Saturday, September 20, 2008

Muhibbah!

Acuan negara dengan kepelbagaian bangsa, agama, adat dan budaya adalah asas pembentukan negara berpuluh tahun lamanya. Perjuangan nenek moyang terdahulu tidak harus diperlekehkan dan sikap sesetengah pihak dengan tanpa hormat menyentuh sensitiviti asas tersebut harus ditolak bulat2.

Usaha kerajaan untuk mencadangkan satu Akta Hubungan Kaum perlu dilihat sebagai satu rancangan mengukuhkan perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan semua bangsa di negara ini. Dan akta yg sedang dirangka itu kelak boleh berjaya jika wujud persefahaman yg baik dan tulen dari pelbagai lapisan masyarakat.

Konflik perkauman akan hanya merugikan. Dengan sikap muhibbah dan toleransi, ianya pasti menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara yg berterusan. Dan bukan bergantung kepada ketaksuban pemimpin2 yg ingin berkuasa dengan alasan rakyat inginkan perubahan semata2.

Ingin pesan orang lama, bersatu teguh, bercerai roboh ;)