Muda dan matang atau berlagak matang? Adalah kenalan2 muda yg berlagak seakan matang. Seperti mampu berfikir dengan hujah dan pendapat. Tapi bila diamati, seolah2 macam berlandaskan buku bacaan atau dengar2 sahaja. Tiada pengalaman atau pendedahan. Mungkin faktor umurnya. Terlalu mentah nak fikir rasional disebalik pengisian begitu. Ingin dihormati tapi mungkin tua sebelum waktunya.
Lebih elok jika bertahun pengalaman, tapi masih ikut resam padi dan bukan si ayam yg bertelur. Berlagak tak tahu tapi tahu, dari tahu tapi tak tahu. Penuhilah diri dengan ilmu yg secukupnya. Laluilah proses kehidupan sebaik2nya. Itu lah sebenarnya pengalaman yg tidak ternilai dan pastinya mematangkan kita.Dengar sebelum cakap, fikir sebelum bertindak ;)