Faktanya mudah dan benar. Bahawa kita menguasai hampir sepenuhnya, terhadap apa yg berlaku dalam kehidupan seharian. Samada baik atau buruk, benar ataupun salah. Punca dari kehidupun itu sendiri agak terlalu kecil berbanding apa yg tertakhluk di tangan sendiri.
Pendekatan yg benar dan telus terhadap sesuatu perkara merupakan faktor asas. Bukan sekadar merujuk yg lalu sebagai panduan, bukan juga soal ketrampilan dan keupayaan semata2. Pendekatan yg salah boleh merubah dan menggoncang dunia yg terbina walau utuh sekalipun.
Kita tidak mampu mengubah sejarah atau yg tidak dapat dielakkan. Mahupun menafikan bahawa rambut sama hitam, tapi hati lain2. Tapi kita mampu menentukan apa yg terbaik, dalam setiap pilihan yg ada.
Biar mampu berlari di saat bangun, dan mampu merangkak di saat tumbang.