Saturday, February 28, 2009

BMW = Bawak Mesti WOW!!

Sikap meninggi diri sesetengah orang yg dikenali membuat diri tertanya; Apakah perlu dan kenapakah begitu? Mungkin juga mereka2 didorong oleh sikap "Aku lebih baik dari yg lain!" Sifat individualistik yg tak membawa banyak faedah. Seolah mereka lali dari kekurangan atau kebal dari kesilapan. Tapi masa yg sama, mereka ini punya sikap pergantungan yg menebal.

Perlu diingat sesama diri, ada yg lebih bijak, lebih berkemampuan dan tentunya lebih beradab dari kita. Dan jangan pula ingat yg belajar "tinggi" itu saja yg pandai, yg bekerja dalam organisasi besar itu saja yg kaya raya, atau yg bertudung itu saja yg mulia. Tak masuk U, belum tentu tak cerdik. Bukan Pengurus, belum tentu tak kaya. Tak bersongkok, belum tentu tak sembahyang.

Seakan jenama BMW, yg baru mesti ada pemandu atau kenderaan syarikat atau yg benar2 kaya. Yg berlagak pula, mesti secondhand sebab MURAH!

Kompem tak mampu! ;)))