Setiap mimpi punya maksud tersendiri. Samada baik atau buruk, ia mampu membuat kita termangu atau tersenyum bila mengenangkannya.Perasaan rindu yg semakin menebal ini mungkin telah diterjemahkan ke dalam mimpi aku. Bertemu abah seakan dia masih disisi. Bertanyakan khabar seakan dia boleh mendengar. Bertentang mata dan berkata... "abah" lalu memegangkan tangannya. Satu kebiasaan walaupun semasa hayatnya. Tidak lebih dua atau tiga perkataan.
Sebahagian diri terasa gembira bertemu dia, sebahagian pula membuat aku tertanya.
Apakah yg abah "perlukan?" :((
Sebahagian diri terasa gembira bertemu dia, sebahagian pula membuat aku tertanya.
Apakah yg abah "perlukan?" :((