Sunday, March 11, 2012

Takkan Tak Sayang?

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang ibu tua, Faridah Maulud yg berumur 66 tahun, ditinggalkan anak kandungnya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur.

Semenjak ditinggalkan, segala makan minum, pakaian dan kebajikan dia dijaga pihak hotel yg sangat prihatin. Dan usaha pihak hotel menghubungi si anak dari masa ke semasa pula gagal.

Timbul persoalan adakah si anak "terlupa" yang si ibu itu lumpuh, tua dan keseorangan? Perlukan jagaan dan kasih sayang? Ubat2an, makan dan minuman?

Bukan niat nak pertikaikan kenyataan si anak yg berbunyi ....“Emak saya bang, takkan saya tak sayang"... Tapi kenapa si anak ni bodoh dan kecamuk sangat hingga sanggup tinggalkan ibunya di hotel bajet!

Apapun sebab dan alasan, sebagai anak dia wajib minta ampun dan maaf dari ibunya. Kalau tak mampu jaga, serahkan pada yg mampu dan layak.

Zaman sekarang ini ramai anak tak sanggup jaga orang tua. Contoh terdekat emak aku. Ada 6 anak tapi 4 yg sulung dan berkeluarga semua tak sanggup jaga. Tapi Tuhan Maha Kaya dan Alhamdulillah, aku dan kakak sorang sanggup! ;)

Sememangnya anak yg menjaga akan diuji kesabaran dan keyakinannya. Dan jika kita selami dan hormati hati dan perasaan ibu yg dijaga, serta sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat mereka, pasti segala rintangan dan halangan akan menjadi mudah.

Lihatlah raut wajah ibu setiap hari, sesungguhnya ia tiada dua dan tiada tara.