Untuk pertama kali aku mengisi minyak di Petronas selepas umum naik harga tempoh hari. Walaupun aku TIDAK TERGOLONG di kalangan mereka yg berpusu2 mengisi minyak bagaikan esok kiamat. Aku tetap ternanti2 akan berapa RM utk tank penuh minyak keta aku.Meter indicator tinggal satu bar. Bila isi diesel, bau je dah hazardous, so aku duk dlm keta sambil menunggu (n jgn lupa matikan enjin kenderaan). Tergezut sekejap! Seriously dengan kenaikan 40%, memang ada beza! Tapi bila diamati, ini la kesan bila kita terlalu selesa dan terbiasa dgn subsidi. Naik begini pun terasa.
Lebih menghairankan lagi, bila ada yg nak demo sana sini. Sudah2lah tu. Jimatkan waktu anda, jimatkan petrol, jimatkan duit lrt, tambang bas, minum pagi dan macam lagi kalau kita tak berhimpun. Lebih elok duk rumah buat amal mohon berkat dan murah rezeki ;) Tak payah susahkan badan semata2 nak tunjuk perasaan.
Yg terbaik skrg, berusahalah dan berbelanja dgn berhemah. Hidup mengikut kesesuaian dan kemampuan. Utk kebaikannya jangka pendek dan panjang . Jangan sibuk apa lain boleh buat untuk kita, fikir apa kita boleh buat utk diri sendiri.
Minyak itu barang keperluan, tiada perasaan pun! Simple deal, take it or just leave it! ;)