Cuaca agak baik baik berbanding sebelum dan perjalanan hari ini membawa kami menuju ke Ladang Buaya Jong, iaitu ladang buaya terbesar di Malaysia. Kisah dan rangka "Bujang Senang" yg membaham manusia juga ditempatkan di sini.

Amat menyayat hati bila melihat paparan foto di mana mayat seorang kanak2 yg dibaham dikeluarkan dari isi perut buaya jahanam ni (rakaman kamera tidak dibenarkan di mini muzium). Namun, sempat merakam gambar ini...






Sejurus selepas makan tengahari, singgah sebentar memborong kek lapis di sebuah kilang pembuatannya yg terkenal di Kuching. Diikuti pula (atas permintaan ramai) dengan Pasar Satok untuk membeli ikan terubuk masin. Seekor tak mahal, RM9 hinggit jer atau bersamaan 9cm panjang ajerrr!
Dan sebelum menuju pulang ke hotel, singgah membeli belah di Bazar Utama untuk barangan cenderhati dan produk kraftangan tempatan.

