Jika tidak disebabkan Aidiladha, dan mungkin juga kerna terpaksa, kelibat si tua pasti tidak kelihatan. Manakan tidak, saat penentu hanya tinggal 3 hari saja. Dan tanda si tua untuk tidak endah dan berlagak seolah2 tiada apa, telah dihidu jauh lebih awal.
Bila diamati raut wajah dan perilaku si tua, disaat dia melangkah masuk, alamatnya agak kurang menyenangkan. Namun, jika amanah terakhir itu ditunaikan, pasti ramai memanjat syukur dan menarik nafas lega. Sebab, ia mampu mengelak konflik baru yg boleh tercetus serta menamatkan pelbagai prasangka dan persoalan, sikap elak-mengelak dan berdolak-dalih.
Biar yg nyata pahit ditelan, namun wajar dihadapi, sebab itu yg benar. Jangan berselindung atas nama pengorbanan sebagai yg sulung, maka diri kebal dari segala teguran dan tentangan. Jangan pula berterusan bersikap bodoh yg langsung tidak boleh diajar, dan pandai tidak boleh diikut.
Sehingga catatan hari ini, tiada satu amanah pun yg disempurnakan dengan lancar. Justeru pengorbanan yg terbaik buat si tua ialah memperbetulkan segalanya dan menunaikan apa yg terhutang dan tertunggak.
Bagi jangan tak bagi, bayar jangan tak bayar! ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.