Sunday, June 27, 2010

Pudu Oh Pudu!

Kebetulan hari ini, sempat melalui jalan bersebelahan penjara yg dibina di tengah bandaraya pada 1891dan siap sepenuhnya pada 1895.

Jelas kerja2 meroboh dan meruntuh sedang giat dijalankan secara berperingkat. Tidak kurang juga pengunjung yg berhenti mengambil peluang bergambar di pintu gerbang penjara yg dianggap ikonik ini.

Ternyata penjara yg dibina semasa zaman penjajahan British sewajarnya dirobohkan kerana tidak lagi mampu menampung peningkatan populasi banduan dari 600 kepada 6500 yg direkodkan pada tahun 1985.

Kini pastinya pembangunan baru yg dirancang di lokasi tersebut akan mampu mengimbangi kepesatan dan kemodenan sekitar.

Sangat teruja bila berpeluang melihat sel2 dan berek2 lama, tetapi gerun bila terkenang nasib mereka yg pernah merengkuk di dalamnya.

Semoga wajah yg baru itu kelak membawa harapan, dan yg lama pula dijadikan pengajaran :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.