Wednesday, July 23, 2008

Soal Rezeki!

Ya "rezeki" ada di mana2. Persoalannya apakah bentuk pengorbanan yg perlu dilakukan dalam mencari "rezeki" tersebut? Perlukah kita mengambil kira tanggungjawab yg sedia ada dan mengabaikan sesuatu yg berada di depan mata? Apakah kewajaran mengejar semua benda dan dengan mudah menamakan ia "rezeki"?

Ya, setiap kita ada pilihan dan hak untuk mencari "rezeki" yg lebih bagi meringankan beban yg tersendiri. Tapi adalah tidak adil jika kita melepaskan beban dan membiarkan siapa yg ditinggalkan untuk menanggungnya. Dan janganlah cuba mengambil kesempatan atas nama "rezeki" tanpa memikirkan rasional dan kesannya kelak.

Rezeki yg bersih sahaja pastinya diberkati ;)