Monday, July 7, 2008

Benar Berani

Keberanian yg paling bermakna ialah apabila kita mampu menerima realiti, mengakui kesilapan, memaafkan diri dan perbaiki kelemahan rohani dan jasmani. Ketakukan paling jijik ialah apabila kita berusaha menutup keburukan dengan mengalih pandangan lain ke arah yg bertentangan. Lari dari masalah dan mengambarkan diri mulia tetapi sebenarnya hina.

Sesetengah kita dilahirkan dengan kesempurnaan sifat luaran. Dalaman pula bagaimana? Akal yg penuh kekeliruan. Jiwa yg cacat dengan hasad dan dengki. Gelora dendam dan geram yg keterlaluan. Dan pelbagai lagi kekurangan yg jelas terpancar jika diamati walaupun dengan mata kasar.

Moralnya, kita tidak pernah sempurna. Terimalah hakikat fitrah dan kebenaran dengan keberanian. Dan dengan telus dan ikhlas. Jangan menganiayai atau mengugut dan memperalatkan yg lemah hanya untuk kepentingan dan ketamakan diri. Elakan melatah bila diri dinilai oleh persepsi dan pandangan. Mungkin benar, mungkin salah.

Hidup biar berani pada yg benar dan takut pada Yg Kuasa ;)