Saban hari kita membaca keluhan dan rintihan serta kemarahan mangsa2 "tidak langsung" kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Gambaran kawasan sekitar serta kerja2 menyelamat turut mendapat tempat di dada akhbar. Seperti kebiasaan, kejadian seumpama akan mula menimbulkan pelbagai reaksi. Sudah kedengaran adegan tuduh menuduh, saman menyaman dan ungkitan, tetapi usaha pelbagai pihak dalam menghadapi kejadian ini tetap diteruskan sungguhpun adakala mendapat cemuhan.
Ramai pula menekankan peristiwa lalu sepatutnya dijadikan pengajaran oleh kerajaan, PBT dan pemaju. Tapi bagaimana pula faktor golongan pembeli hartanah. Apakah peristiwa Highland Tower dan kejadian runtuhan2 lain di kawasan tersebut tidak cukup menyedarkan? Apakah keputusan mahkamah melepaskan PBT 15 tahun lalu tidak meninggalkan kesan? Adakah keputusan kita satu ketika dulu kini dipersalahkan kepada pihak2 yg lain? Adakah kita tidak serik, pendek akal atau lebih senang menuding jari?
Atau elok juga kita hayati pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.