Kemeriahan sang si merah yg menutupi 2/3 isi ruang berjaya memenangi acara Mexican Wave of the year saja, pabila satu demi satu jaringan membolosi tiang pertahanan kumpulan mereka. Bukan saja ruang pertahanan ternganga, malah mulut penonton juga turut ternganga! Dan 2/3 susut sikit2 ke 1/3 dan akhirnya hilang terus dalam kekecewaan, ditambah pula dengan perjalanan pulang yg berjam2 lamanya.
Pertandingan berprestij yg turut diselubungi dengan sambutan bunga api itu bagaikan esok hari raya, walaupun raya haji lebih kurang 3 minggu lagi. Ternyata 6 larangan yg ditegah pihak berkuasa tidak dipatuhi sebab mereka tak faham bahasa baku.
Penantian 61 tahun akhirnya berjaya berbanding yg hanya tunggu 30 lebih tahun. Usaha pasang skrin besar di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV juga nyata sia2, sebab penonton bagaikan tengok wayang bisu akibat terkejut.
Keputusan rasmi Piala Malaysia 2009, Jang kalahkan Abe 3-1 :))

Sumber foto: http://www.utusan.com.my/