Menjerit! Memaki hamun! Mengherdik! Mengangkat Kerusi! Membaling kasut??!! Banyak M tu! Namun, begitulah kisah sekumpulan penduduk sebuah taman perumahan di Shah Alam, Selangor yg mendapat perhatian umum baru2 ini. Rentetan bantahan demi bantahan, memorandum demi memorandum yg tidak dilayan akhirnya memuncak apabila penduduk berpeluang bersemuka dengan kepimpinan negeri dalam pertemuan mereka di sebuah dewan PBT. Klip video aksi lepas geram penduduk ini dapat ditonton melalui media perdana dan alternatif, malah gambar2nya juga di seluruh dada akhbar.Kesan langsung yg dapat dilihat ialah ketidakupayaan mereka bergelar pemimpin untuk memberi penjelasan rasional dan mententeramkan keadaan. Hilang kawalan dan kelihatan hilang arah, baik pemimpin teratas negeri hinggalah ke wakil Parlimen kawasan itu. Keupayaan mereka kini telah teruji dan terbukti bahawa mereka tak mampu. Tak mampu mentadbir, memimpin, menyelesaikan masalah, menerangkan keadaan, mententeramkan rakyat, membangunkan negeri dan macam2 lagi! Pun banyak M nya!
Tapi M yg paling sesuai ialah MANGKUK HAYUN!! M jugak kan?! ;))