Niat hendak berbuka puasa bersama kakitangan syarikat akhirnya tercapai juga malam tadi di Restoran Village View, Bangi yg tertangguh dari minggu lepas. Alhamdulillah mereka hadir dan yg berkeluarga pula bersama isteri dan anak2.




Inilah kali pertama aku dapat berbuka puasa dengan mereka. Sesuatu yg jarang disebabkan kesibukan dan ketentuan yg berlaku sepanjang 3 tahun lebih yg lalu. Aku bersyukur di atas kesetiaan, kepercayaan dan sokongan yg mereka berikan serta sama2 membentuk syarikat ini pada tahap di mana ia berada sekarang.Terima kasih akak (Yasmin), Zila, AB, Rusli, Nizam, Rosnan dan keluarga serta Saiful dan keluarga. Dan juga Sue yg tidak dapat hadir kerana berada di Kota Bharu.
Nota: TK Rusli kerana mengatur dan menganjurkannya