Thursday, December 24, 2009

Pokoknyaaaa!

Usaha menghijaukan bumi sememangnya dialukan, namun perancangan itu perlulah mengambil kira kesesuaian dan permasalahan sekitar.

Program Satu Pokok Satu Kelahiran anjuran sebuah PBT di Selangor baru2 ini nampak seakan kolot! Mulia bunyinya bila pokok2 yg ditanam akan dinamakan sempena bayi2 yg lahir pada tahun ini dan turut sama membesar dengannya. Tetapi, ada banyak lagi pokok2 yg dah lama membesar di sekitar Ampang yg tak pun dipelihara dengan sempurna dan baik. Malah mendatangkan bahaya dengan dahan dan rantingnya2 yg kini mudah rapuh. Ada yg dah tumbang, baru terkial2 nak cantas elok2. Tak percaya, pandu lalu sekitar Ampang dan lihat sendiri.

Malah, lokasi yg dipilih untuk program ini juga rasanya kurang tepat. Dikelilingi hiruk-pikuk bangunan komersial yg senantiasa sibuk dengan laluan keluar masuk kenderaan yg sering terganggu dan menyusahkan pengguna, serta kekurangan tempat letak kenderaan yg sepatutnya lebih diberi perhatian oleh PBT. Tidak cukup dengan itu, soal letak kereta secara haram di sisi jalan, jalan rosak dan longkang juga masih belum selesai.

Yg seeloknya, hijaukan dulu bumi dan persekitaran, dan kemudian mangkinkan dengan pembangunan seimbang, bukan dah naik bangunan keliling, baru nak tanam pokok di celah beadah!

POKOKNYAAAA... NANTI MATILA! :P