dibendung, boleh melarat. Malah lebih menjengkelkan jika datang dari yg matang, tua dan sangat tua.

Usia sebenarnya bukan penghalang untuk kita terap sifat2 baik dalam diri. Dan dalam soal hormat menghormati, ia pula perlu dua hala, bukan sekadar yg muda, malah yg tua juga. Tiada guna melayan yg tua yg "kurang ajar" dan tidak pandai menghormati.

Sewajarnya diusia tua, kita lebih matang dan berakal dalam mendepani baki dan sisa hidup, tanpa persiakan ia langsung. Biarlah semakin matang, semakin tua, kehidupan kita dihormati dan diikuti serta disayangi.

Orang memberi, kita merasa. Orang berbudi, kita berbahasa. Orang menghormati, kita tak hayati, lebih baik pegi mati! Boleh?? ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 27, 2009

Pengorbanan?

Jika tidak disebabkan Aidiladha, dan mungkin juga kerna terpaksa, kelibat si tua pasti tidak kelihatan. Manakan tidak, saat penentu hanya tinggal 3 hari saja. Dan tanda si tua untuk tidak endah dan berlagak seolah2 tiada apa, telah dihidu jauh lebih awal.

Bila diamati raut wajah dan perilaku si tua, disaat dia melangkah masuk, alamatnya agak kurang menyenangkan. Namun, jika amanah terakhir itu ditunaikan, pasti ramai memanjat syukur dan menarik nafas lega. Sebab, ia mampu mengelak konflik baru yg boleh tercetus serta menamatkan pelbagai prasangka dan persoalan, sikap elak-mengelak dan berdolak-dalih.

Biar yg nyata pahit ditelan, namun wajar dihadapi, sebab itu yg benar. Jangan berselindung atas nama pengorbanan sebagai yg sulung, maka diri kebal dari segala teguran dan tentangan. Jangan pula berterusan bersikap bodoh yg langsung tidak boleh diajar, dan pandai tidak boleh diikut.

Sehingga catatan hari ini, tiada satu amanah pun yg disempurnakan dengan lancar. Justeru pengorbanan yg terbaik buat si tua ialah memperbetulkan segalanya dan menunaikan apa yg terhutang dan tertunggak.

Bagi jangan tak bagi, bayar jangan tak bayar! ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 8, 2009

Asakan Jang, Abe Menangis

Kemeriahan sang si merah yg menutupi 2/3 isi ruang berjaya memenangi acara Mexican Wave of the year saja, pabila satu demi satu jaringan membolosi tiang pertahanan kumpulan mereka. Bukan saja ruang pertahanan ternganga, malah mulut penonton juga turut ternganga! Dan 2/3 susut sikit2 ke 1/3 dan akhirnya hilang terus dalam kekecewaan, ditambah pula dengan perjalanan pulang yg berjam2 lamanya.

Pertandingan berprestij yg turut diselubungi dengan sambutan bunga api itu bagaikan esok hari raya, walaupun raya haji lebih kurang 3 minggu lagi. Ternyata 6 larangan yg ditegah pihak berkuasa tidak dipatuhi sebab mereka tak faham bahasa baku.

Penantian 61 tahun akhirnya berjaya berbanding yg hanya tunggu 30 lebih tahun. Usaha pasang skrin besar di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV juga nyata sia2, sebab penonton bagaikan tengok wayang bisu akibat terkejut.

Keputusan rasmi Piala Malaysia 2009, Jang kalahkan Abe 3-1 :))

Sumber foto: http://www.utusan.com.my/