Saturday, December 26, 2009

Hebat Debatnya!


Tajuk debat? Dari soal ke mana selepas PMR, ke masa depan pembantu rumah, ke sulong yg tak terulong, hinggalah ke pengetua tadika berniat baik, tapi cara yg salah ;)

Tempoh debat? Seawal 10 malam ke 2 pagi! 5 jam tanpa henti kecuali waktu makan malam, dengan teh yg terlebih manis dan pisang seulas.

Pedebat? 5 bersaudara yg terbukti keupayaannya untuk meninggi suara dan merendah nada, bila dan bagaimana, walau adakala tegang dan panas, tawa dan girang. Dipengerusi oleh ibu yg selang-seli sambil nonton tv dan 2 panel ipar sebagai saksi.

Moralnya?? Satu pendebatan yg jujur dan bertenaga. Pertembungan akal, emosi dan fakta, dan dari pelbagai sudut pandangan dan tendangan. Serta kematangan yg berani lagi terbuka.

Syabas! Syabas! Syabas buat kakak2 ku sekalian!

Nota: Nanti jangan lupa pi lambai ala Aznil Nawali kat LCCT buat dot dot dot k ;))

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.