Sunday, July 27, 2008

Mampu Lupa

Sambil minum dan berdiskusi tentang konflik kekeluargaan kami. Realitinya yg berlaku cukup perit nak ditelan. Tapi itulah kebenaran yg sukar dinafikan. Resam liku dan kenangan pahit yg tidak mudah dilupakan. Malah ianya lebih diingati dari saat gembira bersama. Bukan asal senang, tapi mereka berusaha keras. Hingga kami boleh dikatakan mampu. Namun, kehidupan keluarga sering didatangi pelbagai konfrontasi yg tiada kesudahan. Hingga kami mampu menyakiti sesama sendiri, bertekak dan bertegang leher bertahun lama. Hingga mampu lupa akan masa silam yg menyuap dan membesarkan kami. Hingga mampu lupa bahawa mungkin pergi diantara kami bila2 masa saja.

Hanya mampu lupa, hingga kami tak mampu mengubatinya :(