Tuesday, April 28, 2009

Pemiutang Nama S

Kisah teman bernama Z yg diminta bayar hutangnya pada teman bernama S memang mencuitkan. Apatah lagi bila S sebenarnya terkenal dengan beban hutang yg tinggi. Ditambah pula pinjaman kereta yg berbulan tangguh. Simpanan dalam bank pula, pada satu ketika, hanya tinggal belasan ringgit. Kemudahan kredit kad juga pernah ditahan. Justeru, layakkah S jadi pemiutang, jika sendiri suka berhutang?

Yg sebenarnya hutang Z pada S tidaklah sebanyak mana. Dibanding tanggungan hutang S yg beribu2 pd yg lain. Bak hutang nyawa tak terbayar, hutang badan sibuk dicari. Mungkin kerana hidup S yg diluar kemampuan, melampui batasan pendapatan, hingga S jadi begini.

Pemiutang yg berhutang. Gemar meminjam untuk beri pinjaman. Suka tutup 10 lubang, tapi buka 1oo lubang. Poket kecik belanja besar, gaji kecik hutang besar!!

Jangan kepala besar, otak kecik sudahlah! ;)

Wednesday, April 22, 2009

Pesta Buku!!??

Sebagaimana tajuk yg dinyatakan, itulah yg sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 17 ke 26 April 2009. Bagi pengemar buku dan pembaca, tentunya ini peluang yg dinanti2 bagi mendapatkan tajuk terbaru atau koleksi tertentu dengan diskaun yg berpatutan.

Diri tidak ketinggalan meluangkan waktu. Sungguhpun kaki tengah sakit, gagahkan juga ke sana. Pasalkan nak buku2 yg belum dibeli. Tapi yg terbeli lain pulak, seperti A Pictorial Journey Tun Dr Mahathir, Tun Razak Profile of a Patriot dan Tulang-tulang Berserakan tulisan Usman Awang.

Apapun, pesta ini tidaklah berpusu2 hingga tiada ruang untuk melihat buku2 yg dijual. Lagipun kajian menunjukkan yg rakyat Malaysia kurang membaca! Jadi faham sajalah bila nama saja Pesta Buku, tapi tak macam pesta pun!! ;)

Pautan ke pesta: http://klbookfair.com/index.php/

Thursday, April 16, 2009

Buatan Malaysia!!

Akhirnya rakyat Malaysia akan dapat menikmati unit kenderaan MPV buatan Malaysia yg pertama, iaitu PROTON EXORA (Ide nama cetusan seorang cikgu dari Kedah).


Berpatutan dan memang terpegun. 7 tempat duduk, enjin Campro 1.6 liter, hawa dingin individu, 2 airbags dan sistem kenderaan yg menepati piawaian European New Car Assessment Programme (Euro NCAP). Dilengkapi dengan pelbagai aksesori yg cukup menarik pada harga hanya RM69,998 (Mid-Line) dan RM75,998 (Hi-Line) serta 6 pilihan warna.

Beli jangan tak beli! Beli barangan buatan Malaysia OK!! ;)

Monday, April 13, 2009

PLKN

Peluang melawat pelatih di hujung minggu digunakan sebaiknya. Dan sebagai cucu sulung waris Mufti, tentunya perhatian diberi dari ahli keluarga. Apatah lagi bila yg pertama yg melaporkan diri ke PLKN.

Kunjungan disambut dengan cuaca mendung dan disusuli hujan renyai. Mengizinkan untuk beriadah sambil menikmati hidangan yg neneknya sediakan. Nasi hujan panas! Seakan cuacanya, hanya mendung dan hujan sampai ke petang! ;)

Monday, April 6, 2009

Wasiat Yg Amanah

Wasiat bukanlah soal semasa yg dibualkan setiap hari. Malah ada tidak memperdulikannya langsung. Namun, soal ini sering berkesudahan dengan kerumitan di saat meninggal kelak. Soal siapa dapat apa, berapa dan bila sering diaju. Dan pabila ada yg menyampaikan wasiat hanya melalui pesanan, ianya mungkin diragui di kemudian hari.

Disinilah peranan yg bertanggungjawab mengklasifikasikan agihan yg wajib, harus dan perlu untuk diperuntukkan kepada berkenaan. Ianya dipermudahkan lagi dengan bantuan kepakaran tentang cara dan bagaimana oleh penasihat yg disediakan.

Yg penting, bersikap terbuka, terutama yg berharta. Dan jangan ingat hidup selamanya. Esok lusa, entah siapa yg tahu. Takut tak sempat hitung, yg berguni tinggal segantang. Buat persediaan rapi, agar yg ditinggal itu jelas. Yg terima pula, akan dapat secara adil dan saksama. Jangan ditinggal pesan guna mulut, takut yg tinggal pun mulut saja. Amanahkan kepada yg beramanah.

Bagi diri, yg wajib akan dilunaskan. Yg harus boleh ditimbangkan. Yg perlu... perlu difikirkan ;)

Friday, April 3, 2009

Teringat Pak Lah

Di saat Pak Lah menutup tirai kepimpinannya, terimbau kenangan lalu bertemu beliau secara dekat. Sesungguhnya satu malam yg sukar dilupakan buat diri, keluarga dan tentunya abah sendiri...

Sewaktu majlis bacaan yasin sempena penubuhan UMNO sedang berlangsung di PWTC, dan abah pula sedang menerima rawatan di hospital. Melalui kenalan politik mereka, Pak Lah dikabarkan berita keuzuran itu. Namun kerna disangkakan sedang tenat, beliau hadir menemui abah. Lantas berpegangan dan berpelukan lalu mencium dahi abah dan berpesan... "Everything will be alright, you'll be OK."

Dan setahun kemudian, ketika abah "kembali", berita pemergian dikabarkan lagi. Pak Lah hadir dan mencium dahi abah setelah dikafankan di waktu menziarahi. Mendoakan abah untuk sekian kali. Membuktikan hubungan mereka yg terjalin begitu lama. Baik di arena politik, mahupun sebagai rakan seperjuangan ketika susah atau senang, suka atau duka.

Begitulah besarnya maksud persahabatan mereka, jumpa dikala sihat dan ziarah dikala sakit. Temu dikala ada dan doa dikala tiada :)

Wednesday, April 1, 2009

Kabarnya Begitu!

Kabarnya seorang teman, baru2 ini melangsungkan majlis perkahwinannya. Kabarnya ramai tamu hadir ke majlis tersebut. Yg penuh adat, budaya dan kegembiraan. Malah, kabarnya teman2 sekenalan juga turut hadir.

Kabarnya si teman itu telah menyampaikan jemputan. Sehari sebelum hari tersebut. Melalui sistem pesanan peti suara telefon mudah alih. Alangkah berterima kasih dari diri kepada si teman, kerana sudi menghulurkan jemputan.

Namun, tidak dapat disahkan jemputan itu, sebab ketiadaan kad, atau panggilan lebih awal, tapi itulah yg hanya dikabarkan. Moga tuhan saja yg membalas akan apa yg tersirat.

Walaupun diri tidak hadir, sebab majlis sudah berlalu, hati tetap bertanya. Bersungguhkah jemputan si teman itu?? Yg jelas jauh sekali dari beradat, apatah lagi beradab ;)