Wednesday, March 14, 2012

Bibik!

Aku bersyukur, kerana keputusan yg dibuat telah mengambil kira semua pandangan dan perasaan dan diterima dengan hati terbuka dan redha.

Mengenali seorang ibu beranak 5 dari Medan ini sememangnya suatu pengalaman yg sangat berharga. Berhijrah dgn satu matlamat, agar anak2nya mendapat pendidikan yg sempurna.

Namun, selepas 1 bulan 13 hari, bibik Hasmi terpaksa pulang semula ke Medan dengan harapan baru, iaitu mendapat peluang dan rezki yg lebih baik di tempat lain.

Sungguhpun begitu, Alhamdulillah, bibik tidak pulang dengan tangan kosong, malah ikhtizam dan semangat bibik pasti akan terus subur meniti hari2 mendatang.

Semoga kita ketemu dilain waktu dan semoga bibik dan anak2 semua dipelihara dan diberkati Ilahi :)

Sunday, March 11, 2012

Takkan Tak Sayang?

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang ibu tua, Faridah Maulud yg berumur 66 tahun, ditinggalkan anak kandungnya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur.

Semenjak ditinggalkan, segala makan minum, pakaian dan kebajikan dia dijaga pihak hotel yg sangat prihatin. Dan usaha pihak hotel menghubungi si anak dari masa ke semasa pula gagal.

Timbul persoalan adakah si anak "terlupa" yang si ibu itu lumpuh, tua dan keseorangan? Perlukan jagaan dan kasih sayang? Ubat2an, makan dan minuman?

Bukan niat nak pertikaikan kenyataan si anak yg berbunyi ....“Emak saya bang, takkan saya tak sayang"... Tapi kenapa si anak ni bodoh dan kecamuk sangat hingga sanggup tinggalkan ibunya di hotel bajet!

Apapun sebab dan alasan, sebagai anak dia wajib minta ampun dan maaf dari ibunya. Kalau tak mampu jaga, serahkan pada yg mampu dan layak.

Zaman sekarang ini ramai anak tak sanggup jaga orang tua. Contoh terdekat emak aku. Ada 6 anak tapi 4 yg sulung dan berkeluarga semua tak sanggup jaga. Tapi Tuhan Maha Kaya dan Alhamdulillah, aku dan kakak sorang sanggup! ;)

Sememangnya anak yg menjaga akan diuji kesabaran dan keyakinannya. Dan jika kita selami dan hormati hati dan perasaan ibu yg dijaga, serta sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat mereka, pasti segala rintangan dan halangan akan menjadi mudah.

Lihatlah raut wajah ibu setiap hari, sesungguhnya ia tiada dua dan tiada tara.


Tuesday, March 6, 2012

Buku Cek??

Fenomena muka buka atau "Facebook" sememangnya sesuatu yg luarbiasa dengan Malaysia mencatatkan sebanyak 12 juta lebih pengguna dan berada di dalam carta 20 negara teratas. Tidak hairanlah kesan dari kewujudannya ternyata menakjubkan.

Antara lain menambah kenalan baru, mendapat jodoh, meluas pasaran perniagaan, melakukan kajian dan pelbagai lagi manafaat untuk umat sejagat.

Tak kurang juga memutuskan saudara, menambah kes penceraian, penipuan dan lain2 gejala tak sihat.

Dan yg cukup popular ialah bila bertemu semula rakan lama dari zaman sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja. Hingga ada yg sanggup menganjur majlis pertemuan setiap bulan dan yg kemaruk tu nak buat setiap minggu sebab seronok sakan.

Yg tak seronoknya bila sesetengah mereka ambil peluang untuk tambah rangkaian pinjam wang. Jumpa bukan nak imbau kenangan, tapi nak korek poket kawan. Dan biasanya lepas pinjam, mereka2 ini terus hilang tanpa dapat dikesan.

