Tidak dinafikan, dengan kenaikan harga minyak, kos2 pengurusan, pengendalian, penyelenggaraan dan operasi sesebuah sykt turut meningkat. Malah perancangan masa depan juga mungkin turut terjejas. Sesetengah industri pula dilihat berisiko tinggi untuk diteruskan atau diceburi disaat bahan mentah melonjak naik.
Sebagai langkah awal, sykt telah menyediakan 2 peruntukkan, pertama bagi menstabilkan keadaan dan kedua, peruntukkan jangka panjang bagi menghadapi segala kemungkinan yg datang. Dan setiap keputusan susulan dibuat dengan lebih teliti dan teratur tanpa terburu2.
Penumpuan kini ialah mengenalpasti industri lain yg mampu memberi peluang dan pulangan yg menarik. Cth: akuakultur, penternakan dan pelbagai bidang agro lain yg dilihat berpotensi. Usaha giat dijalankan bagi mendapatkan modul perniagaan dan pakej yg berpatutan serta lokasi yg sesuai kelak. Mereka yg berminat juga telah menyatakan hasrat untuk turut serta dalam usaha ini.Sekiranya berjaya, pastinya ia akan dinikmati semua. Terutama yg telah bersama sykt dalam mengharungi cabaran dan dugaan yg dihadapi sekarang.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ;)