Malam tadi, emak disambut dalam satu majlis makan malam sempena harijadinya yg ke 66 di Cruise Tasik, Putrajaya. Di atas bot dan disertai bersama-sama anak, cucu serta yg terdekat. Bertemakan putih dan santai, tentunya ia meninggalkan satu kenangan yg cukup manis dan bermakna buat semua.








Moga Emak panjang umur dan murah rezki. Sihat, tenang serta gembira. Diberi rahmat dan dipelihara sentiasa oleh NYA jua.