Monday, July 7, 2008

Kecil & Kental

Akhirnya kami telah berpindah ke lokasi baru yg lebih selesa dan kos efektif ;) Ia bukanlah satu proses mudah untuk dilaksanakan. Walaupun dicapai dalam tempoh singkat, syarikat terutama kakitangan telah melalui pelbagai dugaan dan tentangan. Mereka dilayan seolah menumpang, sedangkan hak mereka adalah sama. Mereka diketepikan dengan sinis dan sindir yg keji dan hina.

Namun mereka tetap tabah. Kental membuat keputusan demi kepentingan bersama. Terbukti mereka lebih matang dalam menangani setiap cabaran. Lebih matang berbanding sesetengah individu yg bergelar boss. Individu yg berselindung di sebalik pangkat dan wang semata2. Tapi takut dengan bayangan sendiri.

Walau jumlah kakitangan yg tinggal kini kecil, tetapi merekalah yg telah susah senang bersama kami. Sumbangan mereka harus diingati dan diberi penghargaan setimpal. Keikhlasan diri yg tidak ternilai dan semoga mereka dipelihara sentiasa oleh Nya.