Justeru bagi sesiapa yg terlalu aktif dengan ruang maya sebegini, berhati2 dan berwaspada. Betul kawan biar seribu, tapi kalau nak pinjam pun beribu2, jangan kata poket kita yg koyak, sarung ceti pun rabak!

Eloknya bila jumpa2, lepas itu hai2, bye2, cya tomoro or don't c @ all!

Cukup sekadar ber "Facebook", jangan kita pula yg jadi ""Chequebook"! ;))

Sunday, March 4, 2012

Doa Sihat, Insya'Allah

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan kesempatan hujung minggu ni aku bawa emak menziarah ibu saudara aku (Achik) yg selamat menjalani pembedahan dibahagian kaki dan sedang menerima rawatan pemulihan di hospital.

Tak dinafikan raut wajah dan bentuk fizikal Achik saling tak tumpah seperti abangnya. Dan peluang bersama Achik sebelum pembedahan dan mengiringinya ke bilik bedah tempoh hari bagaikan mengimbau kenangan lalu sewaktu mengiringi abah.

Justeru menziarahi Achik dari masa ke semasa dilihat sebagai usaha untuk memelihara dan mengekalkan tali persaudaraan sedia ada. Aku, Yasmin dan emak sentiasa mendoakan kesejahteraan buat Achik dan mengharap keberkatan serta rahmat NYA.

Insya'Allah aku yakin, abah di sana pasti gembira :)

Singkat Takda Berkat?

Seorang nenek telah selamat tiba semalam di Bangi sekitar 4.30 petang dengan cuaca disebelah malam diramalkan sejuk dan hujan renyai.

Kepulangan si nenek pula diiringi cucu yg selama ini tak pernah bosan berbakti untuk pastikan permulaan perjalanan dan pengakhiran itu lancar dan baik.

Dan si cucu senantiasa berusaha dengan gigih sungguhpun mereka yg mengharap tak pernah sediakan kenderaan dan jasa dia tak pernah dihargai.

Kelihatan si nenek juga kepenatan disebabkan lawatan yg memerlukan dia berpindah randah dan bertukar tempat tidur bagaikan menumpang rumah murah di sepanjang Jalan Chowkit. Hasilnya pula sekadar menatap muka yg tak pernah sumbang bakti atau menabur budi.

Kesimpulan singkat dari lawatan singkat ke tempat otak2nya singkat adalah si nenek pulang tanpa faedah sebab lawatan tak berapa nak berkat.

Kalam Sink melaporkan untuk TV Telu! ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 3, 2012

Senang Lupa

Dari dulu sampai sekarang, aku selalu berpesan ... "Bila dah senang nanti, entah ingat entah tidak, tapi harap2 ingatlah".

Hanya rata2 bila aku lihat semula dengan mata sendiri dan selami kata hati, ternyata jarang sangat yg ingat apa kita dah bagi.

Mungkin pepatah "Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati" punya maksud tersirat yg perlu kita fahami.

Biasanya bila dah capai lebih tinggi dan sampai lebih jauh, sukar nak pandang belakang dan jenguk mereka yg selama ini menyokong dan mendokong malah membantu hingga berjaya.

Tetapi bukan sangat soal terima kasih yg dicari, sebaliknya kasih yg diterima apabila setiap budi itu dihargai.

Macam aku kata tadi, harap2 ingatlah, sebab kalau ingat, kita susah nak lupa diri ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 2, 2012

Saga Pun Ok!

Moga2 kemudahan yg disediakan ini memberi sedikit kelegaan dan menyuntik semangat anak saudara demi meneruskan pelajaran dan melakar masa depan dia.

Memang bukan senang melepaskan kereta sebelum yg menyimpan banyak kenangan. Tapi hidup perlu diteruskan, dan semua benda di dunia saling berganti.

Benda yg lama akan pergi dan takan kembali. Datang yg baru dan Insya'Allah lebih baik dari dulu.

Bak moto Proton Saga FLX ni..."Its even better!" ;)